Beautiful Friends

Sunday, September 30, 2012

Bacaan Yassin dan doa selamat.

Assalamualaikum all,

Satu hari ponteng lapor diri. Satu hari jerrr.. Bukannya tak ada bahan, tapi disebabkan ada sedikit "terguris di hati" maka terus semua "bahan bukti" Ibu delete. Geram nyer pasal. Takmo cerita laa.. nanti sakit sakit balik..

Recently kami ada buat majlis bacaan Yassin di rumah ni. Mintak student Kuwait U tolong lead. Tak ada special occasion pun. Cuma kebetulan hari khamis, malam Jumaat tu tak ada aktiviti di luar.. so Ibu and Cik Asben buat plan terjah laa. Untungnya tinggal di negara Gulf ni.. kalau ada berhajat nak buat majlis-majlis agama.. insya'Allah. Student Malaysia di sini semuanya baik-baik belaka. Kalau dijemput ke majlis sebegini, memang tidak ada yang menolak. Melainkan kalau ada hal-hal yang mustahak sangat kekdahnya.

Rasanya kalau di Malaysia pun sama jugak situasinya. Cuma mungkin kena "book in advance" laa. Banyak kali jugak Ibu and Omak terkena. Nak booking iman masjid punyalah susah. Siap berebut-rebut lagi. Nak buat tahlil pun kena booking in advance 5-6 hari (kawasan Ibu laa).

Tapi alhamdulillah.. jika kita berniat baik.. insya'Allah.. Allah akan permudahkan.

Since ini plan terjah, masak pun ala-ala emergency jugak laa. Dah alang-alang kita menjemput orang, nak jugak difikir itu ini. Walaupun yang datang tu tidaklah mengharap sangat.. tapi kita sebagai Tuan Rumah, tak banyak sikit kena jugak bersedia.

Menu pertama, sup tulang dengan bakso. Serta akan-rakan seiringannya.

Sup tulang and bakso. Bakso instant jer..
Sini ramai orang Indon jugak. Setakat tempe and bakso memang senanglah nak dapat stok.

Partner sup tulang.. tapi kalau nak makan dengan nasi pun.. tak ada masalah..

Asam limau.. kami kalau makan sup tulang memang biasa kena ada "yang satu" ni. Well, dah terbiasa dengan cara Cik Asben. Orang Kelantan biasa makan sup bubuh asam limau sekali kut??

Bawang goreng hat instant.
Balik Tanah Malaya tu hari, angkut laa jugak sepeket besar. Walaupun rupa tak secantik mana tapi still memadailah buat kami (especially me) yang tak rajin nak menghiris dan menggoreng bawang kecik tu.

Yang ini memang wajib untuk Ibu pulak. Cili potong and daun sup.
Satu nak bagi pedas, satu nak bagi wangi..

Menu kedua kami.. mestilah nasik and lauk.
Orang Melayu kalau tak ada nasi, macam kurang sifatlah pulak. At least, kami memang wajib ada nasik laa. Rasa macam "ringan" jer perut kalau sehari tak jumpa nasi laa pulak.

Ini pun sebenarnya juadah untuk Ibu berbuka puasa petang hari Khamis yang lepas. Ada yang komen "macam mood raya". Dah rasa macam nak makan, kena laa masak sendiri. Manalah nak jumpa kedai makan Melayu kat sini.

Pucuk pegaga (Sri Lanka mari ni)
Memang sangat puas hati laa. Ini pun jenuh jugaklah berpesan dengan tokey kedai bakala di bawah apartment ni. Mungkin permintaan tak banyak. Nak pi market.. malas..

Last but not least.. air tangan Cik Asben.
Tak sah kalau tak ada budu. Ibu kena control sikit laa makan benda alah ni. Cepat sangat tangkap kepala. Tak berbaloi nak layan sangat kalau lepas tu mencari panadol pulak.


Friday, September 28, 2012

Sleepover..

New season for September 2012 sudah bermula. Most of the Malaysian rata-ratanya sudah balik semula ke Kuwait. Kalau ada pun cuma tinggal 1 atau 2 keluarga. Itu pun boleh ample holiday sebab anak-anak mereka masih belum bersekolah. Tumpang jelesss..

By November, masuklah musim peperiksaan. Sekarang ni pun Amsyar and Haazem dah mula dibekalkan dengan pelbagai extra homework dan test. Almost tiap hari pulak tu. Masing-masing bila balik saja ke rumah mulalah mengadu "homework banyakkkk". Manakan tidak, dah puas bercuti hampir 3 bulan so nak mula balik tu memanglah liat.

So since masing-masing masih boleh ber-happy-happy.. so malam tadi Ibu izinkan two of their friends sleepover di rumah ni. Gamatlah jugak rumah ni. 5 boys at one time. Tapi since Ibu sendiri dah ada 3 hero, so tak laa rasa "terperanjat" sangat.

Sarapan wise, memang cukup senang. Setakat nasi goreng plain sahaja. Untuk tambah rupa.. bubuh je laa sosej. Kawan-kawan the boys ni tak makan sayur. Bawang and segala bahan penumis pun tak perlu ada. Telur goreng pun dah cukup. Tapi tak tergamak laa pulak nak bagi nasi putih and telur goreng pagi-pagi ni kan. Lagi pun hari Jumaat ni dia orang nak pi solat Jumaat. So they're going to need their energy jugak masa solat jemaah nanti. Tengah musim panas ni, kalau perut tak berat cepat je rasa macam nak tumbang.

Nasi goreng plain yang tak sampai 10minit untuk disediakan (provided bahan-bahan semua dah siap laa). Maybe sebab makan berebut, siap bertambah masing-masing makan. Even my Manja and Cinonet pun sama kecoh berebut.

Makan dengan tak sepenuh hati. 
Cik Sham suruh makan tapi kat tv citer tengah best. Manalah masing-masing kepala tak panjang macam tu. Tapi last-last bertambah-tambah jugak makan.

Muka-muka yang tengah tunggu turn nak mandi. Ngelat pun ye jugak sebenarnya. Boysss..

While for Cik Asben, belen sup tulang malam tadi.
Kita recycle mode buat mi sup laa pulak.
Jangan membazir.. burrppp.. alhamdulillah..


Thursday, September 27, 2012

Its all RED today



Its all RED today.

And its party time today too. Kebiasaannya setiap Khamis terakhir pada setiap hujung bulan akan diadakan Parents & Teacher Meeting day. Dan pada setiap kali hari tersebut jugak pihak sekolah akan memberi kelonggaran kepada setiap kelas LKG & UKG untuk mengadakan party mengikut "tema" masing-masing. Its more like a fun day with all the kids, teachers and the parents to have a mutual understanding regarding their kids study progress. So since all of them still under LKG & UKG, tak adalah nak terikat sangat dengan protokol.

One thing about all the Arab's, tang benda-benda costume ni.. memang dia orang very supportive. Kalau during Liberation Day lagi hebat. Siap conteng muka dengan bendera Kuwait lagi. So since Arif is in LKG Red, so they have chosen RED as their theme. 

Just look at all those faces.. aren't they all adorable??

Minah Arab berdua ni duduk belakang meja Arif. Memang jenis pantang nampak camera.. "me, me, me..."

Tok Sheikh sorang ni tersangat laa suka berkawan dengan si Arif tapi Arif pulak takut dengan dia ni sebab mamat ni kasar sikit. But he is such an adorable fellow. Jenis mesra alam pulak tu.

Cik Kak ni selalu mintak duduk dekat dengan Arif. Tapi Arif pulak selalu says NO. Reason, dia suka pinjam color pencils Arif tapi jenis yang selalu lupa nak pulangkan balik. This cutie pun jenis mesra alam jugak.

While this Tok Sheikh memang jenis orang kaya yang tak sayang duit. Any kids yang menangis dalam kelas he will easily go to them and ajak pi canteen. Arif pun pernah laa merasa sekali KD mamat ni. But unfortunately nobody want to sit with him. Jenis ganazz sikit.

This lil-diva tiap ari pun memang jenis "melaram" sokmo.. ari ni baju dia siap "bling-bling"..

Masya'Allah.. the rock star of the day..
Biasanya mamat ni sure meraung sampai guling-guling sebab takmo sekolah..
But today, he's really behaving..

Arif with his class teacher.. manja jugak si Cinonet ni dengan cikgu dia yekk..

Sokongan moral..
Tho Cik Asben won't be able to attend the meeting nevertheless semangat MERAH tetap terserlah.. 

Last but not least.. my RED uniform for today..



Wednesday, September 26, 2012

Budget ala Hawally, Kuwait.

(a)

Sana sini orang sibuk cerita pasal Budget 2013. Kami di Hawally ni pun samalah jugak. Especially Ibu. Jadi tukang sibuk bila tiap kali Cik Asben pi pasar is one of it. Sebab.. knowing him yang jenis "beli" saja without comparing the price with other sellers. Kalau ditanya semula, jarang Ibu dapat actual price. Reason.. lupa nak take note.

Thus memang kami jarang practise dine out kalau bukan hari cuti. Unless its so damn important atau dah tak dapat dielakkan lagi. Faham-faham sahajalah kalau dah dine di luar. Minimum spending boleh cecah 20KD or more. Its RM220 tuuuu... Anak-anak selera pulak macam-macam. Lauk lagi, air lagi. Bukanlah nak berkira sangat, tapi kalau balik rumah masing-masing pakat masih LAPAR.. eloklah makan di rumah saja. Setakat nasi mandi, nasi beriyani, pratha, kebab and yang sewaktu dengannya memang laa murah. Satu talam tak sampai pun 5KD. Makanlah sampai tersandar sekali pun. Tapi dah bukan tekak kami, sesekali bolehlah. Kalau tom yam and the gang.. memang mahal laa.

(b)

Tambahan pulak sekarang ni masih musim panas. Dining out memang laa bukan pilihan kami. Makan di rumah jauh lebih selesa. Anak-anak dah tentu nak makan hanya di mall atau restoran. Maka, result.. sebaiknya makan di rumah sahajalah.

(c)

Kalau ada yang kata kami "berkira" keluar duit untuk menjamu tekak anak-anak, well.. terpulanglah. Pada kami istilah "membazir" 100% dilarang sama sekali. Kalau Amsyar, Haazem or Arif yang buat peil macam tu.. balik rumah nanti berjawablah dengan AYAH.

Well, untuk budget meal pada kali ini.. sila semak senarai harga seperti di bawah.

a) Gulai udang 1/2kg - 1.125KD
b) Peria goreng berlada 1/2 biji - 0.575fils

c) Telur dadar.. kalau di luar biasanya 2biji cecah sampai 1KD. Walhal 1 tray cuma 0.950fils.
Misc) 0.750fils
Total) 100% satisfaction.. bliss.. alhamdulillah..

Wordless Wednesday..


- Bliss -

Tuesday, September 25, 2012

Dalca ayam & roti Turki.


Haaaa.. yang ini kira makanan budget. Budget pun kalau convert RM still boleh tahan jugak. Bab dalca tu saja yang kena “berharga” sikit. Tapi masih kira okey laa jugak. Setakat carrot, kacang buncis, terung, capsicum dan cili merah tu.. kira harga-harga biasa je. 

While the bread, memang murah sangat. Sekeping cuma 100fils. Kira dalam RM1.10 saja. Makan separuh pun susah nak habis. Besar gilos roti Turki ni. Dah tu tebal pulak. Tapi sedapnya makan masa panas saja. Bila dah sejuk.. harap maklum je la.

Ibu masak dalca ni pun sebab dah berkurun tak buat (sebenarnya). Nak masak tu, bukan susah sangat sebenarnya. Cuma nak tunggu dalca tu lembut je yang sengsara sikit. Unless guna "pressure cooker" macam my mom. Sekejap je dah siap. Nevertheless, sesekali rasa macam nak tukar selera laa pulak. Tapi kata Cik Asben dalca kambing lagi "kick". Haishhhh.. nak kena buat lagi la tu.

BTW, kalau ada yang nak share resepi, sila lihat di bawah ya.

p/s; Resepi asal ni guna daging tapi since kali ni guna ayam.. so adjust-adjust laa mana yang patut ya.

Bahan A
1 kg daging (also applicable to daging kambing)
3/4 cawan kacang dal
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
3-4 sudu makan rempah daging
1 sudu teh kunyit serbuk
secukup air untuk merebus
sedikit daun kari

Bahan B
kentang (optional)
1/2 cawan santan pekat
I keping asam keping (boleh ganti air asam jawa, kalu rajin)

Bahan C
2 biji bawang besar, hiris
1 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang (star anise)
1/2 tsp biji sawi (mustard seed)
sedikit daun kari


Sayur-sayuran untuk dalca
Lada hijau, Kacang panjang/ buncis, terung, bunga kobis, lobak merah etc

Caranya
1. Rebus bahan A hingga daging setengah empuk, masukkan bahan B dan teruskan merebus dengan api sederhana/perlahan (slow-cooking)

2. Tumis bahan C dengan sedikit minyak hingga wangi dan bawang garing (light brown), dan tuangkan semuanya (dengan minyaknya sekali) ke dalam periuk daging. Teruskan merebus hingga dal hancur dan kuah pekat. Bubuh garam sesedap rasa.

Masukkan lada hijau dan sayur-sayuran, bila semua dah cukup masak dan pekat… setel..

Note; untuk ayam – sebaiknya rebus kacang dal dulu sebab ayam cepat lembut.




10 PETUA CERIA


1- Dirikan solat dan banyakkan berdoa.

2- Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur.

3- Selalu mengerjakan solat taubat.

4- Selalu mengamalkan membaca Al-Quran.

5- Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari.

6- Bisikan kepada diri perkara yang positif.

7- Programkan minda dan cuci minda setiap hari.

8- Cuba melakukan puasa sunat.

9- Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila sahaja.

10- Jaga pancaindera dari mendengar, melihat atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat.

Ibu terjumpa saranan ni masa dok melayan FB. Macam-macam kawan-kawan dok post. Dari yang syok sendiri, iklan yang pelbagai sampailah yang ke "berdrama" kat wall hatta nak mencari "ketenangan" kunun nyer. Tapi nak buat macam mana. Dah wall dia orang kan. So best solution, ignore sahaja. Maklum sahajalah, manusia ni pelbagai kerenah dan peil nyer. Suka.. layan.. tak suka.. jangan tengok. Buat apa nak sakit hati, hati mata dan sakit jiwa.

Tapi kalaulah Ibu ni ada "kekuatan" untuk menegur beberapa sabahat FB yang rasanya dah sedikit "tersasar" tu, nak sahaja Ibu suruh dia orang amalkan 10 saranan ni. Sebab pada Ibu, orang yang suka meroyan di FB ni sebenarnya jiwanya kosong, kurang kasih sayang apatah lagi mereka ni jenis yang sangat perlukan "perhatian".

Namun jika dengan menegur.. walaupun secara berhemah dan "discreet"  masih dianggap busy body, tidak prihatin dan tidak cuba memahami keadaan, Ibu redha menegur di dalam hati sahaja.

Ibu ni pun dah "4 series", so bila terbaca adik-adik "meroyan" di wall FB tu, rasa kurang manis laa pulak. Tambah pulak "yang di post" tu boleh dibaca dek segala suku-sakat yang menjadi "friend". Malu diri sendiri.. tumpang malu ahli keluarga yang terlibat jugak. Sebab yang buat peil ni bukanlah budak-budak lagi. Ni dah berstatus IBU. Umur pun bukanlah linkungan kurang cerdik lagi.

Janganlah dimalukan diri sendiri. Hanya disebabkan tindakan bodoh kita yang kununnya "nak lepas tension", jatuh maruah diri sendiri. Try to control the situation but posting it on your FB wall definitely wouldn't solve the problem. Period..

Be happy la babe..


Monday, September 24, 2012

PERIA - RM12.50

Bayangkan saja berapa banyak peria yang boleh dibeli dengan harga RM12.50 kalau di Tanah Malaya.

Itulah harga yang terpaksa kami bayar hanya untuk melayan tekak dan perut jika mahu makan-makan sesedap seperti di sana. Apakan daya, kami masih mencari dan merindui jauh sekali melupakan resmi dan kebiasaan makan lauk-pauk orang Melayu.

Jika rakan-rakan ada yang mengambil alternatif lain, tidak pulak bagi Ibu. Peria inilah yang dirindu, peria sebegini jugaklah yang dicari. Seperti biasa, berziarah ke kedai Bobby tidak pernah menghampakan. Dari umbut kelapa muda sampailah ke peria ni.. memang rezeki. Sediakan sahajalah Kuwait Dinar nyer.

Hensem kan.. makan pun BEST..
menjamu tekak dan perut sambil berubat..

Ikan tenggiri boleh macam tak kena layan jer.. peria pulak yang diterjah dulu.. haishhhh..

Tapi peria ni memang Ibu tak serik laa nak beli sebab Amsyar and Cik Asben sama melayan. Kira berbaloi laa kalau berbelanja lebih sikit. Cuma tak boleh selalu laa. Sekali sebulan pun dah okey.

Jika ada yang berhajat dengan resepi gulai ikan tenggiri dengan peria ni.. bolehlah lihat di bawah ni.

Bahan-bahannya;
Ikan tenggiri
Sebiji peria, dibuang biji dan dipotong serong
Cili api secukup pedas
Sedikit serbuk kunyit
Santan 500ml 

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit dan kacau selalu.
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun kurang lemak.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4-Masukkan peria ke dalam kuah dan masakkan seketika (sehingga sedikit lembut).
5- Perasakan dengan garam.
6- Siap sudah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...