Beautiful Friends

Thursday, November 28, 2013

Buah kemang.. pernah makan tak??

Assalamualaikum all,

Ada kawan dok tayang-tayang gambar buah kemang kat wall dia ari ni. Ehh.. sebelum tu.. korang tau tak apa buah kemang tu??

Buah ni adik-beradik dengan mangga jugak. Silap-silap ada jugak yang kata ni buah binjai. Bau dia memang wangi. Rasa pulak masam-masam manis.

Kat Kelantan senang jugak nak jumpa buah ni.. kat N9.. errr.. setakat ni Ibu tak pernah pulak jumpa.

Cara makan..boleh campur dengan masakan (kalau Ibu boh dalam kuah lemak la). Or.. boleh jugak makan mentah-mentah macam tu saja sebab dah spicis mangga kan. Buat campur dalam sambal belacan pun sedap jugak sebab rasa dia yang masam-masam manis tu.


Gambar yang kat atas tu Ibu pinjam dari wall kawan. Whereas yang kat bawah ni Ibu pinjam dari Tok Wi.

Anyway.. for those yang dok kat Tanah Malaya tu.. apa kata try cari and rasa sendiri buah kemang ni. Tak rugi "appreciate" buah local kita. Especially yang dah mula susah nak jumpa/dapat macam buah kemang ni.

Wednesday, November 27, 2013

Tak makan.. sendiri la rugi..

Assalamualaikum all,

Dah lama jugak tak menggulai.. tapi hari ni Ibu masak lain sikit. Kepah masak lemak cili api campur kacang panjang. Tak pernah makan??


Dok merantau tak boleh nak manja-manja or ngada-ngda sangat. Apa yang ada.. kita masak.. kita makan.. alhamdulillah.

Kisahnya..
Asalnya Ibu nak cari kerang.. ingat nak buat rendang kerang dangan kacang panjang. Orang N9 biasa laa dengan dish ni. Sini memang ada jual kerang. Tapi bila dah jumpa.. ada tapinya.. sekilo cecah 7KD. Aduhai.. nak makan kerang yang seciput pun sampai RM70.00..

Dah macam tu terus la cancel. So.. ronda punya ronda jumpa pulak spicis ni. Dah alang-alang kacang panjang dah siap beli.. kita boh je la. Suka makan.. tak suka tetap kena makan. Rezeki Allah bagi.. alhamdulillah.

Rasa wise.. tak la selemak "kerang" tapi ada masa kena jugak belajar adapt tu substitute. Tak rugi pun.

Ilal liqa'.. 





Tuesday, November 26, 2013

Pappa Roti.. its here..

Assalamualaikum all,




Sampai jugak hajat kami. Tak perlu tunggu setahun sekali. Dah tu Ibu tak reti nak membaking.. so redha je la.

Recently dapat tau Pappa Roti dah sampai sini. So. apa lagi.. malam tadi (setelah a few times agenda tergendala) sampai jugak hajat kami nak ke sini. Unlike di Tanah Malaya boleh terus beli dan makan.. di sini kami terpaksa menunggu almost 15-20 minutes. Mungkin sebab dia orang buat cuma upon request..

Anyhow.. tang harga jangan di tanya la. Hatta kalau di sana boleh tersandar kekenyangan kalau beli roti ni dengan harga RM10.00. Di sini sebuku roti ni harganya dalam RM10.00. Nak buat macam mana.. 1KD pada Kuwaiti macam RM1.00 duit kita saja. Aduhai..

Nak makan selalu.. mungkin tidak.. sebulan sekali.. mungkin dipertimbangkan. Whatever it is.. as long as Pappa Roti dah ada di sini.. no more worries.

Monday, November 25, 2013

Allah murka ke?

Assalamualaikum all,

Winter is in the air.. seronok sangat anak-anak Ibu. Hatta dia orang lebih rela pakai baju berlapis-lapis dari baju nipis dengan mata separuh sepet. Adatlah kan.. budak mana yang suka panas..

Pada Ibu pulak hujung tahun sebenarnya masa untuk memujuk Omak and Ayah untuk datang berziarah ke negara Pasir Berdengung ni.

Satu.. sebab cuaca dah makin best.
Dua.. tiket dah makin murah.
Tiga.. sale yang melampau sebab tokey kedai nak habiskan stok baju musim panas (boleh la pakai kat Tanah Malaya)
Empat.. kalau ada rezeki boleh la pi buat umrah by road trip.

Lama jugak dah sebenarnya Omak and Ayah tak datang melawat kami ke sini. Tiap kali Ibu offer.. jawapan dari Omak.. "sorry la Long, Omak dah ado plan la.. Omak dah ambik tender makan la.. Omak itu.. Omak ini"..

Then.. tetiba tu ari Omak antar sms.. "Long.. kato Ayah.. buleh la try tengok tiket.. tapi seminggu jo yo". Aduhai.. baru jer nak feeling BEST.. Tapi.. seminggu pun seminggu la.. nanti kita try la pujuk lagi kan kan.
 
Then pagi ni dapat pulak berita ni. Airport Kuwait tutup sebab kabus tebal. Banyak kapalterbang yang sepatutnya mendarat di airport ni terpaksa diarahkan mendarat di airport negara jiran. Example Airport Dammam or Airport Bahrain. Drastik sangat la pulak perubahan cuaca tahun ni. Biasanya hujan sikit-sikit then terus masuk musim sejuk. Tapi tahun ni dengan banjir.. dengan kabus tebal.. Allah murka ke? That is how the Ustaz kat KAFA educate the kids.. bila dunia tetiba berubah cuaca teruk macam ni, tandanya kita as manusia tak jaga dunia elok-elok. Buang sampah merata-rata. Potong pokok sesuka hati.. etc.

Well.. kalau ada rezeki.. I'll tell you how the "people" behave here.. 

Anywow.. gambar ni Ibu pinjam dari wall kawan Ibu. Bukan Ibu ada kat airport pun time ni. Nampak memang macam kabus tebal sangat.

Anyhow.. bila masuk musim sejuk ni.. tho' semakin banyak aktiviti yang "best" dilakukan diluar.. ia jugak bermakna musim exam as well as musim untuk anak-anak jatuh sakit. Kids will to the darndest things yet nak insaf..

Itu je nak cerita hari ni. Ibu dah kena mula jadi Cikgu Besar ni.. 3 orang semua dah mula exam. Harap-harap Ibu tak bertukar jadi "orang hijau" macam biasa..

 

Ilal liqa'..
 

Saturday, November 23, 2013

One fine day..

Assalamualaikum all,

Cuaca dah makin best. Secukup rasa. Tapi kami tak boleh beriadah di luar minggu ni sebab Cik Asben kena on-call. So, apa lagi.. jemput kenkawan datang rumah la.

Sepatutnya kami ada game badminton pagi ni di embassy. Saja suka-suka nak bagi keluar peluh. Tapi apakan daya, demi tugas..

Since jemputan makan merangkap sarapan and lunch, so Ibu prepare dua jenis menu.. nasi lemak bungkus and megi ketam. So layan la ikut tekak masing-masing. Nak dua-dua sekali pun.. no problem.


Amacam.. ada yang ter.... ke??




Masing-masing dengan ekspresi yang tersendiri. Tapi Ibu tak makan ketam.. or at least tak digalakkan makan ketam. So Ibu makan nasi lemak je la.

Mungkin ada yang perasan.. asyik muka-muka yang samaaaaa jer dalam list jemputan makan-makan kat rumah Ibu ni. Well.. memang ini je la pun yang serasi dengan family Ibu. Mungkin faktor umur and mungkin jugak disebabkan lingkungan skop kerja yang hampir sama as well as tempat kerja pun berdekatan. Most of them bekerja di kawasan Kuwait City. Where as yang lain-lain tu (for example geng minyak) banyak terarah di kawasan Selatan. Furthermore, kami ni kebanyakannya on office hours.. so senang la nak jumpa.

Cuma, as manusia biasa.. adatlah kan. Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pulak adat berkawan. Hopefully, dengan rasa timbangrasa serta kesederhanaan yang kami amalkan setakat ini.. harapnya persahabatan ini akan terus kekal walaupun setelah kami "pencen" dan pulang ke Tanah Malaya kelak. Insya'Allah..


Tuesday, November 19, 2013

Kuwait banjir!!!!

Assalamualaikum all,

Selama Ibu dok sini, inilah kali pertama Kuwait banjir. Khabarnya lama jugak dah Kuwait tak banjir teruk macam sekarang ni. Even dikhabarkan Kuwait akan terus hujan sepanjang minggu ini.

Di bawah ni ada a few pics yang Ibu copy paste from various sources.


Gambar ni diambil berdekatan dengan kawasan lapangan terbang Kuwait. Mujur tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Shopping mall pun banjir.. kena dok rumah je la Minah-minah Arab kat sini..


Somewhere in Kuwait..

Kuwait U pun banjir jugak..

Yang ini pulak kawasan perkuburan di Sulaibikat..

 
Nak buat macam mana.. dia orang ni jarang jumpa air banyak macam ni kat tengah bandar..

Si Haazem and Arif pun tumpang sama seronok. Semalam masa balik dari sekolah berebut masing-masing nak pegang payung. Orang jarang jumpa hujan la katakan. Kalau di Malaysia, once hujan terus Uwan or Nenek suruh duduk dalam rumah je.

Insya'Allah.. keadaan masih terkawal.. Bi'iznillah..

Monday, November 18, 2013

Kalau dah Melayu.. tetaplah Melayu..

Sebelum anda meneruskan pembacaan, ingin diingatkan bahawa pembacaan anda kali ini mungkin akan menimbulkan sedikit rasa kurang senang. There might not be any perkataan "mencarut".. tapi dalam hati.. ia tetap mempunyai maksud yang hampir sama.

Good friend.. is not something you can get sesuka hati. You must first break the ice then later built trust.

Trust.. something that you have to earn through good deed. Ada masa akan mengambil masa bertahun just to prove yourself worthy to be trusted.

Dua benda ni sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita seharian. At least, you might need one of it. Tapi rasanya seperti "sumbang" jika salah satunya tidak ada.

Me.. meh sini nak cerita sikit. So, silalah bersedia untuk layan boring + meroyan Ibu kali ni.

Tinggal di luar negara semua orang or at least most of it beranggapan, semua orang kaya. Semua orang banyak duit. Semua mampu beli.. Dan dengan komuniti Melayu yang terhad mungkin P.H.D dapat dikurangkan bila mana masing-masing beranggapan dengan tinggal jauh dari keluarga hence teman-teman la yang jadi pengganti saudara.. pengganti keluarga. As well as.. dah jadi macam tu.. tambah pulak tinggal di negara yang dekat dengan Rumah Allah.. senang nak pi Haji.. senang nak pi umrah.. so semua pakat hati suci murni kekdahnya..

Ibu sebenarnya serik dah nak "rapat" sangat dengan sesiapa pun. Biarlah Ibu dengan keluarga Ibu sahaja. Dengan yang lain-lain tu.. macam touch and go sajalah. Ada masa jumpa.. kita gelak.. kita sembang. Otherwise.. buat hal sendiri sajalah.

Nak jadi kisah.. just so recent Ibu dapat call dari Bobby. Ngamok sakan minah tu. Tho' tak mencarut.. tapi kita fahamlah keadaan dia. Emak si Bobby pun sama naik. Jarang makcik tu nak meroyan. Especially hal benda-benda remeh ni.

Then Ibu mintak la Bobby ni cerita "detail" sikit. Rupanya dia mengamok pasal ada sorang Hamba Allah ni siap perli-perli dia sebab kununnya Bobby bagi diskaun extra pada Ibu. Ini cerita beli sayur la ni.

Owhhh.. come on.
Beli sayur pun nak ngamok??

Punca kisah Hamba Allah ni as usual buat order barang-barang dari Bobby (baru je nak beroperasi). Kuantiti.. tak banyak mana pun. Tapi dia punya banyak songeh nak "diskaun" tu macam la dia order untuk stok satu restoran besar. Okey, for me fair enough kalau Hamba Allah ni try nak dapat untung or diskaun seposen dua.

But then bila dia mula membandingkan Ibu dengan dia.. terus la Bobby naik angin. Yang itu la punca sebenar Bobby naik angin. Segala yang "dituduh" tu.. satu pun tak masuk akal. Pot pet pot pet.. blah blah blah.. at last Bobby just straight kata ke Hamba Allah ni.. "if you want to buy.. you buy.. if not you can get your things from Carrefour or Lulu. Business is business.. friend is friend.."  Dah bengang sangat la tu.

Laaaa.. itu je kisahnya.

Pada Ibu la kan.. macam ni je la. Ko nak diskaun or free sekali pun.. itu ko punya hal la. Tapi janganlah libatkan orang lain. Sebelum buat accusation, kaji dulu scenario. Ibu sekali order sampai 10-15 kilo punya barang. Sekali belanja sampai RM700.00 (in Kuwait Dinar dalam 70KD la). Nak banding dengan ko yang cuma beli setengah kilo sawi and sepeket cili. Mana nak sama.

Then, sebelum ko nak mintak itu ini.. ko must first gain trust dengan seller. Ni baru sekali dua pi sana dah mintak macam-macam. Andddd.. cubalah senyum sikit muka tu. Orang nak layan pun senang hati.

Tu la kan.. beli itu ini boleh dan mampu pulak. Tapi benda-benda yang nak jadi darah daging ko nak berkira. Kalau dah dasar kedekut tu.. kedekut la jugak. Tapi.. ada tapinya.. jangan sampai nak menyusahkan orang. Especially dengan tuduhan yang bukan-bukan. Tak elok macam tu.

Tapi.. nak buat macam mana.. nama pun manusia. Ada macam-macam ragam.. dan macam-macam perangai..

Okey.. habis dah. Nak cerita itu jer..




Its not perfect.. but we try..

M.A.K or Malaysian Association In Kuwait adalah satu persatuan kecil yang bernaung di bawah bidang kuasa Kedutaan Besar Malaysian di Kuwait. Keahlian.. tak ramai mana pun. Namun punya objektif iaitu menjadi satu media bagi mendekatkan kelompok masyarakat Malaysia yang ada di sini.

Seperti mana-mana persatuan pun, rasanya tidak akan lari dari "politik persatuan". And sincerely, it really make me sick. Persatuan kecik macam ni pun, nak dipolitikkan. Hanya disebabkan masalah dot dot dot.. maka banyaklah mulut yang berkompang. Tapi biarlah hanya kami yang menjadi ahli sahaja yang tahu.

Namun, dengan segala sumber yang ada serta sokongan dari pihak Kedutaan.. alhamdulillah.. persatuan ini terus berjalan. Dengan aktiviti yang dijalankan saban bulan, alhamdulillah.. seperti tajuk entri ini.. its not perfect.. but we try..

And kelmarin, alhamdulillah satu lagi aktiviti by MAK selamat dijalankan. And again, adalah mulut-mulut manis yang komen itu dan komen ini. Bagi Ibu, alhamdulillah. Even without "you guys", we can still have fun. We gathered together with one specific intention.. to bring merry especially to our childrens.

Come, let me share some happy moments during the activity.



Gambar-gambar kandid yang diambil sepanjang perlawanan berlangsung.
Pictures worth thousand stories.

Pendaftaran.. 
Sendiri kerja.. sendiri main.. end result.. pure satisfaction.

And could you just say NO to this face??

Rakan sebaya..
I'm sure.. 15 years from now.. sure ada yang segan kalau tengok semula gambar ni..





US..

Simple appreciation, but it will do..


First time menang lawan bowling ni..

Some of us..

Sunday, November 17, 2013

Our ordinary life.. here in Kuwait..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah..
Dah boleh rasa lega. Majlis penyampaian hadiah untuk hari Sukan M.A.K 2013 dah selesai. Yang suspen sangat ni sebab Ibu kena jadi MC. Dah lama tak bercakap depan orang ramai ni.. rasa gugup jugak. Tho' yang hadir tu among kawan-kawan and adik-adik yang hampir setiap hari setiap minggu Ibu jumpa di sini. Tapi bila dah kena "bercakap" dalam majlis rasmi ni.. kena la ada protokol sikit kan.

Sebenarnya komuniti "Malaysia" tak ramai di sini. Campur family sekali dengan anak-anak.. adalah dalam 400 orang. Itu dah termasuk the students sekali. Yang hat sekolah menengah dan yang kat U. So, bila ada majlis sebegini.. sebenarnya satu peluang yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Kami pun tumpang seronok.. dapat makan-makan (biasa la tu kan) as well as keeping in touch with others. Adat laa.. tak semua ada facebook.. and tak semua "friends" in facebook. Tak semua ada masa nak jumpa kat luar pi ngeteh and whatsoever la kan.

Tapi.. macam biasa jugak. Tak semua "itu" indah. Seperti "life" di tempat yang lain jugak. Ada manis.. ada yang kelat.. ada yang masam.. ada yang senget. Normal la kan. Nak join.. join la.. yang tak suka.. sila sambung ayat sendiri..


Selain dari jadi MC, Ibu jugak jadi tukang masak. Biasa la tu kan. Menu wise.. yang biasa-biasa saja. Tapi bila kena masak guna dapur elektrik ni.. renyah la sikit. Api tak power. Dah la kena masak lebih dari biasa. Anyway.. alhamdulillah.. setel jugak "on time". Anddddd.. syukur.. abih acik meniago potang tu.

 Intai-intai untuk "next project"..

Simple and nice..


Para pemenang bersama TYT Dato' Adnan Othman. Duta Besar Malaysia di Kuwait..

Me with JUARA congkak terbuka.
Handal kawan yang sorang ni.
Kami terpaksa lawan 4 frame.. asyik seri jer.

Yang kat bawah ni saja nak tayang-tayang. Cik Asben dapat candle burner tapi at last Ibu modify jadi vase. Balik dari majlis terus pi kedai bunga. And since Ibu pi hari cuti, so fresh flowers dah banyak yang habis. Roses and lilies tu banyak la. So.. ended Ibu pilih orkid. Okey la tu kan.

Friday, November 15, 2013

Pucuk ubi yang berharga RM3500-00..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. sampai jugak hajat Ibu nak masak gulai telur dengan pucuk ubi. Kan tu ari Ibu kata ada lady friend baru sampai dari Tanah Malaya kan.. so ada la dia bawak buah tangan. Dengan Ibu ni tak payah la bawak buah tangan yang canggih-manggih.. dapat pucuk ubi, daun pucuk puding, belimbing buloh.. itu lagi best. Lebih afdhal.

Btw, nak tahu kenapa Ibu kata harga pucuk ubi ni sampai RM3,500.00.. ye la.. samalah dengan harga tiket kapalterbang Auntie Munirah nak ke sini. Kut tak tu.. tak merasalah pulak kami. Kalau berkirim dengan Bobby.. jawapan dia asyik "only the goat and the cow eat tapioca leaves in our country"..


Yang ini selamat dah jadi santapan kami.. especially untuk Cik Asben yang berpuasa semalam. Amsyar pun sama naik melayan gulai telur ni. And semestinya pucuk ubi la la habis dulu.

P/s;
Stok pucuk ubi memang ada lagi tapi dah reserve untuk agenda lain.

Thursday, November 14, 2013

Sesi suai kenal..

Assalamualaikum all,

Ada orang tanya.. 
Bobby tu lelaki ke?
Bobby tu asal mana?
Bobby tu orang Arab ke?

Well.. okey. Meh.. Ibu kenalkan. Yang kat bawah ni.. pakai baju oren.. tu la Bobby. Nama Islam dia.. Rabiah. Asal dari Thailand tapi ada mix of Thai, Myanmar, Pakistan and India. Kecik-kecik dulu family panggil dia Bubbly (kut tak silap Ibu la) tapi ended panggil Bobby pulak. Sampailah ke la ni.


Yang sebelah dia tu pulak, emak Bobby. Nama Ayesha (Aisyah la pada kita). Both tokey sayur and segala barang-barang Asian yang biasa Ibu beli ni. Dari fish cake, fish ball, sotong ball, sayur kangkung, peria, petai, durian, buah sentul, rambutan.. ishhh.. macam-macam la.

Price wise.. memang la lebih sikit dari yang dibeli di market tapi dijaminlah kesegarannya. And halal too. Dia orang ni muslim so tang hat tu.. memang dia orang particular la sikit.

Semalam kan hari Rabu so shipment dari Thailand baru sampai. And biasanya dia orang akan deliver ke rumah Ibu barang-barang yang Ibu order minggu sebelum tu. Tapi dah kami nak pi bandar.. singgah je la ambik barang kat kedai tu. Cuma bahayanya, bila dah pi kedai.. biasanya ended Ibu akan "terbeli" barang-barang yang yang tak ada dalam list pun. Especially anak-anak.

P/s;
Err.. Ibu pun sama jer sebenarnya.

Hasil memborong di kedai Bobby malam tadi..

Wednesday, November 13, 2013

The POYOSSSS in me..

Assalamualaikum all,

Selamat berpuasa (pada yang berpuasa).. semoga Allah menerima segala ibadah kita. Insya'Allah.. Ibu on ABC.. Allah Bagi Cuti.. Kakak Kembo datang ziarah awal pulak ni. Biarlah.. dia nak buat kerja dia kan..

Edisi tayang-tayang jer ni. Tak ada cerita menarik pun dari negara Pasir Berdengung. Melainkan..

Amsyar kena food poisoning
Haazem on break - study week
Arif pulak demam + batuk
Cik Asben baru mula kerja hari ni selepas 2 hari on MC

Kisahnya..
Tetiba Ibu nak sangatttttt makan mi rojak. Bukan angkara pi skodeng rumah kawan ke atau apa-apa. Tapi memang rasa nak makan sesangat. Maka.. Ibu pun ngadu la pada Cik Asben. Tapi setakat ngadu je la kan..

Di sini memang ada kedai makanan Indonesia tapiiiii.. pernah sekali satu insiden.. yang sungguh tidak menyenangkan hati dah berlaku. At last segan Ibu ke anak-anak lelaki Ibu. Tak payah la nak panjang cerita. Memadailah.. bukan adap kita. Even.. bukan etika normal seorang perempuan pada pelanggan lelaki pun. Kedai yang lain tu tak ada la pulak jual rojak or yang hampir-hampir dengan rojak.

Dah tu kena buat sendiri laa.. So, dah jadi macam tu.. mulalah dengan aktiviti skodeng resepi pulak. Macam-macam la yang Ibu jumpa. Rojak campur ayam la, rojak buah la, rojak pasembor la, rojak mamak la.. eishhhhh.. macam-macam ada.

Takmo pening.. so Ibu ambik version yang biasa Ibu makan sajalah. Janji sampai hajat. Tak la pening kepala sampai tak tidur malam lagi. Ibu ni jenis kalau ada benda yang "tak kesampaian", mula la tidur malam problem. Dok berangan macam-macam..

End result presenting..


Baru lepas shooting ni. Tak sempat nak rasa lagi. Tapi kata Cik Asben dah lepas piawaian "tekak" dia la. Yahooooo.. 

P/s;
Eeiiii.. suka sangat ni.. first time sukses masak-mask guna YEAST..
Very the poyosss kan.

Tuesday, November 12, 2013

Akibat dari "mengintai"..

Assalamualaikum all,

Tercetus hajat dari akibat berziarah ke rumah teman yang sorang ni. Jika rasa nak bersuai kenal, boleh la bagi salam ke Tuan Rumah. Insya'Allah, teman yang sorang ni sangat mesra lagi peramah. Tak lokek ilmu dan selalunya si dia ni rajin bercerita tentang DIA.

Dan akibat dari teman ni jugak, maka terhajat Ibu nak makan lauk kampung ie. terung telunjuk goreng pedas. Namun apakan daya, terung telunjuk di sini tak pernah lagi Ibu jumpa. Yang hat bulat atau yang warna ungu "saiz gedabak" tu banyak jer Ibu jumpa. Baik di kedai Bobby mahupun di pasaraya yang biasa Ibu pergi tu.

Taste wise.. alhamdulillah. Tak jauh beza pun. Nama pun "spicis terung" jugak. Cuma saiz dan warna sahaja yang membezakan.

Maka akhirnya.. presenting..


Terung bulat dan terung telunjuk.. gambar ihsan Cik Gugel..

And, nak jugak Ibu berpesan.. pada yang mampu dan sihat tubuh badan.. eloklah dan digalakkan berpuasa esok dan lusa. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita. Insya'Allah..


All good things..

Assalamualaikum,

Cuaca di sini dah sesedap rasa. Untuk Ibu la. Tak panas tak sejuk. Yang sebetulnya Ibu ni memang jenis yang tak tahan sejuk. Tapi anak-anak hampir setiap hari dok tanya.. bila nak winter ni?? Eiii.. ayat yang sungguh tak melambangkan rakyat jelata yang lahir di Tanah Malaya.

Tapak semaian bunga pun mula "berwarna-warni".. lebih ceria dari biasa. Tapi masih belum sampai ke tahap semeriah seperti gambar-gambar yang Ibu nak share di sini.

Dalam masa yang sama, Ibu mulalah berangan nak buat itu.. nak buat ini. If only balcony comel Ibu tak jadi tempat Cik Asben lepak untuk ambik "oxygen". Perokok tegar jugak Cik Asben tu. Berbelas tahun dah dok bagi nasihat tapi.. ermmm.. semoga suatu hari nanti sampai dan makbul jugak doa Ibu nak tengok Cik Asben quit smoking. Insya'Allah..
 






Kesemua gambar-gambar bunga ni kawan Ibu si Amir Kadir snap during last winter.. cantik kan. Ni Ibu dah mula la berangan yang macam-macam ni. Perempuan and bunga.. standard laa.. Btw, ini sikit jer ni..


Edisi tunjuk-tunjuk.
Semalam alhamdulillah.. selamat lagi sehari. Mudah-mudahan Allah memperkenan Ibu dengan kesihatan yang baik. Ada few more days of "hajat" yang belum ditunaikan. Btw, di sinilah tempat Ibu biasa men-skodeng rumah kawan-kawan, mencari ilham, semak homework anak-anak etc. And yang dalam bowl tu pulak.. rezeki Ibu untuk iftar petang semalam. Syukur.. alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...