Beautiful Friends

Saturday, May 31, 2014

Isra' Mikraj di Kuwait..

Assalamualaikum all,

Cerita Ibu kali ni..
Lunch kami semalam.. masak lemak putih pucuk paku. Untuk pemanis Ibu boh ikan bilis. Dah tu jumpa pulak udang 5-6 ekor.. boh jugak la. Then tambah goreng ikan kerisi.. partner ngan cili kicap and sambal belacan. At last.. dalam "separuh" sedar.. syok jer menambah nasik..


Then sebelah malam pulak ada sambutan Isra' Mikraj di Kedutaan Besar Malaysia.. rasa canggung pi rumah orang tangan kosong.. so Ibu bawak la bekal sikit..

Bahan mentah.. and hasilnya..



Lauk biasa-biasa je la.. dah itu pun yang tau masak.. tapi.. abih jugak Acik beniago malam tadi.


Tajuk majlis ilmu kami malam tadi.. Pengertian Isra' Mikraj dalam kehidupan. Alhamdulillah.. ada la jugak yang masuk dalam CPU Ibu ni tapi tak dapat nak concentrate sangat sebab dek terlampau syok berbalas soal-jawab.. at last majlis lajak sampai jam 9.00 malam. Anak-anak kecik dah mula tunjuk stunt tepi dewan.

Tak jadi hal pun.. budak kecik.. apalah yang dia tau kan. Tu sebab Ibu "kurang selesa" kalau ada orang marah or suara tinggi dengan budak kecik then suruh dok diam.

Entah la.. Ibu senang jer.. dah tau pun time dinner kan.. kita pakat je la pujuk bagi makan alas perut apa yang patut. Then suruh dia orang dok sama dengar ceramah sambil makan. Kut bersepah kita kemas la.. kut ada air tumpah.. kita lap la..

At last.. turun naik.. turun naik jugak la Ibu melayan dia orang ni makan. Kesian la weiii.. dah jam 9.00 malam.. patut dah makan pun.

Tapi kalau awal-awal lagi semua dah kata NO.. macam mana la budak-budak nak lembut hati join majlis macam tu. Setahun dua lagi.. bila dia orang dah besar sikit.. dah berakal tau la dia orang nak bawak diri tu.

Mungkin cara ni tak sesuai dengan budaya masyarakat kita.. tapi di sini.. memang macam tu la. Tu sebab dalam masjid selalu jer nampak budak-budak. Entahlah.. cakap banyak nanti ada pulak yang "sentap"..

Anyway.. alhamdulillah.. all went well.

Btw.. Ibu share sikit la pics from last night event ya..





And some pics by some adorable faces..



Okey.. habis cerita dah.. have a nice weekend friends..

Friday, May 30, 2014

3 hari cuti yang tak macam cuti pun..

Di sini cuti 3 hari ya'ni Khamis till Sabtu. Tapi tho cuti.. Ibu macam tak cuti pun. Ada je benda nak kena selesaikan.

Hari Khamis.. 
Pi hantar anak-anak bergunting rambut. Unlike others yang mungkin boleh suka-suki pi serah kepala kat mana-mana kedai.. budak-budak ni prefer pi kedai yang satu ni jugak. Sebabnya..


Kat sebelah kedai gunting tu ada kedai jual ABC Pinoy (halo-halo). 1kd semangkuk.. tapi ada macam-macam alien dalam tu.. buah kabung.. jelly.. kelapa muda.. ada masa sesat jugak jagung manis.

Ni semua sebab yang tukang gunting tu tersangat la cerewet. 1 kepala ada masa cecah 45 minit. Selalu jugak anak-anak Ibu tertidur time bergunting tu. Kut 3 kepala.. dah 2 jam lebih. Plus masa menunggu turn customer yang sebelum tu lagi.. Mau cecah 3 jam lebih jugak melepak kat situ..

So dah alang-alang menunggu tu.. make sure ada benda yang boleh divert attention..

Petang Jumaat..
Ada majlis sambutan Israk Mikraj di Kedutaan Besar. Dah tu ada kawan mintak Ibu tolong buatkan mi kuning sikit. Nak dijodohkan dengan sup tulang.. kata dia la..

Kut ada sesiapa yang berkenan nak resepi mi kuning.. boleh la try tengok kat sini.

Btw.. inilah hasil menggelek mi selama hampir 1 jam..


Andai ditakdirkan ada extra kerajinan.. bolehlah Ibu sambung menggelek mi kuning lagi. Reason : nak menghabiskan stok tepung di rumah ni. Ye la.. nak mem-baking dan yang sewaktu dengannya tak pandai.. buat sepah dapur.. pandai laa..

Hari Sabtu pun macam dah ada plan.. nanti-nanti kita sambung cerita la ya..

Okey.. ilal liqa' friends..

Thursday, May 29, 2014

My last resort..

Sedikit ingatan dari Tuan Rumah.
Sila pastikan anda telah selesai breakfast, lunch or dinner or apa-apa yang patut sebelum meneruskan pembacaan anda pada kali ini.

Sesungguhnya Ibu tidak bertanggungjawab di atas segala rasa kurang selesa yang dialami selepas selesai membaca entry ini.

Here goes..
Someone once told me.. cara paling baik kalau ada masalah "membuang".. makanya makanlah makanan pedas as in pedas yang betul-betul pedas. Sungguh.. tak tipu..

Actually Auntie Ayesha yang kata macam tu (emak Bobby). And you know what.. and it works.

So.. pagi tadi.. masuk dapur Ibu pun mulakan operasi godek-godek freezer. Hajat dihati nak mula menghabiskan segala stok "apa-apa" yang patut.

And at last.. hasilnya..

Meggi goreng extra podeh..

And selang 10 minit selepas itu..
 

 

Wednesday, May 28, 2014

Rabu yang lesu..


Some day.. you might be ok.. someday may not be your day. Ada hari kita happy.. and ada hari kita maybe moody. Me.. biasa laa.. bila Kakak Kembo datang berziarah.. mood jadi tak menentu. Tambah parah bila disogokkan dengan perkara remeh-temeh yang begitu merimaskan.

Dah jadi macam tu.. redha sahaja. But if you smart and wise enough.. pi la ngadu dengan DIA. Insya'Allah.. I bet you feel much better then.

But in my case.. sambil-sambil tu.. cari jugak shoulder to cry on. Tak cukup bahu sebelah kiri.. tak cukup bahu sebelah kanan. Memang tensi tahap gaban. Tapi nak buat macam mana.. anggap saja semua tu TEST dari DIA..

But since Ibu rasa nasihat ni baik untuk semua.. so Ibu kongsikan di sini. Semoga ia berguna untuk rakan-rakan yang lain jugak.

Semoga Allah jaga dan pelihara kita semua.. insya'Allah..

Tuesday, May 27, 2014

3.19 AM..


Status gambar tiada kena-kena mengena dengan entry ini.

1. Sabda Baginda Rasulullah saw:
Antara makna hadis Nabi :
((Barang siapa yang sembahyang subuh, maka dia berada di dalam jaminan/keamanan Allah)) terdapat juga riwayat mengatakan 'subuh berjemaah'.

2. Sabda Rasulullah saw lagi :
Antara maknanya:
((Tiada solat yang lebih berat ke atas orang-orang munafiq daripada solat subuh dan isyak, sekiranya mereka mengetahui apakah yang ada padanya (ganjaran Allah), mereka pasti telah menghadirinya walaupun dengan cara merangkak..)) atau sebagaimana sabda Baginda saw..

3. Rasulullah bersabda lagi :
Antara maknanya:
((Barang siapa yang sembahyang isyak berjemaah, maka seakan-akan dia telah bangun (beribadah) separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seakan-akan dia telah bersembahyang sepanjang malam)) atau sebagaimana sabda baginda..

4. Antara hadis Nabi lagi :
Antara maknanya :
((Dua rakaat subuh (2 rakaat sunat sebelum subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan isinya)) atau sebagaimana sabda baginda saw..

5. Antara sabda Baginda lagi:
Antara maknanya :
((Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam kegelapan untuk ke masjid, bagi mereka cahaya yang lengkap sempurna di hari Qiamat)) atau sebagaimana sabda baginda..

Ini direct Ibu copy paste dari wall seorang adik student kita di sini. Cuma ayat (in Arabic) terpaksa Ibu delete memandangkan susunan ayat yang jadi berterabur bila Ibu paste di sini.

A very good reminder.. if I might say.. waaaa.. den spekang ala-ala Brits pulak ari nihhh..

Kisahnya..
Cerita orang liat nak solat subuh. Suboh di sini (sekarang ni) jam 3.19am. So harap maklum jer la kan.. So adik kita ni post la status macam ni kat wall dia. Then semua students Malaysia dia pi tag status ni jugak. Ibu pun tumpang 2-kaki la jugak..

Anyway.. applied to everybody.. everywhere.. selagi ko masih mengaku ko umat Nabi Muhammad.. hamba Allah.. masih diberi nikmat atas dunia ni.. masih dipinjamkan nyawa.. pandai-pandai la bawak diri.

Ikhlas.. memang susah.. liat.. nak bangun subuh ni. Thus, kami pun tak terkecuali. Tambah pulak dah seawal 3 pagi.. Dah jadi macam tu.. nak tidur awal ke.. pasang "alarm" 2-3 bijik tepi telinga ke.. apa-apa yang patut la kan..

Unlike di kampong.. walaupun umur Ibu ni dah hampir separuh abad.. Omak and Ayah sey masih gagah mengetuk pintu bilik. Selagi Ibu tak bukak pintu.. selagi itu jugak la pintu tu kena ketuk.

Same goes bila balik kampung Bachok.

(Balik kampung layan tidur tersangatlahhhhhh best.. air-cond original babe..)

Dulu masa zaman "kurang insaf" tu.. ngelat la jugak. Ni dah jadi Ibu.. dah jadi Ayah.. kena lawan sikit la kan..

Anyhow.. macam kata my Kakak.. its all in your head..

Insya'Allah.. mudah-mudahan kita semua terus istiqomah.

P/s;
Btw.. orang kalau dah tak suka.. apa pun jadi modal nak ngata kita kan. Kut ada yang kata Ibu post benda-benda versi nak tunjuk skima.. nak tunjuk alim.. nak tunjuk bagus.. its their words against mine.. terpulanglah kan..

Semoga Allah terus beri perlindungan pada kita.. insya'Allah..

Monday, May 26, 2014

Bila nikmat Allah dah tarik..

Once.. Ibu pernah kenal sorang Hamba Allah ni. And sekali tu masa Ibu dok beratur nak ambik makanan (belakang dia) di satu majlis ni.. dia bagi komen.. owhhh.. I don't eat this.. I don't eat this..

"Tak makan" as in sebab memang tak boleh makan or tak kena dengan selera.. tak pulak Ibu ketahui. Mungkin sebab di rumah dah asyik "spekang" sokmo.. so makan nasi and lauk-lauk Melayu.. dah tak aci kut.. eiiii.. jahatnya mulut. My bad..

Tapi memang dalam hati Ibu.. terdetik "benda-benda" macam tu la.

And for that reason.. Ibu pesan ke anak-anak Ibu.. suka.. makan.. tak suka.. jangan cakap banyak. Nak banyak songeh.. kat rumah.. you boleh demand.. tapi in public.. sila pandai-pandai bawak diri.. serious ni!!!

Unlike me.. tu la bila Allah dah tarik nikmat makan.. banyak benda Ibu dah mula kena picky. Bukan sebab apa pun.. cuma bila dah tua ni.. kena la extra jaga kesihatan. Itu tak boleh.. ini tak boleh.. itu jer..

Masih boleh makan.. tapi kena stand-by la apa yang patut lepas tu..

Contoh..


No more segala suku-sakat yang ini. Hatta udang besar sikit pun dah sakit kepala.

But still I can opt for this..


Yang ini.. setakat ni masih lagi selamat. Tho' cara memasak pun kena tukar tertib sikit. Kurang yang itu.. kena kurang yang ini. Memang la rasa pun tentu kurang sikit. Tapi kut sanggup menanggung.. ishhhh..

Anyway.. morale of the story..

Sementara boleh makan tu.. makan je la. Jangan la kata.. eiii.. I takut gemuk.. I takut itu.. I takut ini.. Once Allah dah tarik nikmat makan.. 1 sen pun takda guna.

Betul ke??

Sunday, May 25, 2014

Takda keja.. cari keja.. ishhhh..

Hi all..

Hari ni Ahad.. sure ramai yang tengoh dok layan diri.. hari cuti kan. Ibu hari ni dapat la cuti sekejap. Arif dah mula cuti summer break. Haazem esok last paper.. tapi Amsyar pulak next week baru nak mula first term exam.

Anyway.. unlike Arif and Amsyar.. Haazem ni ada sikit "special" case. Dengan dia.. kalau nak dia buat revision.. salah sorang.. me or Cik Asben kena "dok sebelah". Otherwise.. memang tak bergerak la.

So malam tadi sementara menunggu dia buat revision.. Ibu pun layan diri. Menyelesaikan projek yang dah 9 bulan tergendala. Tho' sebenarnya pada "orang" tu.. dah sepenuhnya siap.

Kisah bermula..
Kain.. SIL yang hadiahkan masa dia pi cuti (mana.. ntah.. lupa). Then Ibu tempah buat baju kurung. Then mintak ke tukang jahit tu boh la pa yang patut.. jahit manik ke.. apa-apa je la. Sekali tu.. 


Dia pi tepek batu hiasan macam yang sebelah kiri tu (semata-mata). Dah la "tojeng" je rupa baju Ibu. Kut ada yang tak faham makna "tojeng".. arrrr.. kira macam kerja tak siap la.

Then bila Ibu kata.. ini je?? Boleh pulak dia jawab.. dah tu "you" kata nak simple je.. 

Dushhh.. memang tepuk dahi la.. 

Malas nak gaduh.. malas nak bising.. bayar duit tempah baju.. Ibu pun terus keluar kedai.

Sampai la ke malam tadi baju tu macam tu jugak.

Makanya.. raya pun selang berapa bulan je lagi. Dari bazir duit tempah baju lagi.. and dah alang-alang manik baju ada macam-macam kat rumah ni.. kita modify la serba sikit. Sebenarnya dulu rajin jahit manik sendiri. Even tak sah kalau hujung tangan tu plain. Yang jadi tukang bagi idea.. anak sulong hamba la.

Tapi bila dah tua ni.. mata pun dah rabun.. malas la.. masih boleh menjahit tapi faham la kan.. kejap jauh.. kejap dekat.. at last.. tempah je la.

Anyway.. sebelah dah siap. Insya'Allah hari ni try pula buat sebelah lagi. Doa-doakan la ya.

Happy weekend friends..

Saturday, May 24, 2014

Who will take care of them??

Once dah commit.. kena ada tanggungjawab la kan. And tho' setakat mini-plant.. as long as "bernyawa".. rasa macam bersalah la pulak kalau dibiar macam tu je. Otherwise.. jangan mulakan langsung.

Tu sebab Ibu malas nak membela pets dalam rumah ni. Reason :
1- Sebab nanti Ibu jugak yang kena manage.
2- Nanti kalau kami perlu keluar lama.. siapa pulak yang nak dijadikan Nanny??

Same goes to my..




Tarikh dah dekat.. tiket dah settle.. beg semua dah mula bawak keluar. Thus.. check-list dah mula bertanda..

Tapi tang manja Ibu yang 3 pasu ni.. takda solution jugak lagi. Sebenarnya dulu lagi banyak mini-plant dalam rumah ni. Tapi asal ada saja yang berkunjung.. ada pulak yang berkenan.. at last.. yang tinggal 3 beradik ni je la lagi.

Ada lagi sepasu tengah masuk wad.. baru keluar dari ICU. Rentung dek musim panas di sini.. recovering.. yet very slow..

Don't know about others.. tapi tak sampai hati nak bagi 3 beradik ni kurus kering tak berair.

Solution??

Friday, May 23, 2014

Kami yang menumpang kasih..

Assalamualaikum all,

Dah dua minggu berturut rumah kami meriah dengan suara adik-adik students. Hari yang dipilih.. Khamis malam Jumaat. Reason.. kut terlajak bersembang pun.. at least esok nyer cuti.

Cuma dah kebetulan malam Jumaat.. so Ibu mintak semua berjemaah solat Isya' and baca Yasin. At least boleh bagi training pada my boys jugak.

Anyway.. bila dah tengok dia orang ni depan mata kita.. sayu jer hati.. sayu bila melihat semuda umur 12 tahun.. dah ada yang berhijrah sampai ke sini. Jauh dari ibu bapa.. jauh dari keluarga.. Ibu dulu umur 12 tahun pun dah masuk asrama.. tapi setakat Kuala Pilah ke Seremban jer. Itu pun kalau boleh mintak dengan Omak and Ayah datang ziarah tiap minggu.

Alhamdulillah.. walaupun jarang berjumpa (melainkan kalau ada majlis tertentu di Kedutaan) kemesraan antara adik-adik dan kami yang senior tidak terjejas. Sebenarnya.. memang itu pun tujuan asal. Ibu takmo adik-adik ni berasa canggung.. rasa bagai disisihkan.. tak betah bergaul dengan kami yang senior ni.

Lagi pun ini sahajalah peluang Ibu untuk menjamu adik-adik ni dengan masakan orang Melayu. Rasa.. jangan kira la kan.. Ibu bukan jenis masak pi sekolah pun. Masak campak-campak jer. Janji boleh telan serba sikit.. dah kira okey sangat la tu..

Tapi kan.. bila tengok dia orang ni berselera makan.. siap bertambah-tambah.. lagi la sayu hati ni. Ye la kan.. contoh macam anak-anak Ibu je la.. bolehlah pilih nak makan itu.. makan ini.. tapi dia orang.. makan saja apa yang dihidangkan di kantin asrama..

Alahai.. mula la nak feeling ni..

Meh Ibu share pics..




Ini badge last week.. adik-adik dari Kuwait University. Tapi dalam ramai-ramai ni ada dua orang dari Singapore. Dah kebetulan dia orang sama belajar karate dengan my heroes.. so Ibu jemput sekali. Sembang nyer sembang.. tak sedar dah jam kul 1 pagi.


Ini pulak adik-adik sekolah menengah. Dia orang ni mula-mula tu malu-malu jugak. Tapi lepas sesi "break the ice".. maklum saja la ya. Sedar tak sedar.. dah jam 11.00.. dah kena hantar balik asrama la pulak.

Well.. unlike macam badge senior.. dah nama pun "budak-budak".. laku betul segala coklat and jajan. Memang berbaloi Ibu angkut keluar segala coklat, candy, biskut etc. Seronok tengok dia orang ni makan. Tambah seronok bila tengok dia orang ni sambil makan.. sambil dok menyakat kawan-kawan yang lain.

Sebenarnya kan.. tak ada ayat yang mampu menerangkan perasaan sebenar Ibu ni.. semuanya bercampur-aduk.. macam-macam ada. Sampaikan nak karang ayat pun.. tak tahu nak cerita macam mana..

Isshhhh.. mula la nak emo ni..

Sambung lain kali je la ya..

Thursday, May 22, 2014

Al-Quran dalam gadget??

Assalamualaikum all,


Soalan Ibu..
Boleh ke kita baca Al-Quran yang ada dalam phone or other gadgets tanpa air sembahyang (wudhu').

Pada yang dah tahu.. alhamdulillah.. tapi Ibu ni memang banyak ketinggalan. And so dari rasa was-was.. kita carilah mana-mana or siapa-siapa yang boleh dibuat sandaran sebagai bahan rujukan.

Semoga ia juga berguna pada sesiapa yang memerlukan..

Wallau' alam..


Wednesday, May 21, 2014

Its never too late..

Assalamualaikum all,

Hari ni tak ada kelas ilmu di hujung jari.. tapi Ibu nak share satu cerita la..

Just in case kalau yang punya diri "terbaca" cerita ni.. Ibu minta maaf. Takda niat nak memburuk-burukkan Si Polan.. cuma Ibu nak ucap "terima kasih" sebab membuka mata.. membuka hati ini. You just don't know how big the impact was your action on me.

... Si Polan ni memang cantik.. dengan gigi bersiung (betul ke tu??).. Si Polan memang manis.. memang comel.. pakai apa pun.. cincai macam mana pun.. Si Polan tetap ada tarikan "tersendiri". Si Polan ni dulu a smoker.. free hair.. and mulut pun ada masa sikit tuttttt.. tapi semua tu cerita zaman pra-sejarah..

Tapi subhanallah.. may Allah too open our doors and our heart. Baru-baru ni Si Polan dan suami sama-sama sempat mengerjakan umrah. Sebetulnya sebelum tu Si Polan dan mula menutup aurat.. cuma biasa la. Ada la yang huk sana huk sini sikit-sikit. Tapi pada Ibu.. alhamdulillah.. and insya'Allah.. one fine day.. gradually.. you'll be on the right path.

Cuma baru-baru ni.. waktu tu Ibu nak pi dinner dengan anak-anak.. kira-kira jam 1 pagi jugak la waktu Malaysia. Ibu baca satu post "mengejut" di wall Si Polan. Dia mintak semua kawan-kawan "meng-un-tag" gambar beliau mana-mana yang free hair atau yang kurang menepati spesifikasi "tidak menutup aurat".

Don't get me wrong.. I have nothing against people yang tidak metutup aurat. Pada Ibu.. hanya doa yang mampu Ibu sesekali selitkan agar kawan-kawan Ibu berubah ke jalan yang sepatutnya.

Itu cerita orang yang dah "terbuka pintu hati".

At the same time ada jugak antara kawan-kawan Ibu yang dah "reverse". Yang buat U-turn pun ada jugak. Tak boleh komen apa-apa.. itu urusan Si Dia dengan DIA.

Semoga kita semua terus istiqomah.. insya'Allah.

Jaga hati.. jaga diri.. and selalulah cermin diri sendiri..

Ehhh.. cop.. divert sikit.. lama dah tak share pics dari dapur Ibu kan..




Yang atas and tengah.. boleh sendiri agak la kan. Cuma yang bawah sekali tu.. itik goreng berlada. But since Ibu slowwww sikit tang itik.. so Ibu boh extra vege. Vege.. yang tu Ibu takda problem.

Okey.. until later..

Tuesday, May 20, 2014

Solat tanpa telekung??

Jangan dipersusahkan benda yang mudah.

Nak solat.. sebenarnya tak susah. Kita saja yang fikir susah. Tapi baru-baru ni.. boleh pulak Ibu tiba-tiba rasa was-was dengan aurat bahagian tapak tangan and kulit atas tapak tangan tu. Tu la kan.. syaitan tu kalau nak menyesakkan kepala kita ni.. macam-macam cara dia try.. walhal selama ni elok jer yakin solat.

Anyway.. bagi nak melapangkan kepala yang "ting-tong" tu.. maka Ibu rujuk soalan tu ke yang lebih arif. And jawapannya..





6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

SYARAT 1 : Mestilah menutup dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.

Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : Sebaik-baiknya guna sarung tangan panjang.
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai baju lengan pendek dengan sarung tangan panjang.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?

Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain tak jarang dan nampak dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai stokin yang tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Wallahu'alam..

Monday, May 19, 2014

Jangan SOMBONG..

Assalamualaikum all,

Masa berjalan.. hentak-hentak kaki..
Jika memandang.. hanya sipi-sipi
Sewaktu berbincang.. dinampakkan "keras hati"
Bila tersenyum.. masih nampak sepi
Ketika bersalam.. hanya hujung jari
Andai menegur.. hanya dengan yang "di hati"
Semasa berkata.. tune pun tinggi
 Just how irony..
The world we live in..

Too bad.. so sad..

Kali ni Ibu nak share tentang sifat-sifat sombong and perkara-perkara yang related to it. Semoga segala yang Ibu kongsikan di sini.. mampu memberi menafaat pada yang rasa berbaloi.. others.. its just my bad.

Bismillah..

Sombong atau takbur (takabbur) adalah sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan satu daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri.

Pengertian tentang takbur dapat difahami daripada maksud beberapa hadis yang berikut :

- Rasulullah bersabda :
"Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain".
(HR. Muslim).

- Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :
"Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu".

- Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat, "Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?" Para Sahabat menjawab, "Tidak tahu, ya Rasulullah". Lalu Rasulullah menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya".

Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah"
(QS 7:12).

Iblis lalu dilaknati oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu. Sekurang-kurangnya dua akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :

- Pertama, ia dimasukkan ke dalam golongan kafir. Allah Taala berfirman, mafhumnya :
Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir (QS 2:34).

- Kedua, ia dimasukkan ke dalam golongan orang yang terhina dan tidak layak tinggal di syurga. Allah berfirman, mafhumnya :
Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.
(QS 7:13).

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1) Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2) Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3) Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya.

4) Memandang hina pada golongan bawahan.

5) Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6) Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7) Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8) Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9) Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Di belakangnya diumpat-umpat.

10) Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11) Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12) Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13) Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14) Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15) Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16) Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17) Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18) Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19) Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20) Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21) Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22) Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23) Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24) Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25) Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26) Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

SEBAB-SEBAB SOMBONG

Sebelum kita mampu mengikis sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

1) Memiliki kuasa. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.

2) Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang akhirat. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.

3) Mempunyai harta kekayaan.

4) Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam seni mempertahankan diri. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

5) Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.

6) Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.

7) Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.

Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi.

Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.

KESAN SIFAT SOMBONG

Di antara kesan sifat sombong ialah:

1) Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan.

2) Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.

3) Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha sedaya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu.

4) Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.

Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.


Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah.

Nota kaki :
Ini adalah ilmu dihujung jari semata-mata.
(Sambil-sambil tu.. bolehlah buat check-list)

Wallahu'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...