Beautiful Friends

Thursday, October 29, 2015

Delighted to make your acquaintance, Sir..


Dapat 'sharing' dari sorang kawan. Motif.. ntah la. Masing-masing la kan.

Tapi..
Rasa terpanggil pulak nak kongsi pengalaman kami semasa merantau ke Tanah Pasir Berdengung.

Unlike Argentina atau China atau Kazakhtan atau Iran yang memang keras dengan penggunaan bahasa ibunda, di Kuwait memang kami tak ada masalah komunikasi. Mushkilah Arabic mafi.. English medium jadi penyelamat kami. Cuma tahap English yang digunakan akan bergantung kepada tempat atau situasi ia digunakan.

Kalau pi repair kereta.. sedia maklum jer la English level yang digunakan. Sama jugak kisah nyer jika berkomunikasi dengan guru-guru di sekolah anak-anak kami. Ada masa.. rasa macam spekang with the Brits la pulak.

Memang tak ada orang akan bash atau hentam kita tho' English kita tunggang terbalik dengan grammar yang huru-hara.. asalkan maksud 'diterima' dan 'difahami'.. khalas.

But sincerely.. pada Ibu.. tak salah kalau kita ambik inisiatif untuk perbaiki diri. Baik dari sebutan mahu pun nahu bahasa itu sendiri.

Pernah ke kita dengar siapa-siapa pun cakap.. rugi la belajar 'bahasa' beriya sangat tapi bukan guna sangat pun..

Kalau ada pun.. berapa percent sangat la pun kan.

Mampu bercakap dengan penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris yang betul atau sebutan yang tepat bukan bermakna kita membiarkan diri kita dijajah semula oleh negara barat.

Sama jugak bila kita memakai jubah atau abaya (contoh), bukan bermakna kita sudah lupa dengan baju kebaya atau baju kurung.

Begitu jugak bila kita mampu menggunakan chopstick, bukan bermakna kita menjadi orang Cina. Atau bila kita makan capati.. bukan bermakna kita mendewakan bangsa India.

Its all in your head babe.

Kalau kita rasa dengan memajukan diri.. walau hanya dengan setakat belajar Bahasa Inggeris.. kita dah jadi macam tu.. kita dah jadi macam ni.. sila sambung dalam hati jer la ya.

Dan ini bukan hanya untuk Bahasa Inggeris.. sama saja hal nyer dengan bahasa-bahasa lain pun..

P/s;
Ari ni takda cerita orang meroyan kat warong.. jerebu dah kurang kan kan..

Assalamualaikum.

Wednesday, October 28, 2015

Si muka KETAT..

Di suatu pagi yang (not so pagi anymore) berjerebu..

Cust : Kak.. bagi nasik biasa 1..
- FYI.. We're only charging RM1.50 per packet of nasik lemak biasa/plain/kosong (faham la tu kan).
Me : Okey..
Cust : Errrrr.. nasik kasi lebih sikit..
Me : Okey..
Cust : Letak kuah rendang ayam sikit.. anak-anak saya suka la..
Me : Okey..
Cust : Kacang mau lebih ya..
Me : Okey..
Cust : Sambal tumis lebih ya.. anak-anak saya tak makan kalau sambal sikit..
Me : Okey..
Cust : Berapa?
Me : RM2.50
Cust : Mahal nyer? biasa RM1.50 jer
Me : Sambal sesenduk extra 50sen.. nasik extra 50sen
Cust : Sejak bila pulak untuk extra kena bayar?
Me : Memang sejak dari dulu lagi..
Cust.. Eiiiii.. mahal nyer.. sambil membebel macam-macam.. tengok ME macam nak telan jer..
Me : (dalam hati - istighfar banyak-banyak)..

Andaikan saja macam..
Dia orang tak tau.. santan untuk rendang ayam and santan nasi.. kita beli.. bukan nyer petik dari pokok kelapa yang tumboh sendiri..

Bawang kita beli.. bukannya kita tanam belakang rumah.

Ikan bilis kita beli thus untuk cheaper price.. kita kopek sendiri.. tersusuk tulang ikan bilis.. bukan dia pun nak membuang nyer. Ikan bilis tu pulak bukan kita pi tangkap sendiri kat tengah laut nun.

Then beras pun kita beli.. bukan nyer kita tanam kat bendang sendiri.

Kalau muka tu senyum sikit.. buat ramah-ramah sikit.. ME yang as anak boss ni berani la nak bersedekah sikit. Tapi kalau datang-datang jer dah bagi muka ketat.. mahal rezeki babe..

** Kami pun ada maruah.. ada perasaan.. janganlah ingat ko ada money power.. ko buleh buat sesuka ati.. nak maki-maki.. herdik-herdik orang ikut mood ko aje.. kami tak memintak-mintak pun. Kami berniaga dengan cara yang sepatutnya. Lesen warong pun kami bayar on-time.. bukan dah kena rush baru nak pi ziarah Bapak Baju Biru kat Selayang nun.

Kalau ko rasa mahal.. letak jer balik bungkus nasik lemak tu elok-elok.. then make a move.. kami tak paksa pun ko beli. Jangan hentak-hentak kaki di bumi Allah ni. Tak elok macam tu.. kita pun menumpang jer atas muka bumi ni.

Then later.. buleh jer Ibu bukak balik bungkus nasik lemak tu.. add lauk apa yang patut and makan sendiri. Aci jer..

Abih tu camno?

Ada customer request for pulut panggang.. anak tokey dah balik kan..

P/s;
Ikut logik.. ini pun dikira sesi mengumpat. Cuma yang Ibu nak stress-kan di sini.. kami sebagai penjual tahu.. ANDA sebagai pembeli ada hak.. ada money power.. tapi jangan pulak terlupa or buat-buat lupa.. kami jugak MANUSIA..

Khalas.. faham kan kan..

Sunday, October 25, 2015

Rezeki itu HAK Allah..

Salam semua,

Saya dah 19 tahun kerja restoran, dari staf biasa sampai jadi Area Manager, dan sekarang jadi consultant dalam restaurant bussines dan ade bisnes sendiri.

Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman yang saya ada ingin saya berkongsi tentang  mereka yang dah buka restoran ni.

Sebenarnya mereka ni tak berapa untung. Ade yang cukup makan, ade yang rugi 300K monthly (almost all fast food kecuali KFC).

Ape yang membuatkan diorang bertahan adalah kerena perniagaan restoran ini ade daily cash flow kalau nak dibandingkan dengan manufacturing yang mengamalkan credit term.

1. Saya beri sedikit tips tentang Malaysian market. Dari pengamatan saya tentang customer behavior di Malaysia ni restoran yang takde menu ayam yang sedap tak boleh pergi jauh. Sebabnya orang melayu makan ayam ( kambing dan lembu tak boleh darah tinggi), India tak makan lembu sebab agama dan cina pulak suka makan daging putih antaranye ayam. Jadi, kalau nak buka restoran kene pastikan ade menu ayam yang sedap dan takde kat tempat lain.

2. Kene mahir dalam P&L ( profit & Loss account). Unjuran untung rugi. Contoh ringkas :-

Targeted sales - RM25,700.00

Operating/food Cost - RM10,300.00 (40%)

Labor Cost - RM     5,000.00  (20%)

Rental - RM1,500.00 (6%)

Utilities - RM3,000.00 (12%)

Net Profit - RM     5,900.00 (22%)    

So kene tahu berapa minimum sale sebulan untuk mendapat untung atau breakeven (cukup makan tak rugi tak untung)

3. Modal untuk restoran memang tinggi dalam RM200,000.00 termasuk modal pusingan 6 bulan.Tapi kalau modal kecil jangan pulak cari restoran yang rental murah tapi takde traffic flow sebab pemilihan lokasi adalah element yang terpenting dalam perniagaan.

4. Perlu cekap dalam menguruskan kakitangan. Kene dapatkan ilmu bagaimana nak handle staf. Macam menarik benang dalam tepung, benang tak nak putus tepung tak nak berselerak.

5. Kalau boleh jangan pinjam duit sebab nanti kita akan spend tanpa berfikir panjang. Kumpol sikit-sikit.

Pengalaman saya masa mula berniaga pakai duit ayah saya. Bila ade masalah bisnes, solve dengan duit. Lama-lama duit yang banyak pun habis cari kerja balik dan bayar hutang lepas tu kumpul duit sendiri untuk buat bisnes mengikut modal yang ade. kalau ade RM1000.00 buat bisnes RM1000.00.

Kalau nak franchise ambil masa 3 tahun dan mesti buat profit. Kalau nak cepat boleh buat licensing je. Tak payah tunggu 3 tahun. Produk yang baik lebih baik kita usahakan sendiri daripada kita franchise-kan lepas tu orang lain jahanamkan brand kita. KFC guna Master franchise untuk kontrol produk quality.

Walau bagaimana bagus pun ilmu, planning, solat tak pernah tinggal dan usaha yang gigih kita selagi ALLAH tak izinkan kejayaan selagi itu kita kene terus berusaha tanpa melupakan ALLAH tuhan sekalian alam.

Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua. AMIN.

Yang baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari saya.

** Demikian sedikit dari nota yang Cik Asben kirimkan pada Ibu. Dia pun copy-paste jer tu. Tapi semoga pada yang baru nak belajar bertatih seperti Ibu ini.. boleh mendapat sedikit ilmu dari perkongsian ini.

P/s;
Jangan kita pandang sebelah mata to those yang berniaga kecil-kecilan.. bawah pokok.. bukak payong.. open table.. berniaga pasar malam.. etc. Believed me.. berkawan dalam kelompok 'peniaga' seperti ini.. baru Ibu tahu ada antara mereka mampu hidup senang.. kereta mewah.. rumah sewa 2-3 bijik.. thus ramai juga antaranya yang bayar cash atas setiap urusan jual beli.

Rezeki masing-masing.. and Ibu sendiri walau baru kurang sebulan membantu Omak (full time) jadi saksi atas cerita di atas.

Hence.. segulong ijazah atau MA bukan bermakna office sahaja layaknya kita mencari rezeki. Ia hanya sebagai suatu kelebihan bahawa kita mampu mencari ilmu hingga ke menara gading. Walhal sebenarnya.. ilmu dan rezeki Allah itu sangat luas. Dan sesungguhnya pada mereka yang sentiasa ingin memajukan diri.. berusahalah dan sesudah itu kita berdoa serta meminta pada DIA. Mudah-mudahan usaha kita itu diberkati dan diberikan balasan yang setimpal juga hendaknya. Ameennnn..

Tapi kan.. yang sebetulnya bukan cerita harta.. or bukak restoran besar yang nak Ibu stress-kan di sini.. tapi.. moral of the story.. jangan kita fikir.. bila dah grad.. our priority.. nak kerja gomen.. nak kerja dengan big company saja. Sedangkan dengan berniaga pun.. kita masih mampu earn income yang bagus..

Okey.. habis dah membebel..



La ni dah susah sikit nak masak-masak then posing-posing macam dulu. Cuma if can hari minggu Ibu cuba masak sedikit special mengikut request anak-anak.

Pelan-pelan kayoh la weiiiii...

Assalamualaikum.

Thursday, October 22, 2015

Whatever happens in Kuwait.. stays in Kuwait..

Its time to move on..

Kalaupun dulu pernah bergaul.. berjabat tangan dengan segala VVIP (kalaulah ada).. so whats the big deal. Dia orang pun manusia jugak.

Kalau tu dulu pernah bekerja atau menetap di luar negara sekali pun.. so what?!

Bila dah balik ke Tanah Malaya.. kita buat la cara orang lain jugak.

Kalau perlu bekerja.. kita bekerja la.
Bukit yang tinggi kalau tiap hari ditarah.. lama-kelamaan rata jugak. Saving yang ada (kalau ada) kalau setiap hari hanya 'keluar' sahaja.. satu hari nanti.. lelama habis jugak.

Kita ni pun nak makan jugak.. nak pakai jugak.. nak itu ini jugak. Dah tu tak boleh ke kita ni buat cara biasa saja. Perlu ke dicanang.. owhhhhh.. aku dolu dok oversea bla bla bla.. so what?!

Lain orang mungkin lain caranya.. and if ada yang memilih untuk berniaga.. perlu ke dimulakan dengan big scale?!

Hina sangat ke jika hanya sekadar dengan berniaga di warong comel?! Perlu pacak ke sign board besar-gedabak.. perlu ke dimulakan dengan restoran ala-ala budget sebijik kereta mewah.. perlu ke dengan pakaian tertera I'm ***** crew?!

Tapi terpulang la pada diri masing-masing kan..

Yang pasti you still got to start from somewhere.. with something..

Rezeki Allah itu comes in so many ways.. insya'Allah buat orang yang berusaha.. adalah nanti bahagian masing-masing..

Ayam goreng berempah.. any takers?

Selamat berpuasa pada yang berpuasa..

Assalamualaikum..

Tuesday, October 20, 2015

Wifi -vs- Quality time..

Ari ni kita off kejap cerita-cerita pasal warong kecik Omak sey.

Dah 2 ari sekolah kat sini dicutikan atas sebab masalah 'jerebu'.. Ibu pun sebetul nyer ingat tu ari jerebu ni dah nak reda. Sekali...

Kisah nyer..
Sebelum Cik Asben balik ke Kuwait tu ari.. kami sempat pi staycation kat one of the hotel kat PD. Main terjah jer.. ada bilik.. ada la rezeki.. otherwise.. cari la mana-mana patut. Reason kami opt for staycation.. sebab cerita jerebu ni jugak la asal nyer. Kesian ke anak-anak.. yang Cik Asben pulak nak spend quality hours sementara masih kat sini..

Sampai kat sana..
Alhamdulillah.. walaupun awal tu cuak jugak sebab tengok kat area reception tu ramai sangat umat manusia.. tapi memang dah rezeki kut.. alhamdulillah.


Sampai kat bilik memang bebudak ni excited sangat.. boleh berjimba sampai lebam la kunun nyer.


Tapi at last..
Malam tu bila semasing dah dapat password.. suma dah asyik ngadap gadget jer. Even ada sorang tu sanggup berjaga sampai suboh sebab nak update segala benda yang dia dah ketinggalan.

Sampaikan esok tu Ibu terpaksa jadi Tarzan sebab ngamok tengok anak-anak asyik ngadap reta semasing jer. Staycation yang kunun nyer nak 'quality time' jadi lain pulak.

Cuma bila lagi 2 jam nak check-out tu baru la semasing masuk kolam semula.

Note ;
Lenkali kalau kami nak pi staycation.. rasa memang kena cari tempat yang takda wifi and segala suku-sakat nyer. Otherwise.. jadi la macam tu ari jugak.

Ikhlas nih..

Assalamualaikum.

Monday, October 19, 2015

Kusssss semangat..

Ari ni Ibu training jadi cashier..
Muahahaha.. Acik kayo.. per menda yang kaya.. amanah orang la babe. Kita makan gaji jer..

Kut selalu Ibu cuma dok dapor masak.. ari ni Omak sey suruh turun padang.. bungkus nasik lemak.. jadi cashier.. adoiiii..

Tapi memang fail la.. bab bungkus memang boleh tapi tang kira.. kita pass ke Jannah la ya (senior cashier). Sebenarnya setakat ni dia jer yang masih bertahan. Ramai dah cashier Omak bertukar-ganti. Macam-macam kisah la.. yang main duit la.. yang tetiba buat-buat duit terjatuh then kutip masuk poket sendiri.. tu semua antara pengalaman berniaga la kan.

Ishhhh.. tak baik tuduh-tuduh.. especially bila takda bukti. Memang la warong Omak sey takda CCTV tapi bila dah berpuluh tahun berniaga.. congak hasil pun guna tong nasik jer. Alahhhh.. orang dah biasa.. dia tau la kan.

Anyway.. yang Ibu nak cerita hari ni sebenarnya pasal peil customer. Adat la bila deal dengan manusia.

Tapi kan kan.. end of the day.. Ibu bersyukur sebab sebenarnya.. bila Ibu diberi peluang 'macam tu'.. bila fikir-fikir balik.. sebenar-benarnya.. Ibu yang sedang diuji. Kut ko layan jugak.. makna nyer.. ko pun sepesen dengan dia jugak la kan.

Bukan senang nak senang babe.. rezeki pun bukan datang bergolek.

Kalau ada pun manusia dengan 1001 peil yang pelik-pelik tu.. jangan ambik pot la. Ibu sifatkan.. kut yang perempuan dia moody sebab dia ABC (Allah bagi cuti).. yang lelaki pulak.. mungkin malam tadi.. miss turn kut.. tuttttt !!! (sorry ye ehem ehemmmm sikit).

Anyways..
Rezeki Allah yang beri.. ada usaha.. insya'Allah.. ada la rezeki kami.

** Bukan nak tunjuk bagus.. tapi buat apa sakit kepala melayan orang macam ni kan.

Abis cerita dah..
Salam hari Isnin babe.. semoga the rest of the day.. bawa barakah untuk kita semua. Amennnnnn..

Pagi tadi sempat belajar masak nasik lemak..
Pelan-pelan kayuh babe..

Sunday, October 18, 2015

Hanya mereka yang ber-SABAR..

Dari nak memotong bontot siput.. membersihkan sampailah ke tahap nak menggulai.. memang kena banyak bersabar..

Sebut betul-betul..
~ She sells sea shells by the sea shore ~


Saturday, October 17, 2015

Rezeki tidak datang bergolek..

Insya'Allah.. di mana ada usaha dan kemahuan.. di situ ada rezeki. Dan seawal 3 pagi Ibu dan a few others dah mula berperang di dapor. Terlewat.. maka jawab nyer.. kelam-kabutlah nanti. Namun sampai setakat hari ini.. alhamdulillah.

















Ada beberapa dishes terlepas posing untuk sesi pengenalan ni..

Semoga percubaan ini membuahkan hasil.. Ameennnn..

Thursday, October 15, 2015

Jangan sesuka hati nak mem-*&^%$#-kan orang..

Bongok..
Bangang..
2 perkataan yang terang lagi jelas masuk ke gegendang telinga Ibu ni..

Kisahnya..
Almost lunch hour.. ramai jugak yang tengah menunggu giliran untuk mengambil ubat. Me and Amsyar baru jer selesai our consultancy session dengan klinik pakar kulit. Sedia maklum dengan protokol 'jika datang lewat'.. so redha jer la.

Btw..
Sebelum masing-masing meneruskan pembacaan.. barang diingat.. you're about to enter sesi mengumpat zaman cyber. Kut takmo terjebak.. baik STOP.. IMMEDIATELY !!!

Kisah kami..
Seelok jer kami parking bontot di sebelah satu couple ni..
- tadi tunggu nak jumpa doktor dah 4 jam.. ni nak ambik ubat lagi kena tunggu 4 jam.

Yang buat kami tersekima tu.. bila sang suami (agak nyer la) menyebut perkataan BONGOK.. BANGANG. Dah tu merungut pulak bila tengok staf di kaunter ubat tu dok senyum-senyum among them.

Tak suka dengan perkataan kurang sopan yang kami dengar.. the moment ada kerusi lain yang kosong.. terus Ibu heret Amsyar pindah kerusi lain.

Meh..
Tho' bukan korang suma yang terlibat.. tapi ni nak bagi general advise la sikit. Kut la terjebak dengan situasi macam ni..

- sila bersedia dengan benda-benda yang boleh dibuat teman semasa menunggu giliran especially bila deals dengan opis gomen.
- kut takmo jadi macam kes Ibu ni.. datanglah awal sikit. I'm sure you won't be facing this situation.
- tak ada buku or any bahan bacaan yang boleh dibuat 'membuang' masa.. pi jer la beli surat khabar. Tak suka baca benda-benda 'heavy'.. ruangan gosip and gambar-gambar 'tutttttt' banyak jer yang boleh dilayan mata.
- pakai phone canggih-canggih (kut la ada) kenapa la takmo install game ke.. fb ke.. buat layan diri sementara tunggu giliran. Lebih afdhal kalau install jer Quran.. boleh gak baca.. dapat gak pahala.
- nak cepat.. pi nun hospital swasta.. but I'm sure.. you still kena tunggu giliran jugak.

But.. lagi bagus.. belajarlah BERSABAR.. if not pun.. mulut tu jangan la senang sangat nak mem-BONGOK atau mem-BANGANG-kan orang lain.

Tambah dengan bila deals dengan farmasi.. ko ingat senang ke nak cari 'ubat' ni. Dah la ubat pun ada 1001 jenis ubat.. untuk 1001 jenis penyakit. Salah bagi nanti.. ko jugak yang mengamok.. silap ari bulan.. kut la ada yang membawak ke AJAL.. ko jugak yang kata.. whatever la kan. Ibu tak boleh nak membayangkan..

Ikhlas..
Ibu pun tak suka nak membebel. Especially bercerita hal orang macam ni. Tapi hati panas sangat.. ntah.. orang lain yang kena BONGOK.. kena BANGANG.. Ibu pulak yang sentap lebih-lebih.

Anyway..
I hope you've got and received my point. Sebelum nak mengata orang tu.. kaji dulu diri sendiri.. everything happens for a reason.

Padan muka sendiri..

Assalamualaikum..

Don't mess with Melaka - History 101

Waaaa... cukup seminggu blog tak ber-hap-date..

Macam-macam benda dah berlaku cuma tak sempat nak cerita kat sini. Macam ni la keadaan kami.. bila awal-awal balik ke sini.. segala macam benda nak dibuat.. segala macam perkara nak diuruskan..

Yang terkini.. our short get away..
Memang too short pun.. rasanya tak sampai pun 5 jam.

Tapi alhamdulillah.. sampai jugak maksud. Walaupun selepas tu anak-anak mula bertanya soalan yang macam-macam. Thus.. kami pun terpaksa mencari jawapan setepat mungkin untuk menjelaskan kepada anak-anak.. vocabulary terhad.. English ke Bahasa Malaysia.. aduhai..

Mungkin jugak sebab penguasaan Bahasa Malaysia yang kurang bagus.. ataupun kami sendiri yang kurang tepat dan kurang fakta nak menjelaskan kepada dia orang ni.

Still..
Masing-masing balik dengan muka yang cukup puas hati. Okey jom kita cerita sambil layan gambar.

Bismillah..
Tengok tagline pun dah seriau.. garang tul orang-orang di sana.


Macam-macam soalan budak ni bertanya. Especially tentang Portugis.. kenapa ada tugu besar paderi.. etc. Biasalah bila dah mind-set.. Malaysia ni negara Islam.

Then jumpa pulak dengan sorang brother ni.. street painter. Tapi art works dia memang cantik la. Ibu ni tak pandai sangat nak describe 'cantik' yang macam mana.. tapi dah pada mata Ibu cantik.. cantik la tu. Belek punya belek.. at last terjebak la jugak sekeping dua hasil kerja dia.

Pada yang berminat ;
Sazalisaid Leemelaka (fb)

Tapi yang paling best tu.. setiap art works brother ni ada jalan cerita. Tapi nak beli semua.. tak mampu la pulak kan.

Cumanya.. lepas tu.. dari elok-elok dia boleh cerita sambil melukis.. at last kena pulak dia ambik masa bercerita sambil tunjuk gambar-gambar yang dia lukis.

Tapi lillahi'taala.. memang nampak dia ikhlas sangat dengan kerja dia. Ikhlas jugak menerangkan segala perjalanan sejarah negara kita. So.. dari sesi membelek hasil painting.. akhirnya dah jadi macam a short class onto sejarah negara kita.

Cuma seikhlasnya.. please mind my boys.. biasa la.. dari kecik cuma tau sejarah negara Kuwait dan Pakistan jer. So bila brother tu cerita pasal kapal perang.. penjajahan.. definitely blur sokmo la.

Nota : sebenarnya Ibu nyer yang lebih terlopong mendengar.. STPM Sejarah A babe.. (sila abaikan nada RIAK di situ)..

Sampai kat sini dah sure la ada kesan-kesan peninggalan Portugis kan. Anak-anak kami sure la amazed yang teramat sangat. Tambah kagum bila dengar Melaka ni dulu tersangat la popular.


Jerebu pun.. jerebu laaa..


Bangga dapat sampai ke sini..
Tak la hanya dengar cerita or sesekali tersasul tengok di tv sahaja..


Cuma terkilan sikit sebab time kita orang sampai kat Melaka.. muzium dah banyak yang tutup. So tengok pintu jer la.


Mujur jugak la ada benda yang budak-budak ni boleh layan. Asyik tengok and dengar pasal sejarah jer.. maklum jer la kan.

Salute brother ni.. berani dengan cara sendiri..

Sebenarnya.. dah jadi macam ni.. kami sendiri sebagai parent la yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Ambik mudah sangat dengan keadaan 'selesa' kami di tempat orang. Tak pernah ada inisiatif nak mengenalkan anak-anak dengan salah-silah sejarah negara sendiri.

Yang selalu ditekankan hanya Bahasa Malaysia yang akhirnya memang semua pun ambik mudah dengan alasan di rumah dah sedia maklum semua bercakap dalam mother's tongue.

Dan sedia maklum jugak merantau ke negara orang.. esok lusa tulat.. kita mungkin balik ke tempat asal. Tapi kalau DIA kata berkubur di sana.. itu siapa pulak yang mampu mempertikan.

Tapi sementara ada hayat ni.. peganglah jati diri asal usul sendiri. Berfikir banyak sebenarnya Ibu malam tadi. Tapi nak buat macam mana.. nasik dah jadi bubur. Cuma dengan harapan.. masa dan peluang yang Allah beri kali ni.. mampu digunakan untuk memperbaiki kekurangan diri.


Memang malu pada diri sendiri..
Memang tak pernah bermegah dengan kehidupan di tempat orang. Tapi bila dangkal sangat dengan ilmu perihal tempat sendiri.. tepuk dahi sendiri la jawabnya.

Dah tepat sangat peribahasa orang dulu-dulu..
Hujan emas di negeri  orang.. hujan batu di negeri sendiri..

 
Yours truly.. Tuan Tanah..

Friday, October 9, 2015

PENYAKIT.. macam-macam penyakit pun ada..

Hidung.. badan.. tekak.. semua masih basau lagi ni.

Makan..
Walaupun makan tetap kenyang.. tapi dah nama nyer pun orang sakit.. ntah la.. satisfaction.. nada..

Dah try makan yang macam-macam.. tapi selama mana pulak kita nak makan kat kedai jer kan. Nak jugak masak dari dapur kita sendiri. So ni nak tayang-tayang sikit la.. kebetulan pulak ada adik-adik dari USIM datang berziarah.. rezeki dia orang jugak la ni..

- kuah cili kicap -

- masak lemak putih pucuk paku -

- ulam raja -

- ikan cencaru bakar -

- sup ketam -

And hasil nyer..


Muka sengeh tanda puas hati la tu kan.. (dalam hati sambil doa.. harap-harap ye la tu..)

Sambil tu..

Ada betul ka?!

Thursday, October 8, 2015

Bukan senang nak sedap..

Orang N9 kalau seumur hidup tak menyalai daging atau ikan sembilang salai.. ntah la.. rasa macam ada yang kurang pulak. At least.. kalau tak menyalai.. makan sure pernah kan kan..

Di rumah ni.. daging and ikan sembilang tu dah selalu sangat la. Cuma sesekali.. ada la menyalai ikan-ikan lain or ayam. Ikut tahap kerajinan la..


Ikan sembilang salai..
Untuk mengelakkan dari melekat di jaring.. Ibu lapik dengan pelepah batang pisang. And hasilnya.. btw.. kejap jer nak menyalai ikan sembilang ni.


Masak lemak cili api ikan sembilang salai.. and as partner.. boh bachang muda.. alhamdulillah.. selamat dah jadi darah daging.


Cuma sedikit renyah kalau nak menyalai daging. Long hours and kalau sabut tak cukup kering.. maka makin bertambah lamalah proses menyalai. Dari 3-4 jam.. mau jadi double the standard hours.

Kami biasa hanya gunakan sabut kelapa kering sebab asap dari sabut kelapa itulah nanti yang akan mengeringkan daging tu. Dan sebenarnya.. bau asap tu la yang buat tambah 'umphh' pada daging salai tu.


Tapi.. macam tulah cerita nyer. Demi nak sedap makan.. dayakan jugak.. walaupun hangit kelat badan berbau asap.

Ada rezeki kita cerita bab makan yang lain pulak ya.

P/s;
Yang dok salai guna kayu atau bakar saja tu.. 'kurang' aci sikit la..

Wednesday, October 7, 2015

Projek KASEH4U.. thank you for the experience..

Mengajar menjadi lebih ‘manusia’..
Itu sahaja yang Ibu boleh katakan..

Kesempatan bersama dengan team Projek KASEH4U sesungguhnya memberi satu gambaran yang lebih dekat bahawa di Malaysia ini masih ramai makhluk Allah yang bernama manusia.

Cuma sedikit malang.. masih ada segelintir dari mereka yang walaupun kurang bernasib baik.. namun masih punya hati batu.. kurang mensyukuri nikmat yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan lain.. subhanallah..



Antara tetamu yang hadir..

Dan pada sesiapa yang kurang cekal hatinya.. sudah tentu dan pasti akan menitiskan air mata.. terpulanglah pada yang empunya diri..

Diadakan setiap hari Selasa malam Rabu.. mulai dari jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Semua makanan dan goodies adalah ditaja sepenuhnya oleh anonymous. Ada juga 'regulars' yang setiap minggu sudah ada kuota masing-masing. Nevertheless..'rezeki' untuk semua.

Untuk lokasi pengagihan.. sila tanya Cik Gugel.. harap maklum sahaja.. Ibu ni fail sikit bab-bab muka bumi Kuala Lumpur ni. Dan jika ada yang ingin menyumbang untuk projek ini.. bolehlah..


Us.. with the orang kuat Projek KASEH4U..

Adik-adik manis.. sukarelawan dari Universiti Malaya..

Tenaga kerja pulak.. ada yang sudah jadi muka regular di sini. In short.. there's seems to be a special bonding between the 'tetamu' and the sukarelawan. But still.. as I witnessed.. bukan semua dari tetamu tu yang jenis pandai berterima kasih atau bersyukur. Thus malam tadi.. Ibu sempat melihat sendiri kerenah salah seorang dari tetamu yang boleh dikatakan sedikit 'uncivilized'. Yet.. tak jadi kudis pun.. tho ada orang tu dah pi nangis belakang pagar sebab..


Di kesempatan ini.. Ibu heret jugak 3 anak bujang untuk sama turun padang untuk ikut serta dalam projek malam tadi. As I selalu kata pada dia orang ni.. make yourself useful..


Bukan nak tunjuk bagus tapi dengan niat agar anak-anak lebih belajar bersyukur.. lebih terdedah dengan the facts of life. If you think you're less fortunate.. think again..

And alhamdulillah.. tho ada sedikit drama malam tadi.. keseluruhan projek malam tadi berjalan dengan lancar.

Adat la tu kan.. rambut sama hitam.. tapi hati macam-macam..

Tuan Tanah with the founder of Projek KASEH4U.. Puan Normaliza..

Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...