Beautiful Friends

Thursday, June 19, 2014

Cerita naik belon..

Assalamualaikum all,

Bersiaran dari Tanah Malaya.. which part of Tanah Malaya.. tak dapek la Ibu nak bagi tau sobab ehh.. semanjang bejalan jo.

Alhamdulillah.. our trip balik ke sini dipermudahkan. Walaupun ada delay more than an hour semasa di Kuwait airport.. hence sampai sahaja kami di airport Colombo.. terpaksalah kami berlari-lari manja sebab dah final call. Thus.. Ibu nak menziarah kedai benda yang melekat-lekat kat besi tu pun tak sempat. Dah tak rezeki Ibu la tu.

Alhamdulillah.. tahun ni tak banyak songeh..

Cerita dalam flight.. lesson learnt..
Tahun lepas anak-anak Ibu pakat semua dok lapar sebab tak aci dengan “beriyani” yang dia orang offer. So.. the moment sampai airport Colombo semua terjah Coffee Bean sana. But still tak jugak boleh nak order suka-suki sebab its Colombo babe. Bab HALAL tu kena extra fikir jugak la. At last.. Mc Donald di KLIA jadi mangsa.

Dah jadi macam tu..
Tahun ni.. Ibu siap-siap bagi makan kenyang-kenyang sejak dari rumah lagi. Last year tu.. sebab “over confident” pun ya jugak. Kami ingat nak makan di airport saja.. sekali.. problem pulak masa nak check-in.

Tepuk dahi.. 
Padan muka sendiri..

Haazem with his "bekal"..

Tahun ni.. since kami opt for the same airlines.. sedikit bersedia la. Example; for my Manja.. Ibu siap tapau lagi popcorn ayam. FYI.. airport Kuwait ni.. benda-benda macam ni.. ada masa "lepas" jugak.. So kira try je la.. ada rezeki.. lepas..

Ada jugak yang tanya.. kenapa tak ambik airlines lain. Meh Ibu nak cerita.. Ibu ni ada sikit sakit lutut. So kalau ambik direct flight (8 jam) cepat sakit lutut wooo. Dulu masa muda sikit, memang Ibu naik Kuwait Airlines jer. Direct.. senang. Whereas Emirates ke.. Gulf ke.. Qatar ke.. most of the airlines 7 jam jugak nak sampai ke sini. NO can do la. Tak tahan lutut ni..

Tapi.. haa.. tapi syok la memborong masa transit. Makan pun senang. So, now Lankan pulak jadi pilihan. Kuwait – Colombo 4 jam. Then Colombo - Malaysia pun 4 jam. Transit pun tak lama dalam 1.30 to 2 hours. Airport pulak kecik. Senang Ibu nak bergerak. No hassle nak naik turun bas.

Well.. at least.. itu cara kami berfikir. Orang lain.. lain pulak reasoning nyer kan.

Dalam flight pun Alhamdulillah.. kami dapat jiran yang jenis pi sekolah. Naik Lankan ni ada jugak disadvantage nyer. It’s the only airlines from Kuwait yang offer liquor dalam flight. Thus.. the moment naik jer.. mula la “orang kampong” order beer and segala suku-sakat benda tu. Bau tu masih boleh tahan lagi. Yang ngeri tu kalau ada kes “mabuk”. Ye la.. kat Kuwait tak merasa kan.. so ada yang pakat lepas hajat la kan.

Singapore Airlines memang tak masuk buku lagi sebab kena stop kat Dubai and Singapore. Rasa lama sangat la pulak nak sampai..

Well.. setakat tu dulu cerita Ibu untuk kali ni. Tenet pun tenat gak ni. Adat la.. guna prepaid jer. Senang.. pakai buang.. Alahai.. macam iklan pampers la pulak.

Yang betulnya memang Ibu takmo anak-anak practice mengadap gadget saja. If can.. while we’re here.. (Ibu pun terlibat sekali la tu).. pandai-pandai la bawak diri kan..

Ilal liqa’..

Wednesday, June 11, 2014

MALAYSIA.. selamanya di hati ini..

Rasa macam dah dekat sangat dah ni..
 Ada rezeki.. kita jumpa lagi..
Ilal liqa'

What's in there??

Why do I need big bag??

What do you have in your bag.. or for some ladies.. bags??

Me..


1- Panadol or ponstan
Dua beradik ni tersangatlah penting. Hatta salah makan.. terus naik ke kepala.. inilah dukun segala dukun. Well.. at least in some occasion. 


2- Buku kecik and pens
Ibu ni suka "menconteng". Pen yang macam-macam kaler tu will represent my mood. So, kalau nampak Ibu dah keluar pen merah tu..

Pen biru.. pen merah
Jangan dekat ngan Ibu
Ibu tengah marah


3- Camera
Ibu ni jenis suka snap pic. Hatta gambar pokok kurma pun Ibu nak snap. Tapi Ibu tak pandai nak guna smartphone. Dah jadi macam tu.. few years back.. Cik Asben bagi hadiah (tapi rosak dah). So.. last 2 years.. Cik Asben ganti dengan hat yang dalam gambar tu.


4- Hanky
2 most of the time. 1 untuk Ibu 1 lagi for my boys. Nama jer anak jantan tapi dah nama pun budak-budak. Ibu pulak jenis tak boleh nampak benda-benda alien ni singgah kat badan ke.. tangan ke.. muka ke.. whatever la..


5- Pad
Its not just for me. Tapi sesapa pun boleh mintak in case of emergency.

6- Purse
Semua orang pun sure ada benda ni kan.. tak yah tunjuk la ya..


7- Wet tissue and hand sanitizer
Ini dah jadi macam satu necessity jugak. Ada masa meja makan pun Ibu lap dengan wet tissue ni. Call me a freak.. tapi nak buat macam mana.. dah terbiasa.


8- Candy
Ini memang crucial. Ibu ni kena selalu cukup gula. Kut tetiba tangan dah pucat.. dahi dah berpeluh.. harap maklum je la..


9- Handphone or handphones
1 nombor Malaysia.. 1 lagi nombor sini. Ibu cukup suspen kalau yang hat oren tu berbunyi. Tambah pulak kalau bunyi time tengah malam or time suboh. Ye la.. dah dok jauh merantau ni..


10- Handyplast
Untuk anak-anak kecik. Ini dukun segala dukun. Dulu lagi best.. siap ada yang gambar mickey mouse la.. kungfu panda la. Tapi bila now most of them dah besar sikit.. segan la kut.


11. Vicks
Yang ini pun sama penting. Tapi Ibu bawak yang hat kecik jer. Bukan nak pakai banyak sangat pun kan. Tapi kalau nak guna tu.. kena ada la jugak.

12- Misc.. 
Ex; nail clipper. Tapi selalunya asyik tertinggal. Tu yang jadi masalah bila nak guna. And ada masa rokok Cik Asben pun tumpang sekaki. Which unlikely selalu sebab I dislike the smell of a cigarette.

Sebenarnya macam-macam boleh jumpa dalam beg Ibu. And for that reason Ibu kena guna beg besar. Dulu masa Ibu layan novel.. itu pun boleh jumpa dalam beg. Tapi sejak mata dah "problem" ni. Kurang la sikit.

And.. insya'Allah.. yang bertangkai 2 tu pun bakal nyusul masuk kategori wajib ada dalam beg Ibu. Thus, memandangkan segala reta yang ada dalam beg tu.. Ibu lebih selesa kalau guna sling beg. Kurang sikit sakit bahu.

Korang??



1-10.. kita di mana?

Assalamualaikum all,


No 5.
Bukan tak suka. Tapi minggu ni terpaksa Ibu tak izinkan sesiapa pun masuk dapur sebab dapur Ibu nak cuci dah ni. Ibu ni cerewet. So dari dok dengar Ibu bukak ceramah.. baik jangan masuk kawasan larangan..

Tapi sebenarnya senang sangat nak dapat pahala free ni. Ikut je 10 perkara kat atas tu.. insya'Allah adalah nanti bahagian kita nanti.

At the same time.. boleh jugak jadi contoh yang baik untuk anak-anak kita. Jangan pandang ringan.. semua yang kita buat di rumah tu.. anak-anak observe. Dalam muka selamber masing-masing.. sebenarnya dia orang belajar dari kita.

Anyway.. nak tayang-tayang.. my last resort nak mengosongkan perut freezer.. sila abaikan nenas yang ter-over tu. Nak kasi habis stok kan.



Ilal liqa'..

Tuesday, June 10, 2014

Mafi Mushkila..

What can I say.. kecuali.. mashkoorrr.. (terima kasih)



Satu Kuwait ni dah sedia maklum dengan hobi Ibu. Sampaikan kalau ada sesiapa yang baru sampai or datang berziarah ke sini and nak cari benda melekat kat besi ni.. ada masa dia orang akan refer ke Ibu. Walhal.. macam la Ibu ni tahu segala.

Kisahnya..
Dulu masa Ibu baru cecah kaki kat sini.. aduhaiiiii.. punyalah bosan. Kita dah biasa melasak masa dok Tanah Malaya kan.. sekali bila sampai sini kena dok rumah jer.. of course la kejutan budaya. So dalam tempoh nak adapt to new environment.. new culture.. Cik Asben suruh try tanya Cik Gugel kut ada benda yang boleh dibuat hobi baru.

Bila Ibu kata "hobi baru" tu.. memang benda baru la. Banyak yang terpaksa Ibu tinggalkan masa mula berhijrah ke sini dulu.

Then nak jadi cerita jumpa pulak satu forum ni. Then dari situ mulalah Ibu bukak buku baru. Which later and sampailah ke hari ni Ibu dok layan fm ni.

Jumlah terkini.. entah.. lama dah tak kemaskini. Yang masuk.. keluar.. semua dah totally lost.

Nak jadi cerita..
Baru-baru ni ada sorang adik baru balik dari selesai mengerjakan umrah. Unlike orang lain yang biasa dapat buah kurma ke.. air zam-zam ke.. dia bagi ke Ibu 2 keping fm ni. Aduhai.. nak kata apa.. sengeh je la kan.. bertambah lagi la koleksi Ibu.

Alhamdulillah.. suka.. suka.. sangattttt suka.

Entah.. pada Ibu dok rumah layan benda ni lagi "afdhal" dari ehem ehemmmmm..

Nanti kalau ada rezeki kita share la cerita benda-benda melekat kat besi ni lagi. Manalah tau.. boleh jumpa kaum-kaum yang sewaktu dengannya kat sini pulak.

Kan.. kan..

 

Monday, June 9, 2014

Mee Rebus Haji Wahid.. in Kuwait..


Assalamualaikum all,

From this..

To this..

Kan tu ari Ibu ada cerita Ibu join-venture dengan sorang kakak ni.. alahhh.. cerita Ibu buat mi kuning tu la. Anyway.. kut tak ingat.. no prob.. mafi mushkila..

Apa-apa pun kisahnya..
Ibu jarang menapau.. tapi hasil tapau kuah mi rebus yang semalam memang sangat la berbaloi. Mulanya tapau untuk Bujang Sulong saja tapi dapatlah jugak Ibu merasa sikit.

Rasanya.. seumur hidup Ibu.. ni la kali pertama Ibu makan mi rebus yang secukup rasa. Well.. at least ikut spesifikasi tekak Ibu la. Then bila ditanyakan.. aiyuwahhh.. rupanya resepi dari mi rebus Haji Wahid. Alahhh.. yang femes sangat kat Johor tu.

Memang mantap babe. Ibu rasa.. kakak ni sure ikut "sebijik" macam resepi tu.

Well.. pada yang berhajat tu.. tanya je la Cik Gugel kut nak kan resepinya. Sama jer tu.

Nak cerita itu jer.. selamat men-google..

Mode : SAYU..

Assalamualaikum all,

Masih dengan cerita jemputan makan-makan.

Tak sempat siang.. malam pulak. Kali ni jemputan geng badminton pulak. Alhamdulillah. Yang paling best tu.. ada lauk labu masak lemak. Lauk favorite tu. Tapi kalau di rumah memang tak merasa la Ibu nak masak sebab anak-anak tak makan. Cik Asben pun makan seciput jer. At the same time.. Ibu pun tak boleh makan banyak.. sejuk babe.

Gambar.. tak sempat nak snap la.. dua kali menambah.. lepas setel baru teringat.. alahhh.. lauk labu je. Lain la.. sambung dalam hati saja ya..

Geng badminton ni.. bukanlah as in kita orang ni bagus sangat main badminton.. saja suka-suka bagi nama macam tu. Dah banyak sangat "geng" kat sini kan.

Anyway.. dalam suka-suka tu.. tapi time nak balik tu boleh pulak masing-masing tersekima. Punca.. 

Arif : Ibuuuu.. boleh tak kita ajak Uncle Yus balik Malaysia dengan kita..

Aduhai anak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...