Friday, August 31, 2012

Anak, Cucu, Cicit & Moyang..


Berkumpul sesekali dengan ahli keluarga sebegini sememangnya ditunggu-tunggu. Di waktu inilah, anak-anak memperkenalkan suami, isteri, cucu, cicit dan apa-apa yang patut. Alhamdulillah, tahun ini peluang sedemikian sampai lagi. Kali ini bertempat di rumah sepupu yang paling sulong di Shah Alam. Keluarga Ibu sememangnya tak besar sebab Ibu cuma ada seorang adik lelaki. Tapi sepupu-sepapat.. I can be lost with the counting.

Kalau dulu hanya sekadar "Along" kini "Maklong", then "Uwan Long" pulak.. Waaaa.. dah naik taraf jadi nenek. Bertepatan pulak dengan mood hari raya serta detik 12 malam tarikh 31hb Ogos, sememangnya suatu tarikh yang mungkin susah untuk dilupakan. 

Walaupun ada yang tidak hadir disebabkan oleh urusan-urusan lain, kehadiran ahli keluarga yang lain sudah cukup menggamatkan keadaan. FYI, keluarga kami memang tak pandai nak "filter" gelak. Semua main scale 10 with high picth. Mujur jiran sudah sedia maklum dengan keadaan kami. Maklum sahajalah, mana laa kita tau hati orang kan kan kan.

Cuma diharapkan peluang sebegini akan datang lagi pada masa-masa yang mendatang. Well, dia orang ni selalu je buat gathering, cuma Ibu and Cik Asben sahaja yang tak dapat join. Maklum je la.. unless ada orang nak sponsor tiket return Kuwait-K.L-Kuwait..

Empat generasi..

- Baru jumpa tapi dah siap bertukar no handset -

Budak yang dah terpengsan sebab penat sangat dok mengukur Tanah Malaya..

- Terima kasih Tuan Rumah -



Thursday, August 30, 2012

Alhamdulillah.. rezeki..



Alhamdulillah, rezeki… Semakin hampir tempoh untuk kami berangkat kembali ke negara Pasir Berdengung semakin banyak pulak jemputan makan-makan yang kami terima. Tak cukup siang, malam pun ada. Tak cukup weekend, hari biasa pun dijemput juga. Cuma satu sahaja masalah, Ibu ni jenis tong terhad. Banyak kali jugak Ibu kena lapor diri ke toilet. Kalau membuang ikut jalan bawah tu biasa laa, ni ikut jalan “atas”. Penat woo..  Tau je la bila habis selesai muntah..

Tapi “kewajipan” menerima jemputan harus dipertimbangkan. Pahala free tu babe. Selain dari makan free. Apa-apa pun, syukur pada rezeki yang ada. Bab makan wise, tak usah kira laa. Apa-apa yang terhidang, kami terima dengan besar hati. Pada Ibu bukan jenis makanan yang menentukan tapi keikhlasan tuan rumah.  Peluang berkumpul setahun sekali sebegini sememangnya sangat kami cari. Bila lagi hendak mengenal saudara, sepupu sepapat, anak saudara, cucu cicit..

Berbeza dengan keadaan di Kuwait, walaupun tradisi rumah terbuka masih diamalkan tapi suasana jauh berbeza. Mungkin dengan keadaan sekeliling yang terhad, privasi jiran yang harus dijaga (banyak kali kami kena tegur sebab BISING) dan makanan yang disediakan. Nevertheless, selagi masih di bulan Syawal, selagi itulah “open house” masih berlangsung.


Wednesday, August 29, 2012

Jom sarapan kek Melang Kopitiam.


Sarapan di luar lagi hari ini. Sementara masih di sini, memang Ibu nak melayan tekak dan perut. Rata-rata masih ramai yang dalam mood hari raya, kedai makan jugak masih terhad. Masih ada yang bercuti hari raya. Kedai Omak sey pun cuma akan mula beroperasi minggu hadapan.

Melang Kopitiam.. ini terletak hanya berhadapan dengan Melang Inn. Jika ada yang sesiapa yang berurusan dengan JPJ Kuala Pilah pasti tidak akan terlepas pandang dengan kedai makan Melang Kopitiam ini.

Masakan yang disediakan juga ada pelbagai. Dari mi kari, lontong, kue tiaw latna, nasi goreng kampung serta masakan dan minuman panas yang lain.

Pada sesiapa yang ingin mencuba masakan tradisional Negeri Sembilan and kebetulannya berada di kawasan berhampiran, mungkin boleh singgah dan menjamu selera di sini.

Kami pun sebenarnya kalau setiap kali cuti.. memang takkan cari kedai yang lain dah.. memang terjah ke sini saja.

Very convenient.. even dah mind-set pun apa yang nak di makan and what to expect.












Wordless Wednesday.


Be truthful.. it will never disappoint you.

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Pengantin Baru.. Ija & Husband..

 

Alhamdulillah, selamat sudah pasangan Ija dan suami dengan majlis akad nikah yang cukup sederhana tapi meriah. Insya'Allah, pasangan pengantin bakal diraikan dengan majlis selanjutnya dalam tempoh terdekat. Too bad, we won't be able to attend it. Dah kena lapor diri ke negara Pasir Berdengung. Anak-anak dah nak mula sekolah sessi September pulak. Nevertheless, terima kasih jugak kepada Cik Yah and Ayah Man yang sudi menjemput kami sekeluarga untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Bukan senang nak merasa makan nasi pengantin ni. Tambah pulak bagi kami yang cuma balik setahun sekali ni.

Ija yang selama ni sangat jarang berhias, nampak begitu berseri dengan persalinan organza hijau muda dengan pink. Bak kata orang, naik seri pengantin. Cik Yah pun sama "jangok", sekali pandang.. memang Ibu tak perasan langsung.

Apa-apa pun, Ibu dan Cik Asben mendoakan agar pasangan mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat, hidup rukun aman dan damai serta beroleh cahaya mata yang comel lagi sihat kelak.

Me, tengah layan soto before majlis bermula.. sedap babe..

Tengah kena interview..

Arif tengah layan boring..

Me and Mok Na..

Majlis membatal air sembahyang..

Barang-barang hantaran dari kedua belah pihak..


Sunday, August 26, 2012

Melepas hajat..

Haazem yang sedang dok kagum tengok Amsyar layan durian dengan penuh khusyuk. FYI, Haazem memang tak makan buah and sayur, so tu sebab laa ekspresi muka dia macam tu.

Sampai sudah hajat di hati. Bujang Sulong berhajat sangat nak makan durian. Mujur masa nak balik ke Kuala Lumpur jalan tak berapa sesak so bolehlah stop kejap tepi jalan. Harga durian pun dah turun sikit dari dulu. Kalau dulu RM30.00 sekarang dah turun RM15.00 sekilo. Ke sebab beli kat area kampung jadi harga pun lain sikit. Tu hari makan tepi jalan kat Highway Karak sahaja.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Harap lepas ni tak ada laa lagi isu berbangkit. Maklum sahajalah, balik setahun sekali sure nak melayan tekak dan perut.
 

Saturday, August 25, 2012

Penantian 50 minit..


Penantian 50 minit untuk semangkuk Meggi Ketam Alemy sangatlah berbaloi. Mujur sedap, otherwise.. memang naik hangin Ibu menunggu. Itu pun anak-anak dah mula merajuk, siap ajak balik rumah lagi. Usahkan nak menunggu "meggi ketam", nak menunggu "air" pun lama. Mungkin jugak sebab cuti raya ni pelanggan lebih ramai dari biasa. Tapi in short, Ibu berani kata.. penantian kami sangat berbaloi.

Anak-anak pulak bila masing-masing dah habis semangguk meggi siap mintak Ibu masakkan meggi ketam once balik ke N9 or Kuwait nanti. Bukannya Ibu tak pernah buat. Tapi biasalah kan.. orang lebih mudah appreciate hasil orang lain dari hasil air tangan sendiri. Walhal rasa, sama saja. Nah, ini bahan bukti..


Beza cuma pada ketamnya sahaja. Ibu guna ketam biru while Alemy guna ketam bakau. Dari rasa penumis, telur, sayur, limau, bawang goreng.. semua sama. Tapi Ibu masak ni pun asal idea tercetus dari Alemy Meggi Ketam jugak. Cik Asben terbaca di Forum Cari, so sementara menunggu kami balik ke Tanah Malaya.. Ibu usahakan dahulu untuk menyampaikan hajat Cik Asben. Tak sangka pulak Cik Asben boleh bagi komen.. "sama je macam Ibu masak". Pergghhhh.. maknanya, okey sangat laa Ibu masak tu. Sesekali perasan.. aci kan kan kan..

Andai kata ada yang ronda-ronda sampai ke Semerak, Pasir Puteh.. bolehlah pi try sekali meggi ketam ni. Insya'Allah, tidak menghampakan sama sekali.

Berkatttt...

Pada yang berhajat.. 




Friday, August 24, 2012

Berpicnic bawah pokok bidara..

Sangat nyamannnn...
Dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. standard la kan, rumah kat area pantai sure berangin kan. Setelah seminggu sakan melantak lauk-pauk menu taraf hari raya, hari ini kami "membakar" pulak. Sememangnya ikar bakar.. sotong bakar (tak sempat posing) memang aktiviti rasmi di rumah ni la. Cuma untuk anak-anak Ibu masak extra sotong masak kicap dan goreng ayam instant.

Alhamdulillah.. anak-anak Ibu semua sendawa macam Shrek. Kenyang sangat la tu. Berbaloi la walaupun baju abis bau asap, tangan abis itam kena arang kayu. Selera makan pun bertambah-tambah. Ke mungkin sebab makan berebut dengan sepupu sepapat. Tambahan pulak breakfast cuma setakat mihun and sandwich. Memang confirm tak cukup.

Sejak balik raya ni memang selera makan bertambah-tambah. Yakni, pagi mencari nasi.. lunch nasi jugak. Dinner masih nasi jugak. Kalau macam ni memang confirm naik KG laa. Elok-elok boleh turun 3kg masa bulan puasa, naik double la pulak selepas raya.

Apa-apa pun sebenarnya agenda "membakar" ni ada maksud yang tersurat dan tersirat.

Sambil-sambil seronok main api membakar ikan, waktu ni jugaklah si abang bertanya khabar terkini pada si adik. Kakak ipar mengusik si adik yang "berat tangan dan kaki" nak turun ke dapur (sila terasa ya). Ataupun waktu ini jugaklah si Bonda dan si Ayah menyampaikan hajat yang sekian lama terpendam di dalam hati. Namun yang penting, muafakat ahli keluarga ketika bergotong-royong menyediakan juadah untuk santapan bersama.


Pertama kali dalam hidup ini..


Pertama kali selama Ibu bergelar isteri kepada Cik Asben, sampai jugak Ibu ke Rantau Panjang. Sememangnya sudah lama Ibu berhajat hendak berziarah dan meramaikan jemaah di sana. Akhirnya, termakbul jugak. Seperti yang diramalkan, memang during raya ni ramai manusia yang tak sayang duit ataupun sememangnya duit dah banyak sangat kut. Di kiri kanan jalan, Ibu tengok rata-rata semuanya penuh kiri kanan tangan masing-masing dok jinjing beg plastik yang tak kurang berat dan besarnya. Ye la, kan seperti yang dikhabarkan, raya kali ni lebih kurang 600,000 orang pulang ke Kelantan untuk meraikan hari raya Aidil-Fitri pada tahun ini. Sudah tentunya masing-masing membawa $$$ lebih dari biasa.

Ibu, cuma cuci-cuci mata. Tak satu pun yang berkenan di hati dan mata. Reason, semuanya Ibu dah biasa tengok di kedai-kedai yang banyak berjual di hadapan Giant dan Tesco di Seremban dan ibu kota.  Cuma mungkin harganya yang sedikit murah jika dibeli di Rantau Panjang.

Anak-anak pulak yang asalnya semua dok pakat nak beli itu ini, once sampai sana semua tawar hati. Mungkin disebabkan dengan alasan yang sama. Semuanya sama sahaja. Yang membezakan cuma mungkin tempatnya sahaja. Mungkin jugak sebab mata semua masih mengantuk. Hari ni Amsyar, Haazem dan Arif dikejutkan lebih awal dari biasa sebab kami nak keluar rumah sedikit awal bagi mengelakkan "JEM".

Apa-apa pun, terima kasih pada Cik Asben kerana sudi menunaikan wishlist Ibu. Dah jejak kaki ke Rantau Panjang ni kira okey laa. Lepas ni mungkin tak ada laa dah Ibu mintak dibawa ke sini lagi. Bukan sebab merajuk, tapi sekali.. cukup laa sudah.

Thursday, August 23, 2012

KB Mall bergegar malam tadi..


Mujur laa KB Mall bukak setakat kul 10pm jer. Kalau 2-3am, mau meraung bebudak kat Chicken Rice Shop tu tunggu kita orang balik rumah. Itu pun penyapu dan lain-lain yang sewaktu dengannya semua dah habis bawak keluar. Kalau tak faham jugak lagi.. memang tahap bebal la tu.

Jumpa dengan Cik Manal ni memang tak cukup sejam dua.. ada je benda boleh buat modal cerita. Alhamdulillah, walaupun kami cuma seketika dapat bersama semasa di Kuwait tapi persahabatan tetap disemai baik di Tanah Malaya. Cik Manal ni memang spicis peramah and tak lokek dengan senyum. Tangan pun sama ringan. Tak cukup dengan tu, kalau ada yang berhajat mintak resepi itu ini, memang insya'Allah dengan kadar segera akan di-PM ke FB atau mana-mana medium yang sewaktu dengannya.

Tho' cuma berjumpa setahun sekali (tahun ni dapat jumpa 2 kali) tapi Ibu cukup puas hati. Maklum sahajalah, once dah jejak Tanah Malaya memang macam-macam nak kena buat. Mujur plan terjah kami menjadi. Anak-anak pun sama happy dapat jumpa kawan lama. Dari mak bapak sampailah ke anak-anak sama riuh. Hilang kejap tension kepala. Maklum sahajalah, orang Kelantan memang jenis pandai beraya. Yakni jam 10 malam pun masih penuh KB Mall. Cik Asben yang dari awal berkerut dahi sebab jalan jem pesteng, tapi bila dapat jumpa kawan lama.. sengih sampai ke telinga.

Harapan Ibu, agar persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Insya'Allah..



 


Wednesday, August 22, 2012

Purple day..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Al-Mubarak..

First day raya.. penat gilos. Rumah Omak merangkap rumah pusaka so memang wajiblah extra bersedia. Segala suku-sakat keturunan Tok Kidam and Uwan Hajjah Namah nak datang melapor diri. And me.. merangkap anak pompuan tunggal wajib singsing lengan sampai ke siku. Bibik buat hal la pulak tetiba mendayu-dayu nak balik kampung beraya, dua bulan pulak tu..

As expected, selesai saja solat hari raya sampai laa ke malam before detik 12 malam (macam citer Cinderella la pulak) masih ada yang berkunjung. Terima kasih atas ingatan korang yek. As I said earlier, rumah kami cuma prepare buffet set. Then pandai-pandai la korang. Dari rendang, ketupat, lemang dan segala menu wajib yang lain sebagai tambahan Omak masak gulai daging salai dengan mangga and me pulak masak mi kari. Then adhoc upon request Ibu masak cha kuey tiaw. Meriah laa dah tu. 

Nevertheless, beraya di kampung memang tiada tandingannya. Memang best. Next year lapor diri ke Kelantan dulu pulak. For sure we shall be experiencing a different story and different environment. Apa-apa pun tak kisah laa as long as raya di Tanah Malaya. Kalau raya di Negara pasir Berdengung tu mau meraung babe.. makan nasi mandi je laa...