Tuesday, April 30, 2013

Cerita orang malas..


Assalamualaikum all,

My Cinonet dah pesan.. "balik sekolah nanti, Arif nak makan nasik dengan bende". Amboi, suka-suki je bagi arahan. Tapi okey jugak, at least ada la idea apa nak masak untuk hari ni.

Bende memang masuk kategori sayur favorite di rumah ni. Susah-susah fikir apa nak masak, cicah dengan budu pun okey.


Sementara tu Ibu rasa macam tak cukup jer lauk hari ni. Nak masak, idea tak mari la pulak. At last pi tapau kat bawah. Complete dengan kufta, arayes, riyash, shish tawouk, kebab and chicken tikka.

Dah tu Ibu bagi dua pilihan, sama ada nak makan dengan nasi or makan dengan roti. Ada jugak sos bawang putih. So sendiri adjust, sendiri ber-eksperimen, sendiri la tanggung.

Khalass..



Chenta ku tertumpah di sini..

Assalamualaikum all,

Tak ada apa nak cerita hari ni. Kita share gambar bunga jer la ya. Berzaman dah dok simpan gambar-gambar ni. Tapi tak tahu nak buat apa.

Ada jugak kawan kata, gambar bunga.. walaupun hanya sekadar "gambar" tapi sebenarnya satu cara untuk terapi minda dan mata jugak. Sejauh mana kebenarannya, Ibu tak pasti la pulak. But for sure.. Ibu suka jer.








Bunga-bunga ni semua ada kat dapur and balkoni rumah Ibu. Masa musim sejuk, boleh la posing macam ni. Bila dah masuk musim panas, kena tukar sikit la jenis bunga-bunga ni. Rumah orang lain, okey jer.. Ibu jer yang tak pandai nak jaga.

Ada rezeki, kita share lagi.

Dulu tak makan.. sekarang okey dah..

Assalamualaikum all,

Dah lama tak cerita pasal "makan-makan" kan. Bukannya tak masak, tapi langsung tak ada idea nak cerita hence langsung tak ada mood nak ambik gambar lauk. Dah la masak pun lauk campak-campak jer. Dah itu jer pun yang Ibu tahu.


Then nak jadi kisah, Cik Asben bawak balik tauhu basah dua hari lepas. Mujur tak lepas tarikh "expired" lagi. Kalau hat barang basah ni, takut jugak. Khuatir ada perut yang tak tahan, nanti bukan dapat sedap.. tapi dapat penyakit pulak.

Dulu pernah sekali masa Ibu sekolah, akibat dari makan tauhu yang dah masam (kut) kami sekeluarga kena cirit-birit plus muntah-muntah. Dah la esok tu Ibu nak balik daftar ke asrama. Memang pucat lesi la muka.

Sejak tu, faham-faham sendiri je la ya..

Cuma bila dah duduk jauh dari Tanah Malaya ni, segala yang tak makan.. rasa macam nak makan termasuklah tauhu ni jugak. Alhamdulillah, mungkin sebab dah otai ni, perut pun dah kebal sikit tak ada la pulak apa-apa masalah.

Tapi.. tak salah kalau kita beringat kan kan..

Monday, April 29, 2013

House of Mirrors, Kuwait (Finale)

Assalamualaikum all,

Well, this is going to be the last part of my entry for House of Mirrors in Kuwait. Lidia, as warm, and friendly, and such a great host she is.. is also a good baker. While we were there, kami telah dijamu dengan air tangan beliau. Dia sebenarnya cukup gembira sekiranya ada di antara tetamu yang sudi "menapau" air tangan beliau.

Isshhh.. rugi.. memang rugi. Ini pun Ibu tahu lepas Ibu tanya dengan Cik Gugel. Kalaulah Ibu tahu dari awal, confirm Ibu tapau cake buah tu. Sedap.. ada peach.. ada epel.. apa nama entah..













Last but not least, Tuan Tanah posing.. 
Ada kata macam Cikgu Sekolah la pulak..


House of Mirrors, Kuwait (Part 2)

Assalamualaikum all, 

House of Mirrors, setiap lawatan dikenakan 2KD pada hari biasa dan 3KD pada hujung minggu. But let me tell you, at first kami dijanjikan lawatan hanya selama 1 jam tapi by the end of the tour.. 3 jam berlalu tanpa kami sedari.

Lidia, host kami sangat mesra dan peramah. Untuk seorang wanita yang berumur 75 tahun, beliau cukup cergas dan amat bertenaga. Sincerely, from where I'm seeing it.. its not an easy task to maintain the house.

 







 

 



 

House of Mirrors, Kuwait (Part 1)


Assalamualaikum all,

Hari yang sama kami "mengundi pos", kami dari kumpulan Perwakilan Wanita Malaysia-Kuwait jugak sempat membuat lawatan ke House of Mirrors. Ia terletak di Qadisiya berhampiran Kuwait City.

Jom kita layan gambar. Btw, since gambar kali ni banyak.. Ibu kena split into 3 part. Tak larat nak layan nanti.














Menurut kata Lidia, tuan punya kediaman ini.. beliau mula mengubah suai rumah ini pada tahun 1972 hingga 1979. Seterusnya akibat dari serangan anai-anai, beliau akhirnya terpaksa merombak semula kebanyakan dari cermin hiasan di rumah ini. Dengan sebab yang sama jugak, beliau akhirnya meneruskan usaha menghias rumah ini pada tahun 1985 hingga tahun 2004.

Sebenarnya banyak saja kisah mengenai rumah ini. Cuba tanya Cik Gugel, sure ada..