Wednesday, July 31, 2013

Repeat paper..

Tick tock tick tock..
Ramadhan is almost over. Sedih pulak hati. Harapnya tahun hadapan masih ada kesempatan lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Tidak seperti tahun lepas, budget menu tahun ini jauh lebih jimat. Ini kerana Ibu masak ikut spek and request dari anak-anak and jugak Ayah as well as Omak sey. Bi makna, ada masa lauk yang sama akan dimasak walaupun hingga sampai 3 petang berturut-turut. Pada Ibu.. okey jer. As long as yang tukang request kenyang and senang hati.


Lala goreng pedas.
Yang ini fresh untuk petang ni. Ibu sendiri yang berhajat so dayakan jugak la masak. Hajat hati tu nak jugak ngada-ngada mintak Omak sey masakkan.. tapi tak sampai hati la pulak. Cuma kali ni Ibu tambah serai masa menumis.. nak tambah aroma and tambah rasa. At last.. khalasss..


Siakap tiga rasa. Repeat paper ni.
Request dari Si Manja Ibu. Mujur la Giant di Kuala Pilah ni tiap hari tak putus dengan stok ikan siakap nyer. Sampaikan muka Ibu dah jadi muka regular. Kali ni, kuah tu Ibu buat banjir. Omak sey yang request. Tu hari buat, kuah tak cukup. Nenas pun Ibu boh extra. Ada orang suka meratah la pulak.

And so.. sekian la dulu menu iftar untuk hari ni. Untuk moreh and sahur dah ada plan lain pulak.

Wassalam..

Tuesday, July 30, 2013

Masih terpacak??

Only last for 30 minutes. Balik rumah cuci yakni mandi la tu.. dah tak terpacak lagi. Sebenarnya ini kali pertama Arif guna gel rambut. Kalau di kedai June.. selalunya anak-anak Ibu cuma gunting rambut rambut sahaja. Tapi while di kampung.. berani pulak Haazem and Arif mintak Untie tu boh gel. Maybe sebab Ayah tak ada and maybe jugak Ibu sendiri nak memujuk anak-anak Ibu.


And since sekarang ni memang tengah banyak orang berjual petai di sini (Negeri Sembilan), Ibu pun ambik kesempatan nak menyampaikan hajat Ayah sey. Goreng petai berlada (lauk campak-campak) bagi orang kampung di sini. Cukup classic.. cukup authentic. Wa bi makna, esok toilet pun confirm akan cukup semerbak. Alahhhh.. apa sangatlah dengan tandas yang sangat semerbak tu jika dibandingkan dengan membahagiakan orang yang kita sayangi. Kan kan kan..


Lauk sempoi ni Ibu masak untuk iftar petang semalam.. and bakal merangkap lauk untuk sahur kami jugak nanti ni.

Monday, July 29, 2013

If only..

Sekarang ni semua orang bz bz bee cerita pasal nak raya. Kuih raya, baju raya, kasut raya, duit raya, kereta raya.. semua ada kena-mengena dengan mood nak raya.

Ibu.. same old story je la.. tambah pulak bibik semua mintak cuti bulan ni sebab masing-masing nak raya dengan family masing-masing. Ada jugak yang buat part-time dengan majikan lain. Jangan terus "lari" sudah la. Kesian ke Omak sey nanti nak cari bibik baru.


So since mood baik ari ni.. so dengan bantuan Bujang Sulong.. ada la perubahan sikit rumah rumah Omak sey. Tolak sana sikit, angkut yang sini ke situ pulak. Yang senget bagi lurus. Yang berabuk kasi lap and polish. Tapi barang diingat.. buat kerja sila dengan berhemah.. bulan posa ni energy cepat "haus". Maklum sahaja laa.. puasaaaa..

Dalam pada tu, sempat la berangan kejap. Nanti bila dah balik ke negara Pasir Berdengung nak buat itu and nak buat ini. Itu pun kalau Cik Asben approve la. Maklum sahaja.. rumah comel. So, kena la berhemah bila nak buat itu ini.

Anyway.. pics yang kat bawah ni kan kan.. Ibu berkenan sangat tengok. Sebenarnya, banyak lagi tapi cukup la tu.. If only la kan..










Saturday, July 27, 2013

Hepi Beday Omak...



Selamat hari lahir Omak.
Semogo panjang umur, sihat tubuh badan, murah joki, dijauhkan balo dan kesusahan, dilindungi dan dirahmati Allah dunio dan akhirat.. and maintain "whatever" yang baik-baik tu..

Along nak belanjo makan, siang kito poso.. malam lak Omak sey nak poei terawih..

So..
Omak pilih jo lah mano-mano yang bekonan yo..


 




P/s;
Berangan jo dulu ni..

Friday, July 26, 2013

Pantun raya..


"Pantun Raya"

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo jange laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jangan dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, July 25, 2013

Air tangan omak sey..



Lauk campak-campak..
Macam tu la kato Omak sey..

Memang biasanya skima kami masak tak pernah ikut buku. Apa yang ada, itulah yang jadi bahan. Macam gulai ikan parang dengan petai and bende tu.. rasanya tak ada orang lain yang buat. Tapi mungkin kami dah terbiasa, maka dua bahan tu yakni petai + bende kekal jadi sparing partner kalau Omak sey nak menggulai ikan parang. Even Ibu pun dah terbiasa.

While setakat goreng kunyit tu.. may it be sotong, ayam, udang, daging, hati ayam or whatever laa.. itu lauk biasa la kan. Dah jadi macam lauk wajib pulak di rumah ni. Ibu pun mungkin dah kerap sangat buat, okey la.

Dah sebut "hati ayam" ni, macam berhajat la pulak. Kena operasi mencari la pulak lepas ni. Haishhhhh..