Friday, October 31, 2014

Ikan masin dan ceritanya..

Minggu ni Cik Asben oncall. Bila dah oncall maknanya segala sumber tenet dalam rumah ni akan jadi tenat. Kena bagi laluan pada Cik Asben dulu la.. dia lebih memerlukan.. nak gugel lebih-lebih pun malas sebab.. faham je la kan..

So.. cerita pasal daun pecah beling.. kita kena hold lagi 1 minggu..

At the same time..
Bila Cik Asben oncall.. semua penghuni dalam rumah ni akan sepanjang masa asyik rasa lapar je. Ye la.. dah tu asyik duduk ngadap lap top. Bila si Ayah mintak itu.. si anak pulak mintak ini.. then ada la pulak yang tambah mintak itu mintak ini.


Maka tak kering tangan la si Ibu. Dari chips ke kuaci.. sampailah ke bubur kacang cicah ngan biskut kering.. asyik nak mengunyah saja..

Kut rajin kita tambah pulak dengan teh tarik.. kut tak pun.. kopi ais pekat..

Subhanallah..
Rezeki Allah mana lagi yang kau nafikan.

Anyway..
Ibu nak share cerita pasal ikan masin jeruk la kali ni.

Sebenarnya..
Tak pandai nak pilih mana yang sedap sebab pada Ibu semuanya pun sedap. Kut makan nasi ada sekali ikan masin ni.. alamat makan bertambah-tambah la kami. Especially Ibu la..

Unlike kita di Tanah Malaya yang dah biasa dengan bau ikan masin or ikan goreng.. di sini.. kena sedikit hati-hati. Ada masa boleh jadi "kisah" dengan jiran. Especially kalau jiran tu jiran omputih.

Ibu pulak..
Since dah faham dengan resmi jiran di sini.. Ibu cuba elakkan goreng ikan masin sebelah malam or during hari minggu. Tapi kalau dah terpaksa.. nak buat macam mana pulak kan.

Dah jadi macam tu..
Kut tak goreng sebelah pagi.. kita gorenglah during orang pi opis. Rasanya setakat bibik pinoy takda la banyak songeh sangat.

Tapi..
Bau ikan masin ni susah jugak nak hilang. Especially bila dok dalam building terkurung ni. Gamaknya bila dah jadi macam tu.. ikan masin dah selamat dalam perut.. tapi mau minyak tu still melekat sampai ke lobby.


Solution..
Kita bakar la kemenyan arab ni. Hati jiran perlu jugak di jaga. Our family dah dok kat building ni hampir 7 tahun. Jiran-jiran tho' tak semua nama Ibu hafal.. well.. they have been kind to us.

Jiran macam ni.. kita kena hormat.. kita kena jaga hati mereka.

Well..
Actually segan pun ada sebenarnya. Sebab kalau dia orang masak nasi talam or anything like it.. masya'Allah.. aromanya sangatlah menyenangkan.

Namun..
Apakan daya.. tekak ku.. tekak orang kampung maka..


Ikan masin jeruk.. hiriskan bawang and cili padi.. then perahkan lemon secukup rasa.. wallahhhhh.. kut tak bertambah nasi.. tak tahu la hamba..

Ilal liqa' friend..

Thursday, October 30, 2014

Jeruk asam boi.. dah sampai ke Hawally..

Ingat lagi tak last weekend Ibu kata Ibu "divert" pi cari barang yang satu ni..

Actually Ibu singgah pi kedai Bobby. Sambil-sambil pi lapor diri and ziarah Auntie Ayesha.. Ibu sebenarnya pi cari buah mangga masam. Mujur ada.. dapatlah 2 bijik.

Then..
Kebetulan pulak lepas cuti raya posa tu ari Ibu ada bawak asam boi yang hat putih and merah.. konon-konon nak buat ais-kerim la.. nak makan ngan asam limau la.. buat kudap-kudap la.. at last..


Resepi.. campak-campak je ni.. tapi kira memang berbaloi la. Sebabbbb..


P/s;
Orang sibuk buat.. kita pun nak buat jugak..

Wednesday, October 29, 2014

ROTAN.. memang berkesan.


Ini bukan lakonan semula.. tapi memang real..
&& kalau dok Sweden ni.. gerenti kita orang dah kena masuk lokap.

Yes,
This is how it works in our house. Kalau ada yang kata kami zalim.. mendera anak.. well.. we still believed in ROTAN. Ada masa kami guna psikologi tapi bila dah melampau naik lemak..

Memadai hanya sebagai satu tanda supaya fokus. Ia jugak bertindak sebagai.. look.. who's in charge here?

Tapi ini bukan an ongoing situation. Hanya digunapakai bila ada tanda-tanda khayal.. malas.. tidak serius dan yang paling penting.. disiplin.

I'm sure ada yang mungkin tidak setuju dengan cara kami. But.. if it works 50 years ago.. Ibu yakin ia jugak boleh digunapakai sekarang.

Tuesday, October 28, 2014

Cerita orang kedekut..

Baru-baru ni Ibu ada terima jemputan dari seorang kawan untuk keluar bersarapan bersama. Itu pun setelah diajak berkali-kali.. dah jenuh.. pelbagai alasan diberi.. at last Ibu mengalah.

Well..
I'm not a morning person actually. Ibu sebenarnya lebih selesa untuk menghabiskan masa di rumah sahaja. Believed me.. banyak benda yang perlu Ibu uruskan. Walaupun ia hanya perkara ulangan.. still.. ia perlu diselesaikan. And I'm not comfortable dengan "perkara tertangguh".

Menu..
Entah.. seikhlasnya entah apa-apa yang Ibu makan. At last.. segala daun-daun and sayur-mayur jugak yang Ibu kutip. Itu yang Ibu "berahi" and itu jugak yang Ibu kenal.

Balik rumah..
Rushing pulak nak mengemas apa yang perlu. Masak apa yang patut. By 1.00pm, anak-anak balik sekolah. Ya'ni.. sekurang-kurangnya 1 lauk and 1 sayur perlu dihidangkan. Tapi penat punya kisah.. tapau fast-food.. Dah la sarapan tadi dah "belanja".. ni nak keluar duit lagi.

At last.. Ibu mengalah.. 
Hari tu anak-anak kenduri pizza Domino. Khalass..

Tapi selang dua tiga jam.. ada mulut komplen.. LAPARRRRRRR... aduhai.. malas nak dakwa-dakwi.. Ibu masuk dapur. Masak nasi.. masak lauk.. Tapi ikhlas.. hati puas bila tengok anak-anak makan dengan "sepatutnya".

Akhirnya..
Bila Ibu buat kira-kira..
Dengan duit makan yang ntah hapa-hapa.. dengan tambang  teksi.. hampir 15KD hangus satu hari. And do you know actually with that 15KD Ibu boleh dapat..

- ayam 2 ekor
- udang 1kg saiz sederhana
- telor 1 tray
- daging 1 tray
- sayur apa-apa yang patut
- 1 botol jus saiz besar
- and masih ada baki untuk jajan si Arif

And semua ini boleh menampung duit dapur Ibu untuk seminggu.

Subhanallah..
Tepuk dahi.. padan muka sendiri.

So.. for this reason la Ibu sebenarnya tak suka nak pi morning coffee tak tentu hala. Tapi seperti yang selalu Ibu kata.. ini cara Ibu. Orang lain.. lain kesukaannya.

Sesekali.. of course.. yet if can Ibu prefer heret jugak anak-anak sekali. Rezeki Ibu.. rezeki mereka jugak. Entahlah.. tapi Ibu rasa sangat bersalah bila memikirkan anak-anak memerah otak di sekolah tapi Ibu pulak suka-suki.. bergelak-gelak tak tentu arah di luar.

Well life was never boring to me.
In fact.. Allah has been so mercy and so kind to me. Halangan and dugaan itu pasti.. dan itu menjadikan kita manusia.

Cukup makan.. cukup pakai.. alhamdulillah.

At this moment Ibu rasa and Ibu yakin masa and kudrat Ibu hanya untuk keluarga and anak-anak. Insya'Allah.. years to come akan sampai jugak masa untuk Ibu mengutip hasil dari segala yang Ibu usahakan.

Semoga akan sampai jugak hari itu kelak. And insya'Allah pada waktu itu Ibu and Cik Asben mungkin sudah beralih angin pula.

Until then..
Biarlah masa sahaja yang menentukan.. 
Jaga hati.. jaga diri..

Lunch kami semalam.. khalass..