Wednesday, January 28, 2015

Buah tangan dari Tanah Malaya..

Winter break officially dah habis.

Universiti.. sekolah menengah.. sekolah segala jenis sekolah.. operasi seperti biasa. Tapi khabarnya.. masih ada jugak yang belom cuti. Nak sambung dengan cuti Liberation Day la tu.

Dah macam tu..
Cuti pun lama jugak.. so adik-adik students pun ada la jugak yang ambik peluang balik kampung. Sebulan.. lama jugak kalau dok sini.. tak ada buat apa..

And rezeki buat kami..
Ada pulak yang berkirim buah tangan.. kat sini confirm la tak ada.

Bukan setakat untuk anak-anak.. MAK BAPAK pun boleh sama baca..

Tuesday, January 27, 2015

Johor Bharu mari..

Ceritanya..

Cuti sekolah..
Rumah asyik bersepah.. believe me.. yang besar bujang tu je yang ada timbang rasa sikit. Yang lagi dua tu.. sepah sana.. kemas sini.. and macam tu la kisah nyer sampai dia orang tidur tengah malam nanti.

Bosan dok rumah.. yang berdua tu pakat macam-macam agenda. Yang paling biasa..

"Ibuuuu.. jom kita pi tengok wayang.."

Long story.. short story.. maka terpacak la kami kat The Avenues. Memang mall ni je la favorite kami besides 360 mall.. Sultan Centre Souk Sharq.. Al-Kout and few others..

Makan senang.. ada fun land.. nak tengok wayang pun boleh.. shopping.. macam-macam ada.

And kebiasaannya.. sementara tunggu show sekian-sekian masa.. kita orang pi la makan mana-mana yang berkenan.

One thing about me.
Ntah la.. tapi memang tak segan pun nak cakap bahasa Melayu bila keluar. In a way.. its telling people.. we're not Indonesian.. we're not Filipino.. be proud of what you are.

Ada masa jugak bila orang dengar saja percakapan kami..


The guy : Kakak.. kakak dari mana?
Me : Saya dari Malaysia
The guy : Owwhhhh.. saya dulu pernah kerja di Johor Bharu.. 4 tahun..
Me : Wahhhh.. bagus la. Mesti boleh cakap bahasa Melayu kan.
The guy : Boleh jugak la kakak..

Typical me..

Have a nice day friends..
 

Monday, January 26, 2015

Proud to be Malaysian..

Asal kejadian..
Cuti sekolah.. buat la apa yang patut..

At the same time.. getting ready..
Cuci mata.. cuci poket..

Kuwait ni tak besar mana pun so ding dong ding dong.. balik-balik pi mall yang sama jugak la. As for us yang dok kat area Kuwait city ni.. biasanya prefer pi The Avenues je la. Itu pun tak habis khatam lagi. Punyalah besar mall. Mau melecet tapak kaki kalau nak pi study setiap satu kedai yang ada kat situ.

Since si Cik Asben pulak off-late asyik sibuk.. so Ibu la yang ambik tugas bawak anak-anak pi layan diri.. layan tekak.. layan perut.

Agenda..
Kut tak pi makan-makan.. pi tengok wayang.. shopping.. rasa macam kurang perlu. Tho.. terjebak la jugak.. still.. sila berbelanja dengan berhemah.


Anyway..
Don't know bout others.
Tapi anak-anak Ibu.. cukup kagum kalau jumpa anything from Malaysia. Hatta.. jumpa cencalok dari Melaka.. note book dari Sungai Besi.. semua terus jadi excited. And sempat la jugak bergambar.. tho hanya setakat dengan dapur masak made in MALAYSIA..

 
Itu jer nak cerita..


Sunday, January 25, 2015

In the middle of ENTAH land..

Assalamualaikum all..

Okey.. a short one.. ini gambar dari cerita awal tahun 2009.. congak je la dah berapa tahun punya gambar ni.. Godek-godek jumpa pulak balik..



Then..
Kelmarin kami pi repeat semula aktiviti yang sama..
Tempat yang sama..

Tapi sebelum tu..


Sesat ntah kat mana-mana.. ni la angkara kalau 'ngikut' orang. Kita kata kat sini.. tapi dia kata.. 'kat sana'..

At last sampai kat sini..


Apa lagi.. open saprah la kami. Actually mujur jugak ada kawan ni. Kiranya.. kami cuma menambah bekalan apa yang ada jer.. 2 jam bertapa dalam kereta.. lapar gilos babe..




Dah tu ada pulak yang nak belanja 'cis bedebah' ni. Bersempena dengan cerita sebelum ni.. katanya la..

Then lepas makan and sembang-sembang lebih kurang.. kami pun mintak diri dulu laa. Ada yang terus balik.. while kami terus 'berjuang' pi mencari atv.


Alhamdulillah.. pucuk dicita.. atv yang jumpa.
Apa lagi.. sakan la bebudak ni. Price wise.. 1 jam 6KD (dalam RM66.00 la). Tapi berbaloi la.. kut minyak abis.. boleh tambah. Janji.. cukupkan saja tempoh sejam tu.




Tapi..
Ibu tak sempat nak join sekali. Dah senja. Ibu ni pulak jenis rabun. Dari masuk lorong entah mana-mana.. gurun yang entah mana-mana.. ada rezeki.. kita repeat jer la lain kali.

Aktiviti ni pun cuma sesuai masa musim sejuk je. Musim panas.. siapa pulak yang sanggup. Dengan debu.. dengan panas..

Okey.. abis cerita dah.. ada rezeki.. kita cerita yang lain pulak.

Ilal liqa' friend..

Friday, January 23, 2015

Thursday, January 22, 2015

22 easy tips before going on vacation..

Its has been a while since we last pi bercuti.. year 2011 rasanya. And this year.. if.. sampai rezeki.. insya'Allah.. and mudah-mudahan Allah kabulkan angan-angan yang kami dah simpan sejak the pass 3 years.

Benda basic..
- Budget
- Study tempat
- Tarikh

Tapi dengan anak-anak yang sekolah lain-lain thus Cik Asben yang asyik clash cuti dengan cuti sekolah anak-anak.. plus.. itu la.. ini la.. 3 tahun punya cerita la.

And..
Ni bukak kitab semula.
Ibu pun mulalah dengan apa-apa yang patut..

Tanya Tok Wi.. tanya Cik Gugel..
Bukak maps..

Anyway.. since dah lama tak study kan..
Tadi ni jumpa pulak satu link adik ni..
Really handy.. after all memang Ibu target nak cari certain info jer pun..

1- Saving / budget
Ini biasa la kan. Nak pi jalan kena la ada duit. Cuma macam Ibu.. biasanya Ibu akan cilok sikit dari duit dapur untuk tabung "cuti-cuti". So at least.. tak la terkujat sangat bila selepuk nak kena keluar belanja.

2- Survey tempat
Yang ni kut tak pi travel pun Ibu suka layan. Berangan is free kan. Cuma kut la rasa "berbaloi" and dapat consent dari semua.. then barulah Ibu buat thorough study.

3- Pakej (if any)
If la kita nak ambik pakej.. then rajin-rajin la study and buat package comparison. Macam kami ni.. prefer study and gamble sendiri jer. Boleh jugak jimat duit kat situ.

4- Agent (if any)
Again.. kena rajin buat package comparison. Baca komen tentang agen yang kita nak ambik tu.

5- Date
Standard la kan. Cuma bila kita nak pi cuti ni.. peak-time.. peak-off.. semua tu kena masuk consideration. Sebab.. this will also give impact to our money value.

6- Booking
Kut dah selesa dengan semua yang di atas.. boleh la buat booking. Booking awal pun bagus. Banyak kes bila booking last minute.. tu dah habis.. ni tak ada.. tiket dah makin mahal.. macam-macam la kan. Not to mention.. tetiba la internet connection buat hal.. credit card payment tak lepas.. etc. So.. sendiri mau ingat la.

7- Cash / credit card
How to travel kalau tak ada cash or credit card. In my case.. Ibu prefer jugak bawak credit card (in case of emergency). Yang guna Meps tu.. make sure your overseas transaction is activated. Nanti sampai "tempat" tu.. tak boleh pulak nak guna.. acano tu??

8- Checklist
Be prepared. Senarai barang-barang yang nak dibawa.. ex; ubat.. makanan kering.. etc.. kena siap-siap la.

9- Dokumen yang perlu dibawa
Passport.. visa.. apa-apa yang patut la kan.

10-Peta
Terpulanglah pada individu. Ibu jarang bawak maps tapi biasa Ibu ada bawak note-book.. ya'ni tempat-tempat yang Ibu nak pi lawat tu.. any info related to the said place.. kut nak pi melawat dalam Malaysia pun biasa Ibu buat macam ni jugak.

11- Transport
Of course la kan. Bas ke.. van ke.. tramp ke.. flight ke.. again.. study siap-siap. Penting.. especially sebab this will also give impact to your budget.

12- Plan
Plan your trip.
Apa nak buat.. nak pi mana.. tempat tu ada apa.. Dah sampai tempat orang.. takkan nak dok hotel jer kan. Lainlah kalau ambik tourist guide. Then.. tau beres je la.

13- Kongsi barang (if going in a group)
Last time I have no issue with this. But since this time.. nak pi dengan kawan.. so kena tanya la jugak serba sikit. Ko bawak ape? Aku bawak ini.. and so forth..

14- Pakaian
If you're going to a seasonal country.. kena la prepare apa yang patut. Takkan nak pi main salji bawak tee or blouse semata. Knit-wear.. buble.. jacket.. stokin.. apa-apa yang berkenaan la kan.

15- Bag or bags
Kita kena tau berapa berat (kilo) yang airlines allocate per person. Jangan nanti disebabkan over-shopping.. tak pasal-pasal kita kena charge for extra-weight.

16- Makanan
Wohoooo.. kita orang jenis makan nasi. So memang stand-by bawak rice cooker and beras.. and lauk kering. In case emergency lapar tengah malam.. ada la benda nak ngadu.

17- Souvenir / shopping
Another crutial factor.. (for me la). Kena study apa yang ada kat sana.. apa nak beli.. untuk siapa. Siap dah ni senarai nama. Bukan kedekut.. again.. takmo over spent..

18- Kamus
Depend pada tempat la. Tapi rasanya.. la ni most of countries in this world.. english cikai-cikai pun boleh lepas. Tapi jangan silap.. ada jugak negara-negara yang begitu "mengagungkan" bahasa ibunda masing-masing. So.. again.. be prepared. Alahhhh.. bawak kamus kecik pun cukup dah.

19- Dana kecemasan
Crutial. Jangan terlalu syok shopping sampaikan langsung takda standby "emergency-fund". Kut la ada yang jatuh sakit.. kena admitted ke.. kena itu.. kena ini.. nauzubillah la kan.. so at least 20% from our saving tu.. ketepikan la untuk benda-benda macam ni.

20- Keselamatan
Pick-pocket.. pencuri.. various scam.. apartment or hotel safely.. be prepared la.

21. Tukaran matawang asing
Study la dulu currency yang diterima kat negara yang kita nak pi bercuti tu.

22. Masjid
Kut tau mana pit-stop untuk solat.. bagus jugak kan kan..

Humang aiiiii.. banyak la pulak nak kena study.. kena buat.

Anyway.. pada kawan-kawan yang nak travel.. especially for this coming school holiday (March kan) maybe the above tips boleh membantu.

Anyway.. nak belanja pic sekeping la.. ambik mood in advance..

Wednesday, January 21, 2015

The Syaiton among us..

Situasi..

Girl S : Ehhh.. awak baik dengan DIA yek.. awak tak tau ke DULU dia tu "liar sikit" la..
Girl R : Ye ke.. tengok dia okey jer..
Girl S : Laaa.. tak tau cerita ke.. DIA tu kan.. dot dot dot..
Girl R : Issshhhh.. tak baik la awak ni..

Inilah yang dikatakan "syaiton" living in real among us..

Function..
Hasut orang..
Melaga-lagakan orang..
Ngata orang..
Dengki ke orang..
Jaki ke orang..
Buka aib orang..
Etc..

Kut ya pun kita ada kawan yang DULU macam tu.. why.. what's wrong with it?

Pelik sangat ke?
Salah ke?

Kita kawan je la elok-elok. Entah-entah dia sekarang ni berganda kali lebih baik dari kita-kita ni.
 
Macam ni je la..

"Tidak mengapa jika manusia terus menilai dirimu berdasarkan masa silam mu yang gelap asalkan sekarang kau sedang gigih melangkah menuju cahaya"

(Copy paste from somewhere)

May Allah forgive us for what we have transgressed.. and don't ever unjust other people..

Jaga hati.. jaga diri..

Assalamualaikum..