Tuesday, March 31, 2015

Souk Mubarakiyah.. jubah.. abaya.. makan-makan.. etc.. Finale

This gonna be the final chapter of cerita Souk Mubarakiyah. Ada rezeki kita share lagi yang lain pulak.

Actually Souk Mubarakiyah yang jugak dikenali sebagai Traditional Souk.. is the best place to come kalau ada sesiapa yang nak tau serba-sedikit tentang masyarakat asal di Kuwait. Dari cerita Gold Souk.. bukhoor (kemenyan Arab tu la) sampailah cerita yang jadi nelayan. Semuanya bermula di sini.

Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
(Raja Kuwait hat yang belah kanan)


Pasar kurma.
Cuma since sekarang ni belum musim lagi.. so most of the dates.. yang ada macam yang dalam gambar tu jer la. Tapi bila masuk musim panas.. kurma dah mula banyak. Macam-macam kurma pun ada. Nak yang kurma mentah (kuning/merah) pun ada kat sini. Personally.. Ibu suka yang kurma mentah lagi. Meratah kurma pagi petang siang malam jer la.



Pasar buah-buahan.
Segala fresh vege pun banyak jugak jual kat sini. Tapi biasanya kita orang kalau mai sini.. beli buah delima jer.. memang besar-besar.. memang manis-manis belaka. Harga pun lebih murah kalau dibandingkan dengan yang jual kat tempat lain.


The Arabss dengan jeruk memang tak dapat dipisahkan. Dari jeruk buah zaiton sampailah ke segala jenis jeruk. Even dalam diet dia orang pun.. jeruk ni macam 'is a must'. And maybe for that reason dia orang ni selambe jer layan kambing golek sekor-sekor tanpa rasa bersalah pun. Sesuap kambing.. sebiji zaiton telan masuk mulut. Tu belom lagi segala jenis salad.

Unlike kita yang memang semata-mata makan kambing.. mana la nak balence.


Selingan sikit.. rotan panjang sedepa and segala suku-sakat yang sewaktu dengannya. Kami pun ada jugak yang hat 'sedepa ni'..

Mungkin dia orang ni dah biasa dengan culture 'rotan' ni kut. Sebab senang sangat jumpa orang jual benda-alah ni kat sini. Nak pendek.. nak panjang.. pilih jer mana yang berkenan.


Ini pulak stok rotan di rumah kami.. and yang paling lama bertahan. Dah 3 tahun jugak rotan ni masih setia berkhidmat untuk kami. Yang lain semua dah.. arwah. Kut ada pun dah kerat 2.

Well..
Rotan ni pun 'eksen' jer yang lebih. Untuk Ibu buat gertak anak-anak.. and biasa rotan ni pi hempuk-hempuk ke sofa jer. Nak rotan anak.. tak sampai hati sebenarnya. Lagi pun Ibu ni jenis tangan tak serasi merotan anak.. sebab biasanya.. tangan Ibu sure jadi bengkak.. salah urat or ada la yang sakit lepas rotan anak. Ni cerita 12 tahun yang lepas la ni and ever since.. kita buat approach lain la kan.


Section segala jenis selendang.
Ibu tak pandai nak lilit selendang.. so tak berapa kerap sangat layan mata kat sini.




Stok baru..

Intai-intai.. sekali jumpa pulak stok baru. Memang kedai ni kira kedai wajib ziarah tiap kali kita orang datang ke sini.

Kuwait ni bukanlah negara yang 'open sangat' so bab tourism tu macam tak berapa sangat la. Dah jadi macam tu.. stok-stok souvenirs ni kira terhad jugak la. Biasa jumpa kat kedai duty free kat dalam area airport jer. Kut tak pun kat Fahaheel Bazaar yang nunnnn jauh kat belah selatan. Dah jumpa ni.. suka bukan kepalang la kita..

Ada yang berkenan ke..

Tapi ini bukan yang hat ori. Nak ori.. kena pi Gold Souk. Macam-macam ada. Yang biasa Ibu jumpa kebiasaannya.. jarang design dia orang ni yang 'biasa-biasa'. Sure jenis yang the very heavy metal.

1- Sebab dia orang ni memang jenis over.. segala yang over.
2- Duit dah terlebih banyak.
3- Dah resmi dia orang macam tu.

Okey.. abis dah cerita pasal Souk Mubarakiyah yang sempat kita orang cover. Nak cover semua cerita-ceriti aktiviti kat sini.. mak aihhhh..

Tunggulah.. panjang umur.. ada rezeki kita share lagi.

Assalamualaikum.

Monday, March 30, 2015

Souk Mubarakiyah.. jubah.. abaya.. makan-makan.. etc.. (Part II)

Okey.. sambungan dari cerita pi alter jubah.

Dah penat berjuang.. dari kedai ke kedai. Dah dapat pun apa yang nak dicari.. so seterusnya..

Jarjer
Rasanya masuk spicis rocket leaf jugak ni..


Teh kelat tak ada so got to opt for orange juice saja.
Memang semacam dah satu kebiasaan.. teh kelat akan menyusul sebelum atau selepas selesai makan. But unfortunately, they're only offering 'teh kelat' on normal day. Actually.. masa hari customers tak berapa ramai.


Yeayyyyy.. teh kelat..
But being they're loyal customer for the past 6 years.. dia orang bagi jugak Ibu secawan kecik ni.. lepas la jugak hajat. Dah tu ada pulak jiran meja sebelah dok tunjuk-tunjuk ke meja kami. Ada yang mintak teh kelat jugak la tu.

Hummus
Asal-usul kejadian.. kacang kuda jer ni..


Presenting.. ikan bakar the Arab's style.
Kisahnya.. dulu memang kami lagi selesa makan di kedai yang lain. Yang kedai tu pulak kelebihannya.. teh kelat siap masak atas dapur kecik.. on setiap meja masing-masing. So kalau during musim sejuk.. selain dari dari dapat minum teh panas.. dapat la jugak tumpang memanaskan tangan serba-sikit. Very comfy.

But later.. kedai yang kita orang biasa makan sekarang ni.. offer pulak ikan bakar.. tu yang pakat berhijrah terus ke kedai yang satu ni. And dah 6 tahun pun kami masih setia dengan kedai yang satu ni. Bosan.. ntah la.. tak pulak..



Kufta and syih tawouk..
Balance la tu kan.. ada ikan.. ada ayam.. ada daging.. ada greens.. ada kekacang.. minum pulak jus oren.. what else yang kurang??

The everything in my plate..
Nasi separuh.. roti sekeping.. cili bakar.. tomato.. jarjer.. ikan bakar..

Last but not least..
Kuah untuk ikan bakar.. made of.. ntah..

Entah berapa kali la Ibu share gambar yang sama.. cerita yang sama. Tapi nak buat cmana.. dah dok sini.. memang ini jer la pulak yang diterima dek tekak family kami.

Setakat tomyam.. lauk-pauk Siam tu.. sesekali layan jugak.

Ye la kan.. dah dok Tanah Arab ni.. makanan sebenarnya ada macam-macam. Tapi dah jenis kita orang ni lagi selesa dengan yang macam kat atas tu.

Western food.. sesekali layan jugak. Tapi.. balik rumah.. mencari nasik jugak. Abih tu camno?

And Ibu pulak memang jenis yang masak di rumah. Anak-anak selesa makan masakan Melayu. Dengan masak lemak.. singgang.. kurma.. kari.. gulai cili api.. and segala jenis yang biasa dimakan di Tanah Malaya.

Pada sesiapa yang bertanya.. cmana la rupa medan selera Souk Mubarakiyah ni.. biasa-biasa saja sebenarnya.




Tak ada apa yang istimewa pun. Open space.
Dan beginilah keadaannya kalau over the weekend. Btw.. Souk Mubarakiyah ni memang famous to those yang tinggal di kawasan Kuwait City. Selain dari kedai jubah/abaya, distasya, kedai minyak wangi, kedai buah kurma, pasar ikan, pasar daging, pasar sayur, kedai souvenirs.. kiosk matawang asing pun banyak kat sini.

Antara dua darjat..
Winter dah nak say bye-bye..

In short memang kira macam one stop center jugak la.

Then.. another attraction Souk Mubarakiyah ni.. over the weekend selepas solat asar biasanya ada culture show. Tarian pedang.. art galleries.. kiosk selling barangan masyarakat tempatan.. etc.

Yang tu.. lain kali la pulak kita share. Insya'Allah.

Bersambung..

Sunday, March 29, 2015

Souk Mubarakiyah.. jubah.. abaya.. makan-makan.. etc..

Assalamualaikum all..

Selamat berhari minggu buat rakyat Malaysia.

Kami di sini dah start new week.
Not much happened over the weekend cuma Ibu sempat la pi Souk Mubarakiyah. Nak pi alter hujung tangan jubah. Ada pulak yang sehelai ni rasa macam nak kena bagi 'lain' sikit.

Sebenarnya kut setakat nak pi alter hujung tangan.. mana-mana pun boleh buat. Tapi Ibu prefer pi Souk Mubarakiyah.. sebab sambil-sambil pi 'underground' repair jubah.. boleh jugak kami ambik kesempatan layan ikan bakar.

Bukan setakat ikan bakar.. macam-macam pun ada sebenarnya.

Btw..
Alang-alang dah sampai sana.. Ibu ambik peluang snap pics untuk tayang-tayang kat sini.

Jom kita layan pics. Then Ibu cerita la serba sikit.







Yang kat atas ni semuanya stok jubah yang biasanya Minah-minah Arab kat sini tempah. Ada sebab takda saiz.. ada jugak sebab masing-masing suka-suki nak tempah lain dari kebanyakan stok yang ada kat market.

Yang hitam biasanya stok untuk kain yang biasa. Sesuai dipakai untuk musim panas dan musim sejuk.

While yang berwarna-warni tu.. itu stok untuk musim sejuk. Kain tebal sikit. Tapi kalau rasa sanggup nak pakai dalam musim panas.. okey jer..






 


Yang kat atas ni la yang Ibu cerita 'abaya' tu. Terbelah di bahagian depan sampailah ke bawah. Ada yang loose ada jugak yang siap butang. Terpulanglah pada selera masing-masing. As I said.. semua stok-stok ni 'custom made'.

Ada jugak yang dijual semula. Ye la.. dah berbulan Minah-minah Arab ni dok tempah tapi tak jugak tuan datang ambik.. solution.. jual je la..

Kalau Ibu memang prefer beli yang stok kat sini sebab design jubah dan abaya di sini biasanya lebih cantik (pada Ibu la). Anyway.. terpulang pada masing-masing la kan.

Cuma satu masalahnya.. being a bit kecik tang saiz badan (kalau dibandingkan) dengan Minah-minah Arab kat sini.. susah jugak sebenarnya nak cari saiz jubah/abaya ready made kat underground ni.

So.. kena pi carik kat kedai yang kat atas tu la jugak. Yang kat atas tu pulak.. harga ikut harga market la.







Yang kat atas ni pulak stok-stok hujung lengan (sikit sangat ni) yang tengah trending sekarang ni. Sekarang ni semua stok lengan besar. Cuma finishing jer yang lain. But most of it.. semua guna renda yang macam-macam jenis.

Ikut la selera masing-masing kan..





One thing bout kedai-kedai di sini.. kalau kat kedai buat jubah.. jubah jer la yang ko boleh buat.

Kalau dah kedai abaya.. abaya jer la yang ko boleh buat. Walau macam mana pun ko suka dengan staf kat kedai tu.. walau macam mana pun ko suka dengan service kat kedai tu.. NO CAN DO.

Setakat nak alter hujung tangan.. setakat nak bagi pendek.. nak bagi kecik.. tu takda hal la.

Tapi kalau nak tiru kedai sebelah nyer design.. ko jangan cari pasal. Tak pasal-pasal nanti ada yang pi ngadu kat 'sponsor'.. kata staf ko curi design kedai aku.. Yang rugi bukan si 'sponsor' tapi silap-silap hari bulan staf tu yang kena hantar balik kampung.

Ni pun Ibu tau sebab kisahnya Ibu berkenan dengan abaya kedai lain tapi Ibu berkenan dengan service kat kedai lain. Tu yang keluar cerita macam tu.

Btw..
Sponsor tu kiranya macam owner kedai la.





Murah sangat ke renda-renda kat sini?
Tengok saiz and jenis.. mak aihhh..

Anyway..
Ini sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan real situation. Bukan setakat rambang mata.. ntah la.. tak tahu nak kata apa dah. Most of the kedai ada 'design' masing-masing.

Nak kira sebenarnya.. bagus jugak macam ni. So at least masing-masing ada 'bisnes' masing-masing.

And setakat tu dulu cerita my visit to kedai underground di Souk Mubarakiyah. Jubah dah hantar pi alter. Dia orang janji 3 hari. Esok lusa tulat.. insya'Allah siap la tu.

Ada rezeki kita share pulak cerita-ceriti Souk Mubarakiyah yang kat medan selera pulak.

Bersambung..