Monday, December 14, 2015

PARAGLIDING.. paraglider.. parawaiting.. paracetamol.. parasites.

Paragliding..
Something yang still new to me.. but have been meaning to try for quite sometime now.

Me..
Memang sejak dari dulu memang minat benda-benda macam ni. Ntah la.. kut ada orang kata ekstrim ke.. lasak ke.. very costly ke.. sebenarnya bergantung pada individu. And Ibu rasa jangan kita bataskan sesuatu perkara tu hanya sebab kita perempuan.. kita dah taraf mak-mak orang or kita dah berumur.

Kalau ada peluang.. go for it..

Cerita Ibu.
Bila dah balik Tanah Malaya ni.. rasa macam-macam benda yang nak dibuat. 9 tahun di perantauan yang negaranya 'sedikit tertutup'.. I've missed many things in my life. And sementara Allah masih pinjamkan nyawa ni.. Ibu rasa.. its time for me to catch back those I've missed.. those I've been wanting to do.

Mula kisah..
Almost last 3 weeks.. Ibu and few good family friends went to Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Baru. Intai-intai apa yang menarik.. and at last.. anak-anak pun sama-sama berhajat nak join. But just a bit unfortunate cubaan kami tak berhasil sebab keadaan angin yang tak berapa baik. Tambah pula musim hujan ni.. so kami terpaksa redha dengan ketentuan-Nya.

And semalam..
Alhamdulillah.. hajat Bujang Sulong and me tercapai sudah. And albeit kami tak dapat terbang lebih tinggi.. setakat 1200 kaki.. itu sudah cukup baik.

Jom.. kita layan tengok gambar and cerita serba sedikit.




Among those yang sempat naik..
Cuma kawan yang sorang ni yang selamat.. even dapat naik sampai 2300 kaki. Dah la tu.. boleh pulak dok main angin kat atas tu sampai almost setengah jam. As I said.. layan paragliding ni.. ikut rezeki.. cuaca baik.. angin cantik.. insya'Allah.


Me and my son..
Amsyar 4 kali try-outs..
Me.. 2 kali naik bukit.. tapi apakan daya.. not just our day..



Satisfaction.. can tell just dari raut senyum..



Dengan 3 take-off yang tak menjadi.. angin dah cantik tapi.. ntah la. But since Ibu dapat pilot yang cukup berpengalaman.. alhamdulillah.. walaupun waktu tu hari dah mula nak hujan.. sempat jugak Ibu merasa terbang semalam. Only thing that I can say.. almost 10 minutes being 'up there'.. subhanallah.. cantik nyer view.

And kalau kita kata tasik tu cantik.. kolam ni hebat.. ciptaan Allah tu.. lagiiiiiii hebat.


Our  very good pilot.. kita orang yang jadi tandem ni memang syukor sangat dapat Bro Yusof ni. Tapi kut tengok brother ni in good person.. serba sedikit kita dah boleh tau dia ni orang yang macam mana.. don't play-play yaa..

 
Last but not least.. Tuan Tanah yang dah safely landed..

P/s;
Ada orang tanya semalam.. pilot tu tak ada yang PEREMPUAN ke?
Faham dengan SOALAN..

My answer ;
Memang ada.. tapi dah rezeki Ibu semalam.. cuma dapat naik dengan Bro Yusof ni saja. Tapi sebenarnya.. ada jarak yang memisahkan between pilot and tandem. There is a big.. huge.. thick padded cushion between us. Thus tidak ada soal bersentuhan sebenarnya. Still.. kalau masih ada yang mempersoalkan tentang aurat.. its beyond my limited.. lack of self educate ilmu agama.

Niat Ibu.. lillahi'taala.. and HE as my mighty God tahu apa yang ada dalam hati ini.

Assalamualaikum.

Wednesday, December 9, 2015

Suka-suki-suko..

Lunch hour yang dah terlajak.. baru bangun.. lapar tapi takmo makan nasik..

Aci la kan..

P/s;
NO sambal tumis please..

Tuesday, December 8, 2015

Kau yang ku panggil SAYANG..

Masa dok kat sana nun.. ada la jugak masa senggang.. boleh update blog tiap ari (walaupun cerita yang ntah haper-haper).. ada masa extra.. boleh pulak jadi ustazah di hujung jari.. tapi la ni.. memang semua tu sedikit terbatas.. errrr.. terbatas banyak sebenarnya. Nak khatam 1 juz seminggu sekali pun susah dah la ni. Selalu la jugak roger-roger ke Cik Asben or anak-anak mintak tolong sambung baca.

Pagi.. jam 3.00 pagi dah mula masuk dapor (I just can't imagine how I gonna manage my 3 boys bila bukak sekolah nanti). Then balik dari berniaga.. serah duit ke Madam.. update akaun.. then.. titun la. Penat weiiii..

Luckily Omak sey ambik alih tugas masak lunch. Kut perut rasa berhajat.. Ibu makan. Otherwise.. once I'm awaken.. Ibu pi la merayau cari 'bahan'. Worst case.. Ibu beli jer 2 buku roti Gardenia yang perisa jagung or vanilla tu. Khalass.

Anak-anak pulak.. my Omak la yang akan handle. Dah Omak yang dok kat rumah sekarang ni kan.


Btw, I'm so much blessed.. dikurniakan 3 orang anak lelaki yang semuanya sihat tubuh badan.. waras akal fikiran.. alhamdulillah.

Tambah syukor masing-masing faham yang life dia orang dah tak macam dulu lagi. They must have extra strong will. Bi'makna.. tak boleh la sikit-sikit Ibu.. sikit-sikit Ibu. Tho' sebenarnya bila Ibu balik jer dari berniaga.. macam-macam yang Ibu kena jawab. Sampaikan kalau Ibu lewat balik setengah jam pun dari biasa.. ada la yang akan bertanya itu ini.

Cuma nyer yang Ibu perasan.. bila dah serentak 3 orang tanya itu ini mulalah kepala Ibu naik ting-tong. Ye la.. mata dah separa layu kan. Itu belom lagi otak dok ding-dong memikir.. apa yang nak dibeli.. nak ditambah untuk jualan esok hari or orang dapor menjerit update apa-apa yang tak cukup.

Dah tu.. sat lagi dalm jam 3.00 petang.. nak hantar anak-anak pi tuition pulak. Tapi kadang-kadang kalau Ibu dah tak boleh nak bukak mata langsung tu.. Omak la yang kena menghantar anak-anak pi tuition.

Cuma nyer yang Ibu perasan.. bila anak-anak sesekali ber-itu-ini.. mulalah Ibu jadi blur kejap. Akhiran.. nama anak jadi tunggang terbalik. Amsyar kita panggil Arif.. Arif kita panggil Haazem. Time tu mulalah anak-anak komplen.. ye la.. nama masing-masing dah berterabur kan.

Cuma sekarang ni.. Ibu dah jadi sedikit kreatif. Nak selamat kita panggil semua 'sayang'. So masing-masing tak ada yang ambik hati.. tak ada yang nak 'membahankan' Ibu yang dah tersilap panggil nama ni.


P/s;
Tapi nanti kut Cik Asben dah balik.. camana pulak ye?

Monday, December 7, 2015

MENGGIGIL dah ni..

Tajuk cerita ari ni.. MENGGIGIL.. dapat bahan dari berbalas komen dengan Wak kat rumah sebelah. Tapi cerita Ibu lain sikit la.. Nak tau.. kena baca la.

Ari ni patut nyer Ibu puasa.. dah niat and dah sahur pun.. ari Isnin kan. But no can do. Pagi-pagi dah dapat cerita dari sorang bibik ni.. kisah nyer.. minah yang tolong Ibu kat kedai ni main duit. Tak cukup dengan tu.. lauk.. kuih-muih selalu sangat dia cilok bawak balik rumah.

Btw..
Please bear with me. Kali ni ayat mungkin sedikit 'manis' sebab I just can't find better words to express my disappointment.

Sebenarnya dah lama kami dok syak something very wrong kat kedai tu. Nasik.. tong bertambah.. lauk habis.. kuih habis.. but on certain days.. duit kurang dari jualan biasa. Tapi kami redha.. adat la.. bukan rezeki kami. Itu laa ayat 'pemanis' hati.

Fyi..
Bukan kurang setakat RM30-40.. main ratus jer ni.

Only this morning.. sorang bibik di dapor (dia kena ganti 'bibik' tu ari ni) bukak mulut. Kisah nyer ada housemate bibik tuttttt tu.. ternampak duit dalam stokin. Terus ditanyakan.. tuttttt (let just call her tuttttt ya). 'Kenapa dalam stokin kamu ada uwang?

Terus muka tuttttt berubah.. end of story.

Tapi sebelum ni banyak kali sudah other housemates mengadu ke my Omak.. jumpa lauk-pauk (bukan sikit okey).. jumpa kuih-muih.. dalam fridge si tutttttt. Again. we can't do anything.. tak nampak kat mata kan.

Cuma bila cerita pasal duit dalam stokin ni timbul.. me terus menggigil satu badan. Bukan sebab marah.. tapi sebab frust. Semua yang diberi amanah pegang duit.. semua buat peil. Yang buat-buat duit jatuh then pijak duit then masuk poket la.. yang tolak duit dari atas meja then somebody sambut kat bawah dengan beg la.. dengan cerita hulur RM50 tapi bagi duit tukar RM40 or RM30 la. Semua gelap mata dek duit. Tak takut makan duit haram ke?

Cuma kami tak dapat nak kata apa sebab.. tak ada bukti kan. Nak tuduh.. salah tuduh.. fitnah pulak. Tapi rasa memang tak berbaloi la bila kami ni kena bangun jam 3.00 pagi then ada pulak Hamba Allah suka-suki-suko buat macam tu. Terus badan jadi longlai.. Me yang mula nyer puasa.. terus kena pi carik air manis. Dahi.. tangan dan berpeluh babe.. boleh tumbang nanti.

Thus pasal si tuttttt ni pakai stokin sebenarnya dah lama kami perasan. Tapi Ibu ni.. jenis tak ada nak berburuk sangka cuma fikir mungkin si tuttt ni takmo kaki dia hitam dek kena matahari. Sedangkan Ibu yang baru 2 bulan ni kaki dah berbelang.. apatah lagi si tuttttt..

Ada jugak bibik yang lain pernah bertanya ke si tutttt.. 'kok kamu kuriman?' KURIMAN tu macam orang ada wayar short sikit la. Kira macam orang tengah dok dalam panas tapi orang tu dia siap pakai baju tebal-tebal. Tapi si tuttttt jawab.. 'aku demam'. End of story.

Tapi hari ni.. kecoh la sudah satu rumah. Rupa nyer bukan setakat dengan Ibu jer.. masa dengan bibik lain pun si tuttt dah buat peil. Siap disuruh pi tapau air di kedai Auntie Mary (agak nyer time tu la dia nak projek). Masya'Allah.. mulut nihhhhh..

Sekarang ni.. nothing much can be don't.  As I said.. nak tuduh.. tak ada bukti. Cuma kata my Omak.. she has come out with a plan. Kut dulu dengan si dia tu.. si dia ni.. Omak boleh settle.. hopefully.. Omak can do the same with si tuttttt..

Mungkin ada yang kata.. buang kerja jer.. carik orang lain. But knowing my Omak.. dia takkan bagi peluang ke anybody yang buat pedajal dengan rezeki dia. Some how or rather.. sikit pengajaran kena bagi jugak. So at least bagi orang tu sedar.. thus peniaga Melayu (kawasan tu) macam kami ni takkan terkena dengan orang-orang macam ni.

Okey.. habis dah mengadu kat sini.

Kut ada perkembangan nanti.. Ibu share kat sini.

P/s;
Kut sesiapa ada idea camana nak handle si tuttt ni.. tafadhali..


Sunday, December 6, 2015

Owhhhhh Sayang..

Its Sunday..
So bawak anak-anak pi jenjalan. Cuci mata.. cuci poket and etc. Cuma kali ni our 'terjah plan' sedikit fruitful.


Cerita kami..
Si Haazem dinasihatkan pi beli kamus Bahasa Malaysia. So tempat dituju dah tentulah kedai buku. Kebetulan pulak MPH tengah buat promosi. Lebih manis.. ada pulak carnival sale. So.. dari anak-anak sampailah ke Ibu nyer pun semua terjebak.

Kita beli la apa yang patut kan kan.


Then.. for those yang spend more than RM30.00 dapat pulak free cotton candy or pop-corn. Pilih la mana suka. Memang wajib la membeli kalau dah macam tu. And sebenarnya if I may say.. RM30.00 worth of books buying.. memang senang sangat nak bagi cukup haul.

Yang si Ibu ni.. sebenarnya ada satu penyakit. Beli pensssss saja boleh rabak poket. Its actually very lethal kalau dibiarkan Ibu yang sorang ni dok lelama dalam kedai buku. Segala yang kaler-kaler tu.. bahaya babe..


Besides food kiosk.. ada jugak slot-in dengan magic show.. story telling and photo-booth with the clown. But unfortunately we're unable to stay longer.. got to rush balik ke KL.. esok nak beniaga babe.

Nevertheless.. 30 minutes worth of melepak di MPH was.. sangat berbaloi.

P/s;
And Ibu balik dengan poket rabak and muka anak-anak yang sengeh sampai ke telinga.

Khalass..