Tuesday, October 25, 2016

Bubur asyoora.. rasa seindah nama..

Assalamualaikum..

Bubur asyoora.. sedap dimakan tapi nak membuat nyer.. subhanallah punya la renyah. Macam nak buat dodol (panganan bak kato org N9). Tapi bila ada 'the calling' from kenkawan yang berkenaan.. an experience not to be missed if I may say.

Hampir 10 tahun merantau.. banyak perkara yang kami dah tak buat.. banyak hal yang kami miss nak join. So.. peluang ni bagai pucuk dicita.. bubur asyoora yang dapat.

Ramuan.. cara membuat.. jangan tanya yek. Kami sekadar tukang buat sibuk. Tumpang buat kecoh..




Anak-anak kena kerahan tenaga.. biar kenal dan 'hands on'.. susah nak dapat peluang macam ni dah.

Bahan bukti.. is a must

Seikhlasnya.. selalu jer mak mertua berkirim bubur ni tapi me.. tak pernah pun really appreciate the bubur. Entah la.. rasa macammmmm.. ntah..

Tapi bila dah kita sendiri yang main api.. telan asap.. berpanas.. berbahang and all.. baru ko tau nasib badan. Thus.. end result was really satisfying. Sodap babe.

Mungkin sebab ramai yang jadi Chef D'mission hatta terkurang.. terlebih.. semua atas budi bicara suara ramai.

Atas prinsip gotong royong.. hasil dari berkampung dari jam 9.00 pagi hingga ke maghrib diagih-agihkan kepada semua yang datang. Thus ada extra-extra lagi. And kami yang balik dengan 'berbekas-bekas' bubur asyoora tu.. ambik keputusan untuk berkongsi 'nikmat' dengan jiran-jiran di kawasan perumahan yang terdekat.

Tabarak Allahu fikum.. terima kasih atas jemputan serta pengalaman. Ada rezeki tahun hadapan kami repeat lagi..

Daa..

Wednesday, October 19, 2016

Sotong bakar cicah air asam.. penawar orang sakit..

Assalamualaikum..
Hi all..

Musim orang tak berapa sihat agak nye. Sana sini dengar orang batuk la.. cerita pi klinik la.. selsema la. Me.. pun tak terkecuali. Sekali datang.. combo pack ya'ni batuk.. demam and selsema. Cuma kali ni memang kita tumbang. Sehari jugak kita tak jenguk warong tu ari. Dah jadi macam tu.. Cik Asben ambik alih jadi cashier.

Cuma yang tak best tu.. balik jer dia dari warong.. ada la huk hek.. huk hek cerita ceriti yang kita dengar. Yang itu nak mintak naik gaji (walhal cuma tolong bungkus nasi lemak je - 4 jam). Yang lagi sorang tu sempat ngelat pi merayap kat pasar.. tapi kita nak peringat la ke Cik Kak tu.. la ni banyak operasi pemutihan. Kut takmo banyak dakwa dakwi dengan yang 'berkhidmat'.. jangan la banyak buat ragam.

Adat la tu kan.. nama pun manusia..

Anyway.. bila dah 'recovering' ni.. mula la segala macam benda rasa nak makan. And yang baru dapat kita sampaikan hajat.. sotong bakar cicah kuah air asam.

Sotong bakar atas frying pan.. air asam.. resepi nye pulak kita gugel dari segala jenis resepi yang banyak dikongsikan di alam maya ni.




P/s; Jangan disusahkan.. kita buat dia kan kan..
 

Sunday, October 16, 2016

Warong Omak sey..

Assalamualaikum..
Sobahan nurr..

Lama dah tak up entri kat sini..

A short one.. just nak promote serba-sikit yang ada kat warong Omak sey.


Yang masih mencari-cari juadah untuk sarapan pagi ni.. meh la singgah warong Omak sey kat Kepong.

Waktu operasi 7.30-11.30 am.. dari Isnin hingga Ahad. Cuti kalau ada emergency jer.

Next entri.. kita story-mory lagi..