Beautiful Friends

Monday, July 23, 2012

Bersahur dengan burung puyoh goreng.


Kussss... semangat. Mujur Ibu tak tumbang pagi ni. Dugaan nak mengejutkan anak-anak bangun sahur ni bukannya sedikit. Rasanya pengalaman Ibu dengan dengan Amsyar tidak laa sehebat dengan Haazem. Tapi kalau tak diusahakan bersahur, takut menjelang zohor dia pulak yang tak tahan nanti.

Dengan berat 44kg, Allah sahaja yang tahu bagaimana berusahanya Ibu nak membawa Haazem ke meja makan dari tempat tidur. Kalau tahun lepas Ibu masih mampu mendukung Haazem, tahun ni Ibu surrender. Memang mampat betul la mamat sorang ni. Cuma mujur tahun ni Haazem tak perlu makan bersuap. Tho' dengan mata pejam separuh, dia masih mampu makan sendiri.  

Harap-harap jangan laa Haazem buat lagi macam pagi ni. Sampai tak cukup nafas Ibu dibuatnya. But again, adat laa kan, budak-budak. Ibu dulu pun liat nak bangun sahur.. haishhhh...

Sunday, July 22, 2012

Moreh time..


Ello all,

Alhamdulillah, hari ni cukup sudah dua hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Anak-anak Ibu pun selamat berpuasa sampai ke petang. Actually, my most concern is Haazem. Anak bertuah tu banyak drama Tamil. Hari ni tadi pun dah hampir-hampir nak terkucil. Mahu tidaknya, dari pagi dok layan main basikal. Turun naik bukit macam tak rasa apa. At last jam 11.30 pagi dah mula mencungap. Lepas tu mula dok tanya "bila nak bukak posa" selang 10 minit.

Tambah meriah sebab anak-anak my brother semua ada kat sini. Makin meriah la dia orang dok main basikal. Bosan main basikal, main kejar-kejar pulak. Lepas tu main buaian laa. Macam tak ada terfikir yang dia orang tengah puasa. Lepas tu, mula laa mencari "fridge". Isshhhh...

At last petang ni tadi dia orang request nak makan mi kari. So dengan bersemangat Ibu pun turun masuk dapur buat apa yang patut. Tapi at last lepas dengar je bunyi azan, semua dok terjah air bergelas-gelas. Mi kari pun tak berusik.

So, at last mi kari jadi bahan santapan untuk moreh. Tapi as long as dia orang makan, alhamdulillah.

Sambal daun kayu dengan tempoyak.


Sambal daun kayu dengan tempoyak. Berbaloi turun pasar seawal 8.00 pagi semata-mata nak mencari daun-daun yang hendak dimasak untuk iftar petang ni. Itu pun pun Omak yang tolong kejutkan. Kalau tidak mungkin terlajak sampai ke tengah hari. Biasa laa kan bila dah tidur semula selepas solat suboh memang tak ada apa nak fikir lagi dah. Tambah pulak bila dalam bulan puasa. Lain laa kalau hari-hari biasa, kena bangun awal untuk siapkan sarapan pagi.

Lauk ni memang Ibu angkat bendera putih. Dari memilih daun sampai laa ke memasak nye. Tolong-tolong tu boleh laa. Nak sebut nama daun pun fail, ini kan pulak nak memilihnya. Kata Omak bukan semua daun yang boleh dicampur. Ada jugak yang perlu dilebih dan dikurangkan. Macam-macam laa pulak. Tapi dah masaknya sebegitu, kena la ikut law. Lain laa macam Ibu, semua main "short-cut".

Mujur jugak hari ni hari Ahad. Ada pasar tani di tempat Ibu. Di sini kami panggil "Pokan Ahad". So tak perlu laa Ibu masuk semak sebab nak mencari daun-daun yang hendak dimasak. Alhamdulillah, mujur ada. So, sampai jugak laa hajat Ibu. Bertuah punya anak kan. Nak makan, tapi malas nak bikin. But again, waktu ni laa Ibu nak mengada-ngada dengan Omak. Bukan selalu. Sekali dalam setahun sahaja.

Pokan Ahad


Jom sahur..

Gulai telur dengan pucuk ubi.. favorite Ibu ni.

Alhamdulillah,

Lagi air tangan Omak. Sahur pagi ni memang cukup meriah, kalau ada Cik Asben pagi ni maka complete sudah keluarga Haji Abdul Rahman. Meriah mendengar anak-anak dan anak-anak saudara kelam-kabut dengan mata separuh terbuka minta itu dan minta ini. Perut yang tak berapa lapar, jadi berselera bila makan berebut sini sana. Namun.. insya'Allah 3 hari sebelum Eidul Fitri, Ibu dapat berpuasa dan bersahur bersama suami tercinta pula.

Itu laa indahnya bila berpuasa dan bersahur di kelilingi anggota keluarga. Jika semasa di Kuwait, hanya kami sekeluarga 4 beranak. Arif dah sure tak bangun tidur sebab terlalu awal pula. Cuma kalau ingin sedikit meriah, Ibu akan menjemput rakan-rakan berbuka puasa di rumah. Itu pun cuma sekali sekala kerana masing-masing ada tuntutan peribadi yang perlu dipenuhi dahulu.

Since Ibu akan berada di Tanah Malaya hingga hujung Ogos, bermakna sebulan jugak laa Ibu dan anak-anak berpuasa di Tanah Malaya.. especially Negeri Sembilan. Waktu ini laa Ibu nak "mencukupkan" wishlist makan-makan. Harap-harap by then semuanya akan terlaksana.


Saturday, July 21, 2012

Jom moreh.. Olio seafood.


Hi again,

Ini hasil air tangan Ibu pulak. Biasa laa bila enjin dah mula nak panas. Jamuan untuk moreh, makan-makan selepas balik dari solat terawih. Unfortunately, tiada moreh disediakan di masjid kami tahun ini. So moreh di rumah sahajalah. Masjid di tempat Ibu hanya bersembahyang 8 + 3 rakaat. Hanya Bujang Sulong yang ikut sama dan sebab tu jugak dia nak ikut. Macam last year masjid yang sama buat penuh, at last sampai rumah dah almost jam 10.45 malam. At last Amsyar mintak izin nak buat terawih di rumah sahaja, tak larat katanya. Haazem pulak tarik diri sebab dugaan nak main dengan sepupu-sepapat yang ramai di rumah. Memang "liat banyak" laa mamat sorang tu, even kalau terawih di rumah dengan Cik Asben pun.. macam-macam alasan nye. Arif pulak ikut solat "ikut angin".. biasa laa, baru 4 tahun. Tapi pada Ibu, as long as dia ada "semangat" dan "kemahuan" nak ikut sama, alhamdulillah.

Memandangkan ada permintaan untuk resepi Olio Seafood ni, so.. apa lagi... dah ada di bawah tu..

Bahan-bahan;
Sekotak spageti
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Udang, sotong dan jejari ketam
Saleri
Lada benggala hijau
Bunga kobis
Lada sulah
Daun selasih (emping daun selasih)
Minyak zaiton

Cara-caranya;
1- Rebus spageti hingga lembut. Setelah itu angkat spageti, dibilas dengan air sejuk, toskan dan gaul bersama minyak zaiton. Ketepikan.
2- Panaskan sedikit minyak zaiton, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3- Kemudian, gorengkan udang, sotong dan jejari ketam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut cara masing-masing.
4- Apabila bahan-bahan tadi telah masak, masukkan sayur-sayuran seperti lada benggala hijau, bunga kobis dan saleri yang jugak telah dicuci dan dipotong mengikut kesukaan masing-masing.
5- Setelah sayur-sayuran itu separa lembut, masukkan semula spageti tadi dan digaul bersama hingga sebati.
6- Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah serta emping daun selasih.
7- Setel..

Nota kaki;
Ibu tidak menggunakan lada benggala merah dan kuning kerana rasanya yang sedikit masam.
Jika suka, bolehlah ditaburkan serbuk lada hitam ketika dihidangkan.

Rendang ayam daun puding, iftar pertama.


Assalamualaikum all,

Kalau orang N.9 sure tak perlu diperkenalkan lagi dengan lauk ni.
Rendang ayam dengan daun puding.
Tapi ini Omak yang masak.
Ibu "tolong tengok" saja.
Sampai jugak hajat Ibu nak makan lauk ni.
Tak payah laa lagi nak menunggu hingga ke hari raya.
Cuma kurang sedikit rendang kali ini tak dapat guna ayam kampung, kalau tidak lagi "kaw".
Itu pun dah lebih dari syukur.
Burppp.. alhamdulillah.

 



Omak shopping ghayo..


"Long, moh kito poei Bahau kojap". That was a simple sign from my mom to me this morning just right after solat subuh. Me, seumur hidup baru 3 kali pi Bahau. Reason, dah tak ada apa nak beli pun so dok rumah diam-diam aje laa. But today baru laa Ibu tahu kenapa most of the people in my kampung suka pi shopping sana compare to Seremban and Kuala Pilah. Barang-barang kat sana murah. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Seremban and Kuala Pilah.

But Omak bukan laa shopping baju raya or anything yang sewaktu dengannya. Tapi beli barang-barang kelengkapan for our new bathroom and toilet. Kami ni "keluarga kecik" saja, tapi family, sepupu sepapat and yang lain-lain tu, punya laa meriah.

Tiap kali raya, toilet problem. So, this year since that Omak ada rezeki lebih sikit.. so tambah laa "kemudahan asas" di rumah ni. Harapnya there won't be anymore problem during raya or any kenduri-kendara di rumah ni lagi nanti.

Anyway, for those readers yang from Negeri Sembilan kalau nak beli borong barang-barang kelengkapan rumah, ingin Ibu rekomenkan di sini.. silalah cuba-cuba pulak survey harga dan barang di Bahau. Kalau boleh jimat sehingga 2-3 ratus, apa salahnya kan kan kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...