Beautiful Friends

Thursday, March 13, 2014

Nasi goreng kerabu.. with recipe..

Assalamualaikum all,

Angkara intai-intai rumah kawan.. tiba-tiba jadi rajin la pulak.. tiba-tiba rasa bersemangat. Kebetulan malam tadi Bobby nak hantar sayur, terus mintak dia add kacang panjang dalam list sayur Ibu untuk minggu ni. Sebabnya.. sebab ni laa..
 

Mana aci buat nasi goreng kerabu kalau tak ada kacang panjang. Serai and bunga kantan memang dah ada dalam fridge.

Sebenarnya seumur hidup.. memang tak pernah lagi Ibu try buat nasi goreng kerabu ni. Pernah makan tapi.. entahlah.. macam tak "berapa" la sangat.

Anyway.. kut ada yang rasa nak try buat.. hari ni Ibu rajin nak karang resepi..

Bahan-bahan;
Nasi sejuk
Bunga kantan
Serai
Kacang panjang
(ini paling basic la)

Bahan penumis;
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api
- ikut law kena tumbuk.. tapi Ibu blend kering jer semua

Cara-caranya;
- Tumis segala bahan penumis hingga naik bau.
- Then masukkan bunga kantan, serai dan kacang panjang yang telah dipotong/dihiris/dimayang (ikut suka la)
- Lepas tu masukkan nasi yang telah dideraikan. Maklum saja nasi sejuk sure berketulkan.
- Gaul serata and last but not least perisakan dengan garam.

Khalass..

Nota;
Even though to his dismay (Cik Asben "kureng" sikit sebab banyak ulam).. hasilnya tinggal ni jer..


Wednesday, March 12, 2014

Siapa yang bodoh?


So pathetic..

Maaf.. its so against my policy to call people names. Bukan nak budget suci tapi memang Ibu tak suka buat macam tu. But today.. Ibu terpaksa langgar pantang. Memang marah sangat ni.

Sejak dari semalam dah ramai yang post video ni. Ignore.. that's the best thing to do. Tapi entah macam mana pulak Ibu boleh tekan button "view" pagi ni. Apa lagi..
 
At this very moment, Malaysia sedang diperhatikan dunia. Tentu saja berkait dengan kisah kehilangan pesawat MH370. Tidak cukup dengan pelbagai spekulasi.. kini timbul pulak kisah Raja Bomoh.

Sakit hati.. malu.. terkedu.. pelik.. indescribable.. seriously.. there is one better word can describe my feeling at this very moment. Kut dengan anak-anak Ibu.. their favorite word shall be "its very annoying". But still this Raja Bomoh.. issshhhh.. tak terkata sungguh..

Memperbodohkan or sendiri bodoh??

Malaysia sebuah negara Islam.. dan inikah yang ingin kita pertontonkan kepada masyarakat dunia.

Allahumma ameenn.. yakni.. please Allah. Semoga cepat terungkai segala kekusutan.. terjawab segala persoalan..

 

Happy birthday love..

Assalamualaikum all..
From this..


To this..

Memang susah nak dapat gambar Amsyar ni. Yang latest pun cuma ni saja.. jangan gossip ya..

Happy birthday love.. 14th today..

Tuesday, March 11, 2014

Menumpang rezekinya orang..

Assalamualaikum all..

Musim memancing datang lagi. Port Az-Zour mula jadi sasaran. Kalau sebelum ni masing-masing prefer ke laut dalam.. sekarang ni.. di jeti Shuwaih.. Souk Sharq.. as long ada pantai.. ada saja kaki pancing yang kelihatan.

Kedai alatan pancing juga mula jadi sasaran. And me.. jugak tak ketinggalan. Bukan apa sangat pun.. jadi tukang sibuk saja..


Entahlah.. mungkin sebab dah Ibu ni jenis lasak.. okey jer.. setakat busuk hanyir ikan.. apa sangatlah kan..

Meh Ibu nak share gambar hasil tangkapan kawan. Pari 2 ekor. Kenyang sekampung Mangaf melayan pari minggu ni. Kami di Hawally pun sama menumpang sekali.

Bahan bukti

 Hasil air tangan Ibu

Memang berbaloi..

Monday, March 10, 2014

Kun fa ya kun..

Assalamualaikum all..

 "Kun fayakūn" has its reference in the Quran cited as a Symbol / Sign of God's Mystical Creative Power

Bukankah apabila Allah mengkehendaki maka segala sesuatunya akan terwujud. Seperti apabila Allah berkata kun (terjadilah) fayakun (maka terjadilah)?

Yet, masih ada some morons yang sepertinya tak mahu memahami keadaan.. susah.. sedih.. tak tahu la macam mana lagi explain.

Sabtu lepas, dunia dikejutkan dengan berita gempar mengenai nahas/kehilangan pesawat MH370 (just couldn't find the exact word). Ketika itu kami baru sahaja hendak mula bersarapan sementara menunggu pejabat dibuka. Ada urusan dengan permohonan Visa kami.

Thus, si kawan mencadangkan kami bersarapan dahulu di "pasar ikan". Again.. pasar ikan??

Well.... punyalah nak cepat sampaikan makan pagi pun tak sempat. Well, tho anak semua lelaki tapi ketika bersiap persis anak dara. Especially the Sulong. Masya'Allah..

Anyway.. hasilnya..


Itulah.. jangan cepat sangat speculate things. It turn out to be very nice.

Selama dok sini.. inilah kali pertama kami dapat rasa roti canai yang rasa macam yang di Tanah Malaya. The rest.. harap maklum.

Okey.. sambil makan sambil mulut sibuk bercerita. While anak-anak sibuk sembang pasal hal dunia dia orang.. yang mak bapak pulak cerita pasal isu MH370. Me.. terus teringat kat kawan yang sorang ni. Selama ni pun ingat jugak. Selalu jer dia singgah ziarah Ibu kat sini. Siapa lagi kalau bukan adik manis yang sorang ni.

Tangan kanan sibuk menyuap roti canai.. jari kiri sibuk ber-wassup dengan jiran sebelah rumah.

Anyway.. its very unfair to speculate things. Teruskan berdoa. Mana tahu.. ada di antara kita ada yang makbul doanya.

Allahumma ameennnn..

Have a nice day.. or shall I say.. Manic Monday friends..

Sunday, March 9, 2014

What is wrong with us?

Assalamualaikum all..


Memang betul ada yang nak kena makan penampar ni.

Instead of kita sama-sama berdoa untuk keselamatan those yang terlibat dalam nahas MH370.. masih ada yang mengambil sikap cakap lepas tanpa menggunakan akal yang waras. Tak cukup dengan sikap self-centered.. isu politik pun tak lepas jadi bahan.

Seperti janji Allah..


And siapalah kita hendak mempertikaikan ayat tersebut. In short, jangan putus harap.. and at this very moment.. tiada siapa yang boleh mempertikai kuasa DOA.

Hope for the best.. God bless..

Saturday, March 8, 2014

Cuci mata.. cuci poket..

Assalamualaikum all..

As usual, hari Jumaat.. kelas karate. Lepas jam 6.00 petang mulalah anak-anak dengan soalan wajib..
"Lepas ni kita nak pi mana?".
Jawapan.. "Jom kita pi Souk Mubarakiyah".
Respon.. "Boleh laa..".

Unfortunately.. jalan punya la jem tapi disebabkan nak melayan tekak Si Cinonet ni.. walaupun parking "luar-biasa jauh" dari biasa.. kami dayakan jugak. Sebab nak melayan..



Dengan keadaan ribs yang dah licin macam tu.. memang berbaloi..

Then Ibu pun menempel la sekali. Reason : insya'Allah kami nak jalan jauh tak lama lagi.. semoga Allah perkenankan doa kami sekeluarga.

Hasil dari ronda-ronda celah-celah kedai..




Faham-faham sendiri je la ya..

Tapi yang paling best tu.. boleh pulak "kaum bapa" sedondon.. macam berjanji la pulak.


Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...