Beautiful Friends

Monday, November 17, 2014

Cerita orang perempuan..

Tak tau la macam mana dengan orang lain.. tapi Ibu bukanlah jenis yang mengumpul pinggan mangkuk. When I say "mengumpul".. ya'ni suka sangatttttt beli.. pakai tak pakai.. itu terpulang la.

Beli bila perlu..
Kut berkenan sangat pun.. selalunya Ibu akan jamu mata saja. Nak beli.. ermmm.. urmmmm.. fikir banyak kali jugak. Especially bila dok merantau ni.

Sebab
1- Mana nak simpan..
2- Nanti kut dah pencen.. satu hal la pulak nak ngangkut balik..

Dah jadi macam tu.. faham-faham je la kan..


Nak jadi kisah..
Ni bekas "warmer" nasik Ibu. Beli sejak zaman Arif baru pandai nak berjalan lagi. Cuma tahun lepas akibat sedikit kecuaian.. bekas ni dah bertanduk la pulak. Kena panas masa kami ber-bbq kat pantai.

Frust..
Definitely I am. Tapi benda dah jadi.. bukan tak boleh guna pun. Ignore je la tempat yang dah bertanduk tu. Maksud untuk "guna pakai" tak terjejas pun.

Then last 2 weeks Cik Asben kata dia ada nampak bekas yang sama kat Co-op Sharmiya. Aduhaiiii.. hati sudah berbunga-bunga.. tapi cuma malam tadi kami ada kesempatan pi repeat tempat tu.

Well.. yang tinggal cuma kaler hijau je la pulak. Yang coklat dah habis lama dah. Fikir punya fikir..


Me.. sebenarnya..
Biar la tak beli langsung dari beli benda yang tak berkenan. After all yang lama pun bukan rosak pun.

Kedekut.. ntah la..


Sunday, November 16, 2014

Bent OR Broken??

Kita bukan ahli fikir..
Tapi in simple layman words..

Bent..
Contohnya perempuan solat tapi tak guna telekung. As long as menutup aurat dan pakaian yang dipakai itu boleh diguna ketika solat.. ie.. bersih.. menutup aurat dah tidak ketat ya'ni tidak mengikut bentuk badan.

Broken..
As simple as.. contoh banyak.. pilih saja mana yang berkenan untuk adapt to the situation.

Islam itu mudah.. Islam itu indah..
Dah macam tu pandai-pandai la bawak diri.. jangan la disebabkan takut dipulaukan kita jadi pak turut.. jadi tukang ikut.. yang tak boleh tu.. tetap la tak boleh.

Jaga akaun masing-masing..
Statement yang sangat poyo tapi kalau itu lebih baik..



Friday, November 14, 2014

Tak cuba.. tak tahu..

Asyik-asyik hujung tahun.. kita sure dok fikir azam tahun tu yang mungkin tak sempat dah dikhatamkan. Then later.. tahun baru.. kita sibuk pulak nak berkira-kira dengan azam baru..

So..
Apa kata kali ni kita try something else. Daripada buat AZAM baru.. why not kita cuba pulak benda ni. Akhir tahun.. kita buat audit.. rasanya.. lagi best.. lagi senang hati..

No doubt kita kena ada disiplin.. tapi.. cuba laa.. and see how the result end..

 

Thursday, November 13, 2014

Girls just wanna have fun..

Duhai hati..
Dibiarkan semakin menjadi-jadi
Dibiarkan semakin galak
Dibiarkan semakin menayang-nayang
Dibiarkan semakin berlebih-lebih

Pada hati.. mata dan telinga.. lalu ku pujuk..

Bertabahlah..


عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ – رواه مسلم

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : ”Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim

Wednesday, November 12, 2014

Too busy meh??



Kut tak terang.. meh.. Ibu re-post kat bawah ni..

Dr Shukri Abdullah

22 December 2013 · Edited ·

Mak Ayah yang ada anak kecil dan anak bersekolah ... dengar baik-baik. DENGAR !

Baby kamu tu jadi baby sekali saja.
Anak kecil kamu tu membesar sekali saja.
Anak kamu juga bersekolah sekali saja.

Fikir betul2.

Usah rosakkan masa depan mereka kerana kamu adalah mak ayah yang pemalas.

Mak ayah yang nak kerja senang bagi kat anak kecil tablet agar mereka tak merengek ganggu kamu. Lebih2 lagi terikut dgn iklan terbaru nak beli Galaxy Tab Kids. Jangan !

Mak ayah yang malas masak makanan berkhasiat asyik bagi kat nak fast food yang tak berkhasiat ... iiich langsung tak kesihan anak.

Mak ayah yang nak senang tak pernah buat breakfast kat anak sebelum sekolah kononnya "anak saya tak nak breakfast" ... karut !

Mak ayah nak senang serah semua urusan kat bibik ... waduuuuh very irresponsible parents.

Mak ayah yang besarkan anak tanpa ajar dan ajak solat serta baca Qur'an.

Dengar sini .... itu bukan kerja ustaz/ustazah ... itu tugas dan tanggungjawab kamu ... Mak dan lebih2 lagi AYAH.


Buat anak suka sangat.
Jaga anak, didik anak malas sangat !
Berleterkah Dr.Shukri tu ?

Presumptuous ??
I don't think so.. tapi kut terasa.. something must be wrong with "who ever lah"..

Sebab..
Semua ni betul..

Gadget
- To me.. boleh je kalau sanggup monitor time hours spend.. takut nanti dek nak senang.. anak-anak layan diri.. kita jadi ralit.. buku ntah ke mana.. revision ntah ke mana.. then last minute nak tidur baru perasan semua tak siap..

(been there.. done that)

Makanan berkhasiat
- Dek kesibukan mak and ayah.. at last.. "kita call delivery jer la". Walhal.. kita sendiri tau yang makanan berkhasiat jugak menyumpang kepada minda dan otak yang cerdas.. cepat je kita pi setuju.. tapi..

Sarapan pagi
- Memang ada yang pandang remeh.. tapi sebenarnya walau sedikit.. penting babe. Ada tak dengar kes anak-anak jatuh pengsan or pucat muka.. pucat tangan while berdiri time assembly (kebiasaannya la). So.. walau setakat milo cicah ngan biskut kering.. please.. please la..

Bibik??
- Bibik bukan orang yang melahirkan anak-anak kita. Mana yang dapat bibik "baik".. alhamdulillah.. mana yang kurang nasib baik.. rezeki masing-masing la kan..

Ilmu akhirat
- Yang ini Ibu pun surrender. Tu sebab Ibu mintak tolong Ustaz Ikhwan ajar anak-anak Ibu mengaji.. ajar Bahasa Arab. Tapi itu bukan alasan untuk lepas tangan.. sesekali.. kena turun padang jugak kenkawan.

Ibu cerita ni base on personal experience.. kita buat.. kita cerita.. kita sendiri yang "feel"..


Abis dah..

Tuesday, November 11, 2014

As simple as.. UN-*#$@*^%$

Edisi membebel ni..
So mana-mana tahap umur anak-anak yang tak suka mak-mak membebel.. elok la bawak diri ya..

Ibu ni orang tua..
Or shall I say.. orang tua yang stail orang kampung.. bukan orang kampung tahun 2014 tapi memang the veryyyyyyy kampung one.

Some say I don't play well with others..
Ye kut..

Dah macam tu.. peil gedik-gedik ni.. kurang berkenan la sikit hamba.. pesen baju seksi-meksi ni.. terus mata ni kata "no". Big NO !!!

Kut dah ber-friend tu.. kita unsubscribed je la sebab LESS IS MORE..

Kurang kita tahu.. kurang kita tengok.. kurang sakit hati.. kurang kita bersangka buruk.. kurang segala la apa yang patut.

Nak tegur masing-masing ada laki.. ada mak bapak.. kita sendiri pun ada jugak sedara-mara yang masih dalam "kategori" tu.. dari menegur yang lain mak bapak ni.. elok la tegur yang sedarah sedaging dulu. Kita tahu atas bawah macam mana rentak lagu yang nak diayun.. tau pulak ayat nak nak diguna..

Setengah orang ari ni maybe bila tengok personaliti..
Berkredibiliti tinggi. Jiwa kental kunun.. tapi bila ditegur sikit dah meraung.. dah meroyan.. sentap..

Pada yang ditegur terus jadi sentap..
Pada yang menegur pulak terus jadi punching bag.. segala cerita kasta zaman dinosor pun terkeluarlah. Kut cukup kredit.. cerita zaman pakai lampin bayi pun sama terbarai.

Mana pi jiwa kental?
Mana pi jati diri?
Bila ditegur sikit terus merundum.. terus ambik ati.

Kita menegur sebab kita sayang.. 
Sebab kita masih ambik tahu..
Sebab kita masih ada agama..

Tapi kut la dah kata..
LANTAK KO LA..
Apa maksudnya tu??
Sila sambung dalam hati je la ya..

Ibu pun tak lari dari salah silap.. as I said.. albeit Ibu ni skima Robocop. Takda soul.. takda jiwa.. tak ada perasaan.. tapi kut tepat kena ke diri sendiri.. masih jugak kena terima..

Bersyukurlah kalau masih ada yang sudi menegur.. atau melihat. Sebab bila orang dah menyampah.. orang dah muak.. solution.. suka ati ko la..

Kepada semua suku sakat yang membaca bebelan Ibu ni.. and kalau ada yang terasa.. in advance Ibu mintak maaf.. panjang umur raya tahun depan kita gegar tangan ikhlas depan-depan..

Seikhlasnya.. bila dah masuk tahap umur senja ni.. barulah Ibu nak sedar diri sikit dengan "cerita" mak bapak kita dulu. Barulah nak faham kenapa dulu dia orang pun membebel macam ni jugak.. sebabnya.. itu tanda dia orang SAYANG..


Takda kena mengena pun.. saja suka..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...