Beautiful Friends

Wednesday, February 25, 2015

Sema ceremony whirling dancing - Istanbul.



Note :
Video yang atas tu cuma boleh bukak via Youtube.

Assalamualaikum all,

Kita fast-forward la kali ni ya..
Cerita our last night in Istanbul.

Kisahnya.. 
Been wanting to watch it since Ibu first planned for this trip. Not too much for Cik Asben's liking actually tapi.. nak buat cmana.. bini dia dah suka. Dah bini dia memang jenis yang suka tengok batu-bata.. anything with historical value.. anything yang ada cap mohor UNESCO.. culture.. +- benda-benda macam tu la..

Sema ceremony whirling dancing.
Pada yang suka.. suka la.. yang tak suka.. its okey.. doesn't bother me at all. Masa kami pi tengok show ni.. kami pi berdua je. Memang saja tak bawak anak-anak sebab takut dia orang boring je nanti plus any kids below 7 years old tak dibenarkan masuk ke dewan persembahan.

Anyway cerita pasal sema ceremony ni..
Antara salah satu tarikan Turki.. dah 800 tahun tradisi ni dijaga. Albeit Ibu paste apa-apa video pun kat entry kali ni.. tetap tak sama dengan yang Ibu dah sendiri tengok.

Info pasal Sema dancing ni.
Tanya je ke Tok Wi.. macam-macam boleh baca.

Anyway kami pi tengok show ni kat HodjaPasha Dance Theater. Actually HodjaPasha ni asalnya sebuah 'Turkish Bath'. Ia dibina oleh Hodja Sinan Pasha 550 tahun dahulu. Beliau pada asalnya hanya seorang guru and akhirnya dilantik menjadi wazir kepada Sultan Mehmet.

Dewan ni mulanya double bath untuk lelaki dan perempuan. Hingga 1988, dewan ini masih berfungsi sebagai sebuah 'Turkish Bath'. Sangat luas and I quote:

"It is comparatively a big bath with high dome, made of cut stone and also comer walls are designed like peacock tail."

(baca kat pamphlet jer ni)

To experiencing it.. it was totally mesmerizing. Dari syair.. the dancing.. totally difference dari semua video yang Ibu tengok. Satu jam rasa macam sekejap sangat. Segala yang Ibu dok belek. Dari costume.. dari alat musik.. segala nyer la.

Cuma so unfortunate..
Awal-awal lagi dia orang dah pesan.. no video or photographing is allowed. So dari kena tembak dengan 'laser beam' (ada yang kena tegur malam tu).. baik dok dendiam and enjoy the show.

And Cik Asben yang walaupun jenis tak berapa suka benda-benda macam ni.. dia layan la jugak. And rasanya.. niat 'menemankan bini' tu.. sikit banyak.. berbaloi jugak.

Not to mention dengan meredah salji.. sesat jalan.. tanya orang itu ini. All worth it..

And malam tu.. ada orang balik ke apartment dengan senyum meleret sampai ke telinga. And tho' terpaksa meredah ribut salji masa balik tu.. senyum jugak walaupun dah lencun, tangan kebas dek terlampau sejuk.. rasa nak terkucil.. macam-macam rasa pun ada.

Okey. Cukup untuk kali ni. Tapi memang rasa rugi sangat sekeping pics pun tak dapat snap malam tu. Tapi macam kata Cik Asben la..rilex la.. 'its all in your head'.

Okey.. until later..
Ilal liqa' friends.

Tuesday, February 24, 2015

Bursa - Sapanca, Turkey..

Assalamualaikum all,

Last day di Bursa.

Kata orang.. orang la yang kata.. 'breakfast is the most important meal of the day'. Kalau kami.. out of 5.. sorang je kut yang 'wajib' sarapan.. hatta walau hanya dengan secawan horlicks tabur ngan nestum. Sapa lagi kalau none other than.. si Manja. Dia kalau perut tak berat.. masalah besar nanti.

And untuk si Polan yang tak boleh makan awal sangat tu.. its okey.. dalam beg Doraemon dah siap bawak stok apa-apa yang patut. 

Tapi bila dah travel ni.. semua kena paksa makan sebab tak tau macam mana keadaan selepas tu.

And pagi tu..
Pak Yusran and family join kami sekali. So at last.. hasilnya..



And akhirnya almost lunch jugak baru kami setel semua. Our ride pun dah sampai.. and perjalanan seterusnya ke Istanbul pulak.

Tapi biasalah kan.. mana sah kalau tak bergambar dulu. Meh.. Ibu belanja sekeping dua bahan bukti.. (4 keping actually)..





On the way turun dari Bursa.. our driver rekomen pi ziarah satu tempat ni. Dekat la jugak dengan apartment kami. Walking distance.. if you have all day.. okey la. Tapi kalau untuk slot-in.. sebaiknya ada ride. Tonggek bontot nak daki bukit babe.

Jom Ibu cerita sambil layan gambar..

Kisahnya..
Pokok ni sangat terkenal di Bursa.
Nama pokok ni Sycamore Tree.
Dah 600 tahun.. dah tua tu babe. Tengok saiz pun dah boleh agak. Cuma since kami datang time winter.. tak ada la cantik mana sangat. But if it in spring.. pokok ni akak redup rendang dengan daun-daun.. plus di bawah tu orang ramai akan dok picnic or layan makan-makan at the nearby restaurant.






Yang best tu..
Kat area ni jugak ada dijual banyak barang-barang art.. and again.. ada yang juling mata.. ada yang tak tahu nak mula kat mana.. faham-faham je la 'siapa' tu..






But..
I always have my list.. masa panjang lagi ni.. takut nanti 'over spend'. Sendiri jugak yang menanggung.


And after an hour.. kami sambung semula perjalanan kami.

I guessed.. mana-mana tour driver pun will have the same trick. Kut tak rajin promote.. sendiri rugi la. And since our driver sangat 'peka'.. dia rekomen kami ke satu kedai 'teh' on our way down from Bursa.

Selling all sort of manisan and teh.. again ada orang tu dah juling mata.. and at the end.. teh delima.. teh epal.. Turkish tea.. semua masuk troli. As well as Turkish delicacies.





And sempat la jugak Ibu ambik gambar Manager of the store. Very cheerful guy.. if I may say.

Then dalam ride.. lagi sekali our driver rekomen satu tempat ni.. Sapanca. Kisahnya kat sini boleh jugak main salji.. boleh jugak nak ski. To those yang takmo pi Uludag.. boleh la ziarah ke sini.

Tapi itu la kan..
Planning is simple.. but in reality.. hanya DIA yang lebih mengetahui. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 2++ hours akhirnya jadi semakin panjang disebabkan cuaca yang kurang baik. And akhirnya kami sampai jugak ke Sapanca. Cuma time tu dah hampir maghrib.. and hujan pulak dah mula turun.

Jom kita cerita pasal makanan pulak. Hope I got all the info right.. kut salah tu.. mintak ampun la ya.. tak habis ngaji tu ari..


Yang macam nasi tu.. actually beras yang separuh masak. So when you chew.. ada la bunyi kruk-krak-kruk-krak..


All the while we're in Turkey.. inilah belacan Turkey yang paling sedap. Ada la rasa pedas sikit-sikit. Sedap dimakan dengan apa cara pun. Dengan roti.. dengan salad.. have it your own way..

Anyway..
Ibu je yang suka-suki panggil belacan. Actual name.. ntah..


Yogurt..
Dia orang ni memang suka sangat dengan yogurt. Might it be yang cair macam susu or yang macam dalam gambar tu. Rasa wise.. errrr...


The soup which Arif having.. is actually my corn soup. Sedap makan dengan roti or just plain soup. Our driver cukup suka hati bila tengok my kids sudi-rela cuba all the Turkish delicacies and food. Tak cuba.. tak tahu kan.

Suka sangat our driver bila Ibu again and again ordered the same soup.. (sejak dari hari baru sampai lagi). Cuma kata dia.. its delicious.. only no protein.. and cheap. Untung la Cik Asben sebab dapat bini pandai berjimat..


Bawang jeruk.. ermmm..


Almost everything in my plate. Leka sangat ambik gambar.. makan pun lupa..


Earlier I asked them.. what is this very nice smell?
Satu restoren bau.. and later they brought me these. A combination of 'fruits' yang produced that particular aroma. Jimat kan.. boleh makan.. healthy.. cantik.. and at the same time acted as penyegar udara.

Lain-lain tu.. biasa saja. Mix-grill.. nasi.. roti kejung.. 

Rugi kut tak menembak..

Kami cuma sempat have our late lunch there. Nak pi ronda-ronda.. tak sempat dah. And alhamdulillah.. sempat la jugak selesaikan hutang 2 waktu.. so since kami tunggu hingga maktu maghrib.. maka by the time sampai Istanbul its already very late.

Rupa-rupanya all the while our driver memang dok perhati peil kami berdua. Dua-dua suka menembak kan. And for that reason la dia rekomen kami singgah ke Sapanca ni. If not for the bad weather.. the result might be as beautiful as these..




Gambar-gambar di atas adalah ehsan Cik Gugel..




But instead.. I only have these..

Tapi apakan daya.. DIA lebih mengetahui.. and setakat itu sahajalah cerita kami untuk hari itu. Later.. bila semua dah selesai solat maghrib.. sambung pulak our travel ke Instanbul.

And jika sampai rezeki.. kita sambung lagi cerita..
Bi'iznillah.. take care friends..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...