Beautiful Friends

Monday, September 18, 2017

Fridge Magnet HRC - Bottle Opener

Happy Tuesday all..

Cuaca suram.. badan pun macam malas yang semacam tapi dayakan jugak buat something yang kita suka at least masa tak terbuang begitu sahaja.

Dah macam tu.. ada masa sikit ni.. kita posing-posing la sikit dengan reta yang tak seberapa. Tapi kalau dah sesak-sesak.. jual sekeping RM100 (mudah-mudahan) ada yang berkenan.


Mengumpol menda alah ni.. hobi yang kira nyer (boleh tahan) ber-duit. Well in my case.. ini join hobby dengan Cik Asben. At least.. ada la tukang support 'kewangan' kut-kut sampai masa memerlukan.

Anyways.. terpulang la pada masing-masing kan.

P/s ; Hobby is very essential to me.. tak ada hobi.. rasa macam kurang sifat jer.

Wednesday, September 13, 2017

Dugaan - vs - Rezeki dari Allah

Dugaan orang berniaga. Tapi sebenarnya.. orang lain ada yang yang hebat dari kita. Tapi nak la jugak berkongsi cerita.

Seriously.. rasa macam dah 'short circuit' pulak hari ni..

Pagi-pagi lagi dah datang sorang 'not so lady' customer.. dia ni memang asyik lewat.. tapi asyik nak cepat. Potong sampai 2 orang punya Q then due to miscommunication (sebab dia dah kelam-kabut sangat) kita pulak been cursed by her. Memang tak pasal-pasal free kena maki.. pagi-pagi pulak tu. Kita ni punya 'jenuh' senyum ikhlas dengan dia.. mintak izin potong Q dengan customer lain (siap bagi tau - van dia dah tunggu) then sia-sia je kena tutttttt.. spoil mood betul la.

Tak lama tu.. datang pulak a 'not so gentleman' mata sepet.. muka macam baru bangun tido (serious punya baru bangun tido) garuk-garuk kepala then at last En. Asben yang layan dia. He asked to makan at the warong. Dah habis makan.. requested to tapau another 9 packets of bihun, mee goreng and nasik lemak with sambal asing.

'saya mau pigi tapau air dulu.. nanti saya datang ambik semua and bayar. After almost 1 hour.. batang hidung pun tak nampak lagi..'

Hurmmmmm..

Selang tak lama lepas tu.. came one person believed to be 'not mentally fit'. Dia ni jenis datang memang mintak makan free (seminggu ada la 5-6 kali). Dah tu pandai pulak demand.. nak lauk ayam la.. fried egg la.. kuih lagi la and everything must be in 2. 1 for him and 1 for the mother. Ayat tipikal.. nanti pencen keluar saya bayar.

Today KANTOI.. albeit 'strongly believed been discharged by the medical board' only today I've learned he has more than sufficient money to pay for his liquor. Makan tak ada duit.. beli menda alah tu.. ada pulak duit.

And the story goes on and on.

So jom la pi ziarah my favorite florist.. I know a bouquet of white and purple baby breath.. red roses and yellow chrysanthemum can at least makes me happy.

P/s ; lotih Maklong weiiii..

Nota kaki : My FORTE.. my COMFORT ZONE.. my FAMILY..


Thursday, August 24, 2017

Sembang warong..

Cust 1 :
ME : Uncle mau nasik ke?
Uncle : Ya.. kasi saya nasik besar campur itu kerang (sila baca : siham - kerang).
ME : I just can't help it but to asyik tengok jam tangan Uncle tu. Its a ROLEX.

- Uncle tu biasanya akan pakai tee cop Carlsberg or any tee yang macam 'dapat free' and naik motor kapcai. Dia kata senang nak datang ke warong sebab pagi-pagi kereta parking berterabur. Tapi.. Rolex tu babe.

Cust 2 :
ME : Macam biasa ke bang?
Abang : Ha'a
ME : Minggu ni tak ada job ke bang?
Abang : Duit aku abis nanti.. aku korek la mana-mana yang patut.

- Abang ni kerja dia pi tanam kabel bawah laut untuk internet.. lebih kurang macam tu la. Rumah dia ada la 3-4 bijik bersepah sana sini. Datang warong selalunya naik motor kapcai.. kereta memang setakat untuk bini jer pakai. Alasan dia.. malas.. jalan jem. He's very firm. Customer yang kurang sopan (sila baca 'kurang ajar') dia pulak yang naik angin. Macam-macam la kan.

Cust 3 :
ME : Dik nak kuih jer ke?
Adik : Ha'a kak.. saya nak semua ye.
ME : Makan dik?
Adik : Saya punya lauk kerang.. sambal asing.. bla bla bla.. dia orang ni punya.. akak tanya la sendiri.

- Adik yang sorang ni kejap datang drive BMW.. kejap bawak Alphard.. kejap bawak Vellfire. Not to mention barang kemas berselirat. ME dalam hati selalu jer doa.. biarlah adik ni selamat sampai ke office dia. Wearing all those jewellery.. kita pulak yang seriau.

Cust 4 :
Adik : Kakkkkkkk..
ME : Ye Aidil.. budget berapa ringgit hari ni?
Adik : Kak.. macam biasa tapi nak RM6.00
ME : So ME akan bungkuskan nasik extra.. telur goreng and sotong ikut budget of the day.
Adik : Okey kak.. esok pulak ye kak.
ME : Okey Dil.

- biasanya si Aidil ni akan mintak lauk yang sama.. nasik lemak extra.. telur goreng and selebihnya sambal sotong. Ada masa ME selit-selit jugak rendang daging sikit-sikit. Cuma kebiasaannya lepas bungkus nasik.. dia akan lepak kat warong dulu. Sembang dengan Cik Asben sampailah jam 11.00 pagi sebab lepas tu nanti dia nak balik rumah.. makan.. tidur.. then jam 3.00 petang dia akan keluar untuk deliver air batu ikut tempat yang dia kena appoint.

Cust 5 :
Adik : Kakkkk.. (sambil hulur tupperware)
ME : So ME akan budget tupperware tu penuh dengan nasik extra.. lauk telur goreng.. sambal asing).
Adik : Berapa kak.. (then dia akan bayar accordingly)

- adik yang sorang ni.. tupperware yang dia bawak biasanya saiz macam-macam. Tapi since ME sorang jer yang faham order dia.. dia akan tunggu sampai ME clear layan customer lain.

Cust 6 :
Makcik : Sham.. (she's the only customer yang panggil ME - SHAM)
ME : Macam biasa ye makcik..
Makcik : Ha'a.. kuah rendang lebih ye. (Sambil tu dia akan share cerita dia and kalau dia dengar ada customer yang banyak songeh.. dia akan tolong counter back).

- makcik ni jarang nak makan nasik.. tiap kali datang dia akan mintak rendang daging RM3.00 and kuih 2 bijik. Rendang daging tu pulak dia makan dengan nasik impit. Seminggu 3-4 kali jugak dia mengulang order yang sama. And biasanya kalau ME ada customer lain.. dia akan tunggu jugak ME to serve her.

Cust  7 :
Baby : Kum Maklong
ME : Wa'alaikumussalam Aisyah.
Baby : Maklong.. Cah nak makan. (Then ME akan bungkus mee goreng plain separuh untuk adik si Aisyah.. Aisyah pulak.. nasik lemak sambal (sikit) kat tepi and ayah si Aisyah karipap 3 bijik). Seminggu paling kurang 3-4 jugak dia ngulang menu yang sama.
 
Aisyah : Nah.. duit (RM4.50 jer semua and biasa nyer Aisyah akan bagi RM5.00)
ME : Ni balance duit Aisyah (50sen) and yang ni (another 50cent) simpan tabung.
Aisyah : Ceh Maklong. Kum.. per laei (Assalamualaikum.. jumpa lagi).

Cust 8 :
Iman : Maklonggggggg.. (sambil jerit dari atas motor lagi)
ME : Ye Iman.
Iman : Iman nak sotong ari ni ye Maklong.
ME : Kan pedas.. nanti Iman sakit perut.
Iman : Alahhhhh.. Ibu boleh tolong basuh (kadang-kadang ada jugak dia kata.. ibu boleh tolong 'kicap').

- ME pun ambiklah sotong sekeping and telur goreng sekeping. Memang macam tu pun kalau handle order si Iman. Sementara ME bungkus nasik lemak si Iman.. dia akan cerita macam-macam la. Syok jugak dengar cerita Iman.

Cukuplah setakat 8 orang customer favorite yang biasa datang ke warong tu. Actually ada lagi.. ada masa kita sambung pulak yang 'the tutttttttt'.


P/s;
Dah puas makan yang macam-macam so petang semalam kita paksa diri pi briskwalk (at least) 10,000 steps. 

Khalass..

Wednesday, August 23, 2017

Are we PROPER enough?

Soalan yang sangat biasa kami dengar..
- takmo bukak kedai makan yang lebih 'proper' ke?

Sebenarnya.. apakah yang dimaksudkan dengan 'proper' di sini?

Restoran?
Cafe?
Atau apa-apa yang sewaktu dan seangkatan dengannya?

Hence..
- pacak meja bawah pokok tu tak 'proper' ke?
- bukak warong atap zink tepi jalan tu tak 'proper' ke?

If that so.. kalau ME berniaga nasik lemak di warong tepi jalan tu.. tak proper ke?

Thus how do you define the word 'proper' here?
Sangat subjektif kan. Hence biarlah diri masing-masing sahaja yang mentafsirkan the word 'proper' mengikut standard masing-masing.

ME..
I'm a very simple person.. much I can say.. I'm a people person too. Dari yang high end (ada la sorang dua kut) hinggalah yang ke taraf kuli-kuli ni. Yet.. berniaga di warong ni.. macam-macam manusia yang ME boleh jumpa.. boleh kenal.

I might not be wearing the best OOTD with the latest accessory.. a simple blouse with pans will do justice.. not to mention.. apron wajib ada la kan. And.. of course.. sedikit minyak wangi to overcome whatsoever odor yang tak menyenangkan (bau sambal as such). Dan jugak BERSIH.. 

I might not be working under the bright white light or the cooling air condition.. ada masa jam 9.00 pagi matahari pun dah cerah mencarak. Semuanya demi kesinambungan hidup. And you know what.. I'm happy with my life.

Kawan-kawan masih sudi bertandang.. and albeit our regulars at the warong usually from (as you may call it) the low end workers.. tapi ada jugak yang dari golongan profesional. Tapi tak perlulah nak dicanang.. nak dikompang. Ada masa.. bila keadaan mengizinkan.. then segala cerita dikongsi bersama.

Hence.. tak 'proper' ke bagi seorang yang konon nyer baru (hampir 2 tahun jugak dah ni) pulang ke Tanah Malaya setelah sekian tahun merantau di negara orang untuk 'santai' dengan hanya memakai jeans dan tee ke mana-mana?

In short.. what I'm trying to share here.. be yourself. Kalau dengan 'whatever you do' itu can give you justice in life.. teruskan. Tak perlu nak berdrama bergaya dengan pakaian yang bukan sepatutnya disarung ke badan kita.. berbelanja yang bukan dalam izin kewangan kita. Hence.. akhirnya kita menjadi hamba atas pilihan diri kita sendiri.

Life is not about just to please other people dude..

P/s;
Hari ni warong tutup sehari so sempatlah mencari makan di luar. Thus without any guilt.. nasik dagang with all the wrong condiments.

Alhamdulillah.. kenyang sudah..

Tuesday, August 22, 2017

Satey ayam Si Iman..

Kebiasaannya Iman akan datang ke warong tapau mihun kosong dengan ayam goreng. Dari malu-malu alang.. at last kami jadi kawan. Kawan yang boleh diajak bersembang.. diajak bergurau. Walaupun Iman masih belum bersekolah tapi Iman petah bercakap.. and setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Iman.. make sence.

Then satu pagi tu.. tiba-tiba si Ida (ibu Iman) datang menghantar buah tangan ke warong. Satey ayam.. cuma kebetulan time tu ramai la pulak kawan-kawan yang menyinggah ke warong so ME cuma sempat merasa 2 cucuk satey ayam.. and the result was.. secukup rasa babe. Kuah kacang.. satey ayam.. I have nothing to contest.

Then malam ni.. ME and Cik Asben usahakan jugak mencari kedai satey 'atok' nyer si Iman. Alhamdulillah.. Cik Waze tidak mengecewakan. Albeit segala lorong tikus terpaksa kami rayau.. less than 15 minutes kami dah terpacak depan kedai Atok nyer si Iman.

Kepalang suka Iman bila nampak muka kami..

Dipendekkan cerita selepas selesai tapau satey.. kami pun mintak diri dengan alasan hero yang bertiga semua tak ikut (musim exam ni). Tapi sebenarnya.. ME rasa macam nak nangis tadi tu.

Manakan tidak.. sementara anak-anak lain selesa di rumah.. mungkin sedang melayan gadget (anak-anak sekarang kan).. mungkin sedang melayan whatever it is yang ada kat Astro tu.. or whatever la.. si Iman hanya dok melayan diri.. sorang-sorang.. sementara menunggu si Atok selesai berniaga dan kebiasaan nyer sehingga jam 12 malam.

Tapi itulah yang terpaksa Iman lalui hampir setiap malam. Dengan ibu dan ayah yang bekerja sehingga jam 10 malam.. begitulah rutin si Iman. Melayan diri..

Entah la.. tak dapat nak diluahkan maksud sebenar segala yang terbuku dalam hati.. dalam otak ni..

Satey tapau dari kedai si Atok.. sedap..

P/s; Korang faham kut dengan 'cerita tergantung' ni kan..

Tuesday, August 15, 2017

Jangan MARAH sangat bang.. nanti muka cepat kerepot..

Dah hampir lunch hour. Kakak jual nasik budget bawah pokok (bukak payung) masih terkial-kial menyusun tray makanan di atas meja. Dengan lauk-pauk yang bermacam-macam.. dengan segala jenis senduk.. penyepit.. belum lagi dengan kertas.. plastik.. getah etc. Bayangkan sahaja.. semuanya perlu disediakan dan disusun.. SORANG-SORANG.

Hence.. datang makhluk Allah bertanya..
- lambat lagi ke kak?
- belum siap lagi ke kak?
- lambat ari ni kak..
- kak.. saya nak nasik bla bla bla..

Tapi tak ada sorang pun yang bertanya soalan mudah ni..
- KAK.. ADA APA-APA YANG SAYA BOLEH TOLONG..

I'm just curious..
- susut nilaikah RM masing-masing kalau ditolong kakak tu menghidang makanan.
- jatuh ke maruah seorang pembeli kalau dibantu kakak yang sorang tu mengambil tray makanan dari bonnet kereta ke meja jualan.
- kotor ke baju/blause/baju kurong (whatever la kan) kalau dibantu kakak tu.
- berat sangat ke mulut tu nak bertanya soalan yang boleh menyedapkan hati dan telinga kakak tu.

Mana budi bahasa kita?
Time management is important YES and I agree with you but once in a blue moon.. TERLEWAT itu pasti. So.. to me.. you have 2 options..

1-    sama ada ko tolong kakak tu to speed up whatever she's doing. 
2-    OR you can just CHOW.. and carik makan tempat lain.

Gambar sekadar suka-suka..

BERPELUK TUBUH AND MAKING FACES IS NOT AN OPTION.. OR RATHER TO ME.. IS VERY RUDE..

P/s; Maklong makan meggi kari dengan telur goyang inul jer ari ni.. tekak orang demam..

Saturday, July 22, 2017

Muka KETAT.. customer MELUAT..

Sabtu.. busy as usual.. alhamdulillah jugak jualan kami pagi tadi hampir 3 tong besar nasik licin. Cuma sedikit terbantut sebab sambal tumis habis (kering). Sambil-sambil tu ada jugak yang komplen kata sambal tumis kami..
- tak sedap langsung
- tak sedap macam dulu

Lauk yang sedikit berbaki pun cuma tinggal ayam rendang and sedikit ayam masak merah. Nevertheless.. alhamdulillah rezeki yang Allah beri.

Dalam pada tu.. dapat sedikit cerita yang tak best.. ada orang komplen.. muka kita ketat.. kelat ya'ni tak pernah senyum masa serve customer. Yang mengadu tu pulak.. tak pulak cerita direct ke Omak or me.. sebaliknya pi pulak ngadu ke Lisa (pembantu jualan kami di pasar - branch).

Macam-macam la kan.

Sentap.. YES.. sedikit terkesan sebab rasa nyer me memang jenis yang senyum (songeh). Kalau muka ketat tu.. adat la.. nama pun manusia. Insya'Allah akan cuba diperbaiki.
- mintak maaf la.. kalau time dah sibuk sangat tu.. memang kita pun tak perasan dah macam mana dah muka kita ni.

Tapi bila me pi cerita kat Omak.. jawapan Omak very positive attitude (or whatever way masing-masing nak mentafsirkan)

- orang yang komplen tu mungkin sakit ati sebab kehendak hati dia tak kesampaian ya'ni dia nak macam-macam so bila kita charge extra dia create cerita yang macam-macam jugak la. Sebab.. sampai ke hari ni.. orang lain asyik mintak sambal extra jer.. ada masa sampai macam tak seimbang dengan nasik tu sendiri.
- or mungkin ini hanya rekaan semata-mata dari pihak yang mengadu sebab langsung tak diberikan detail perihal orang yang mengadu. Macam Omak kata.. entah-entah dia sendiri yang reka cerita dengan maksud nak kata pekerja Omak yang baru ni tak pandai masak.

Apa-apa pun.. ini semua asam-garam orang berniaga. Kita yang berniaga ni.. ada masa memang kena banyakkkkk sabar sebab walau macam mana pun kita menolak hakiki.. memang rezeki kita dalam poket orang. Cuma SABAR kita tu ada batasan.. ada had nyer.

Mudah-mudahan esok hari Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk mengadap ragam customers yang bermacam-macam. Ada masa.. boleh naik BP jugak babe.


P/s; Ni tadi my heroes tolong pilihkan my story bracelet.. yang si Arif la yang paling bersungguh. Terima kasih anak-anak.

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...