Wednesday, January 18, 2012

Asam pedas kepala ikan merah

Assalamualaikum all,

Ari ni nak citer pasal asam pedas kepala ikan merah pulak. Setelah sejak hari Khamis lepas Ibu tak masak (masak untuk family la), baru la malam tadi ada "feeling" sikit nak mulakan operasi.

Nak masak asam pedas ni, tersangat la senang. Tumis bawang merah. bawang putih dan halia. Lepas naik bau, masukkan pulak cili blend (kalau kat Malaysia Ibu pakai cili boh). Tapi sebenarnya guna cili blend sendiri lagi sedap sebab kita sure akan guna cili kering yang bagus.. Cili boh belum tentu lagi macam mana statusnya kan. Ibu tak guna daun kari sebab daun kesum banyak kat umah ni. Lagi pun bila guna daun kari, rasa macam dah stail mamak lak sikit. Tapi kalau masak untuk my parents, maka wajib la Ibu guna daun kari. Asam pedas ni sebenarnya lauk kesukaan Ibu. Sejak azali lagi. Dulu masa dok diasrama, kalau tau Bonda nak datang melawat, lauk wajib.. asam pedas ikan parang. Power babe...

Okey back to my asam pedas.. lepas dah masuk cili blend tu.. masuk la air sikit.. time ni jugak la Ibu biasanya  akan masukkan satu sudu makan paste asam jawa.

Bila rasa kuah asam pedas ni dah sebati rasanyer. masukkan la ikan (atas pilihan masing-masing). Ibu ni "hantu" sayur sikit.. so nak jimat masa, tu yang masuk segala terung, bende dan tomato.. meriah sikit (alasan tak nak ngaku malas nak goreng sayur). Jangan pulak lupa masukkan garam. Ada pulak yang tersedak sebab lauk tawar. Btw, malam tadi Ibu goreng telur mata as partner asam pedas ni. Too bad Amsyar tak makan pulak. Alasan, dia kenyang lagi..

Takpe, siang ni boleh ulang tayang lagi. Asam pedas ni yang Ibu perasan.. kalau dibiarkan semalaman.. lagi powerrrr.. (skima puji masakan sendiri)

No comments:

Post a Comment