Wednesday, January 25, 2012

Bende goreng berlada


Hi all,

Ini saje nak tunjuk plus share satu lagi dish yang Ibu sangat suka makan. Dah la simple nak masak, sedap pulak tu.. Aceh ceh cehhhh.. motip puji diri sendiri kan kan kan..

Kalau ada sesiapa yang rasa nak share resepi.. okey, sila rujuk dibawah ni ya..

Bahan-bahan;
Cili api secukupnya
Bawang besar separuh
Bawang putih 4-5 ulas
Ikan bilis
** 1/4 digunakan utkm menumis
** 3/4 digunakan utk digoreng garing

Cara-cara penyediaan;
Goreng sehingga garing portion 3/4 ikan bilis - ketepikan
Blend bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis (hat 1/4)
Tumiskan sehingga naik bau
Kemudian masukkan bende yang telah dipotong serong dan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.
Gaulkan bersama sehingga sebati dan perasakan dengan garam
Beresssss...

No comments:

Post a Comment