Sunday, January 29, 2012

Dalca Kambing with Roti Turki


Assalamualaikum all,

Saja nak share satu resepi yang seumur hidup ni baru dua kali je Ibu buat, Dalca daging kambing. Seperti yang di dalam gambar ni Ibu makan dengan roti Turki. Kenyang tahap melampau.. tapi lepas tu, merana la dok mencari Panadol. Faham-faham je la ye.. kambing tu.. To those yang berhajat nak share resepi, sila lihat di bawah ya.

Bahan A
1 kg daging (also applicable to daging kambing)
3/4 cup kacang dal
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
3-4 sudu makan rempah daging
1 sudu teh kunyit serbuk
secukup air untuk merebus
sedikit daun kari

Bahan B
kentang (optional)
1/2 cawan santan pekat
I keping asam keping (boleh ganti air asam jawa, kalu rajin)

Bahan C
2 biji bawang besar, hiris
1 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang (star anise)
1/2 tsp biji sawi (mustard seed)
sedikit daun kari

Sayur-sayuran utk dalca
Lada hijau, Kacang panjang/ buncis, tomato, bunga kobis, lobak merah etc

Caranya
1. Rebus bahan A hingga daging setengah empuk, masukkan bahan B dan teruskan merebus dengan api sederhana/perlahan (slow-cooking)

2. Tumis bahan C dengan sedikit minyak hingga wangi dan bawang garing (light brown), dan tuangkan kesemuanya (dengan minyaknya skali) ke dalam periuk daging. Teruskan merebus hingga dal hancur dan kuah pekat. Bubuh garam sesedap rasa.

Masukkan lada hijau dan sayur-sayuran, bila semua dah cukup masak dan pekat… setel..

Note; utk ayam – sebaiknya rebus kacang dal dulu sbb ayam cepat lembut (xmo nnt ayam hancur sgt)

No comments:

Post a Comment