Friday, January 27, 2012

My most humble & modest Mi Hailam


Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang barakah..

Hari ni tahap kerajinan terlebih sikit dari biasa. Tapi sebenarnya semangat saja yang kuat. Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang boleh dimakan. Cuma kesihan ke anak-anak pulak yang lama dah berhajat nak makan mi kuning. Tak kisah la mi kari ke, mi mamak ke etc. Janji mi kuning. Jalan mudah.. mintak Cik Asben belikan sahaja. Satu tray kecik ada la dlm 500fils. Beratnya pulak maybe dalam 250grams. Untuk anak-beranak makan, at least kena 4 tray. Dah 2KD tu. So dari dok beli yang hat buatan Pinoy, biar la Ibu buat sendiri. Sekilo tepung pun baru 400fils. Buat mi kuning ni tak la susah mana, cuma yang jadi malas tu sebab mula proses dari menguli tepung, mencanai dan menggelek untuk dijadikan mi kuning. Selepas tu nak kena rebus, tos dan akhir sekali dilumur dengan minyak. 

 Bahan bukti - mi kuning 2 kilo.. memang berbaloi..

Setakat nak makan anak-beranak, 250grams tepung sememangnya dah mencukupi tapi dah alang-alang buat sepah didapur ni dengan serdak dan sememeh tepung, biar la Ibu terus buat sekilo sahaja. Dengan sekilo tepung biasanya Ibu boleh dapat dua kali ganda yakni dua kilo mi kuning.

So dengan bantuan Cik Asben dan Arif yang berkobar-kobar nak tolong menggelek tepung, akhirnya selesailah sudah satu tugas. Sekarang bab nak memasak pulak. Yang ni kompom Ibu kena buat sensorang la.

Ibu finally decided to prepare one simple dish, mi hailam. Only this time the mi hailam only consist of prawn and some vege. Ibu tak sempat nak defrost fish cake dan fish ball. Anak-anak suma dah tak sabar nak makan. Its been about four months now since they had their last mi hailam. Itu pun masa dia orang balik cuti summer lepas at my mom's house. Memang berbaloi kalau masak mi hailam di rumah ni, semua boleh makan. Cuma untuk Haazem... no vege please..

As I said earlier, preparing the mi kuning memang sedikit renyah. Tapi dah nak makan.. kena la usaha sikit kan. Living apart from your comfort zone sometimes teaches you many things that you don't and never bother to know off, and learning how to prepare mi kuning is one of it. Ye la, ape susah, tunjuk je brape peket nak.. setel. Okey, enough with the bla bla bla.. got to run now.. its Friday... hari cuti yakni hari BZ BZ BEEEEE..

Daaaa..


No comments:

Post a Comment