Friday, January 13, 2012

UAE Metal magnets



Salam Jumaat yang barakah..

Ari ni rasa nak share sikit reta fmss Ibu la. Recently kan ramai geng-geng Equate pi training ke Dubai, so awal-awal lagi Ibu dah berpesan a.k.a berkirim dengan kawan-kawan yang nak nak ke sana.  So dengan muka tak malu, dapat la 2 keping ni. Yang 2 keping ni dapat dari Ujie.. Ibu kirim 2 keping for each design.. so nanti boleh la buat stok untuk "exchange" jugak.. Macam collectors dari Europe, dia orang memang prefer stok METAL. Reason, lagi kemas.. Ibu dulu suka dengan ceramik, only recently ni terjebak jugak la dengan metal. Tapi susah jugak nak close-deal sebab Ibu pun tak banyak mana sangat stok metal ni.

Kalau nak kira sebenarnya banyak jugak dah fmss Dubai dalam koleksi Ibu, tapi yang dua keping ni memang something yang very new. Tapi tak pelik la kan.. Dubai kan a very busy tourist country. Lain la kalau macam Kuwait ni. Kalau sebut pun, ada orang masih ingat yang Kuwait ni masih dok berperang dengan Iraq.

Price wise, kira okey jugak la sebab Ujie kata sekeping 1.5KD.. dalam RM65 la untuk 4 keping. Kira normal la tu kalau untuk hat metal. Harap-harap nanti ada la yang berkenan dengan fmss metal UAE Ibu ni nanti.


No comments:

Post a Comment