Monday, February 6, 2012

Kerapu goreng ngan sos merah



Hi all,

Ni baru la rasa sikit ada kederat dan semangat. Itu pun lepas telan panadol and habatus'sauda. Harap-harapnya semakin sihat badan ni. Kesian ke anak-anak dan Cik Asben yang sama-sama menanggung... ye la, dah biasanya Ibu yang siapkan semua nyer kan..

Dah banyak hari jugak Haazem berhajat nak makan kerapu goreng ni, cuma hari ni la Ibu sempat buat. Pada yang kurang faham.. sos merah tu sebenarnya sos tomato. Cuma yang lain sikit tu sebab Ibu tumis dulu. Biasalah.. lauk campak-campak.. buat je ape yang teragak. As long anak-anak agree with it, syukur.. alhamdulillah..

Pada sesapa yang sudi berkongsi ilmu masak-masak dengan Ibu, sila la jengok kat bawah tu..

Bahan-bahan;
Ikan kerapu (nak guna ikan lain pun no hal)
Bawang merah, bawang putih dan halia (diblend)
Sos tomato
Gula
Garam
Sedikit sayur-sayuran (biasanya Ibu boh celeri dan bunga kobis saja)

Cara-cara memasak;
Ikan diperap seketika dengan serbuk kunyit dan garam (macam biasa la kan)
Digoreng hingga garing (terpulang la pada masing-masing), kemudian toskan dan ketepikan
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblend sehingga naik bau
Masukkan sos totamo dan campurkan sedikit air
Masukkan sayur-sayuran dan gaulkan sekejap
Perasakan dengan gula dan garam
Selesai sudah

Nota kaki;
Tercetus idea "sos merah" ni lantaran Si Manja Ibu yang nak makan ikan goreng macam orang lain tapi takmo pedas, takmo masam dan takmo sayur (tapi Ibu campurkan jugak dengan sayur bunga kobis)

No comments:

Post a Comment