Sunday, March 25, 2012

DIET!!!! atau cara mudah untuk kurus (Siri 1)

Assalamualaikum all,

Makan, makan dan makannnnnnn saja. So kali ni apa kata kita cerita pasal isu DIET pula. Semua orang (kebanyakannya) mengharapkan untuk mempunyai badan yang cantik serta sihat. Mungkin entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan (termasuk Ibu sendiri) untuk mencapai matlamat tersebut. Sebelum kita bincang mengenai tips untuk kekal langsing, badan cantik, sihat dan lain-lain lagi, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan kita GEMUK. Di antaranya;

1- Makan dengan berlebihan lantaran STRESS. Akibatnya kita makan dengan kerap, terlalu banyak malahan tidak seimbang.

2- Mengamalkan pemakanan diet yang salah dan tidak mengikut panduan yang betul.

3- Waktu makan yang tidak selaras. Ada masa kita makan tengahari pukul 1 petang. Masa lain pula kita makan tengahari pukul 3 petang. Busy busy busyyyy...

4- Mengabaikan sarapan dan makan malam. Kononnya takut gemuk tapi akhirnya.. lain pulak yang jadi.

5- Mempunyai lebihan lemak dan air dalam badan tetapi tidak tahu bagaimana hendak membuangnya.

6- Kadar metabolisma yang rendah tetapi jumlah kalori yang diambil setiap hari tinggi dari sepatutnya.

7- Sistem perkumuhan tidak bekerja dengan baik dan tidak mampu untuk buang 'benda-benda' yang tak berguna dengan sempurna (my major problem).

8- Tidak mengawal kalori yang keluar dan masuk ke dalam tubuh badan.

9- Badan yang "mengembang" dan tidak susut-susut selepas melahirkan anak.
   
Sebenarnya ada banyak tips untuk berdiet dengan cara sihat, tapi dalam siri pertama ni apa kata kita bincangkan 7 sahaja dahulu.

1.NEAT
Ini adalah singkatan kepada Non-exercise Activity Thermogenesis. Ianya berkait rapat dengan metabolisma. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan pergerakan kaki semasa duduk, banyak berdiri dan berjalan mampu membakar lebih 350 kalori sehari jika dibandingkan dengan mereka yang hanya duduk sahaja. Ini bersamaan lebih kurang 37 pound setahun. 


2. Kawal pemakanan

Pastikan anda mengawal pemakanan anda. Pastikan setiap juadah makanan yang diambil tidak melebihi 400 kalori. Makan sekerap mungkin tetapi pada kuantiti yang sedikit. Corak pemakanan begini ada kaitan rapat dengan kadar metabolisma, lebih banyak kalori dibakar, ia juga merendahkan kadar kolesterol (fasting cholesterol level) di dalam badan. Apabila makan lebih kerap tetapi kuantiti sedikit, kita tidak merasa terlalu lemah akibat berdiet. 

3. Bersenam dengan kerap
Kita sebenarnya tidak perlu pergi ke gimnasium, semata-mata untuk bersenam atau berlari di sekeliling taman sehingga 5-6 pusingan. Kita hanya perlu meningkatkan aktiviti  di luar sahaja. Elakkan daripada duduk sahaja atau tidur. Lakukan aktiviti seperti berjalan kaki, bersiar-siar. Biarkan badan anda berpeluh.


4. Minum air 8 gelas sehari.
Rajinkan diri untuk meminum air (plain water) sebanyak 8 gelas sehari. Air bukan sahaja penghilang dahaga malah boleh mempercepatkan metabolisama badan. Para penyelidik di German mendapati dengan meminum air sebanyak 8 gelas sehari mampu menaikkan kadar metabolisma sehingga 30% dan kesan ini berlarutan sehingga 90 minit. 1/3 adalah kerana proses di dalam badan untuk memanaskan air tersebut dan selebihnya adalah proses penyerapan air. Dengan meminum air, anda sebenarnya tidak menambah kalori sebaliknya anda menggunakan kalori.


5.Turun-naik tangga.
Aktiviti mudah ini juga mampu membuat anda kurus. Ini kerana badan anda bergerak melawan graviti, maka lebih banyak tenaga diperlukan. Maka lebih banyak kalori dibakar.


6. Dumbbells
Tidak perlu bersusah-payah mencari atau membeli dumbbells. Ada cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan grocery bags sebagai dumbbells (jimat kos). Ini juga mampu membakar kalori.

7. 4 gram fiber dalam setiap hidangan
Fiber mampu merendahkan  nafsu dan selera untuk makan kerana ianya memerlukan kita lebih banyak mengunyah, mempercepatkan proses makanan untuk sampai ke digestive tract dan juga mampu untuk merangsang satiety hormones. Untuk mendapatkan 25gram fiber sehari, pastikan rakan-rakan memakan 6 kali hidangan yang setiap satunya mengandungi 4gram fiber.

Okey, 7 tips telah diberikan. So, tunggu apa lagi?? 

Sebenarnya semua orang boleh mengurangkan berat badan tapi dengan satu syarat dan yang paling utama ialah "keinginan" untuk berubah untk menjadi kurus dengan cara yang sihat. Insya'Allah, jika kita yakin dan bersungguh-sungguh.. semuanya boleh tercapai. As my mom always says, "Jika semangat dan disiplin kita kuat, semua boleh buat".



No comments:

Post a Comment