Thursday, March 8, 2012

Gulai ikan bakar ngan belimbing



Assalamualaikum & selamat pagi..

Alhamdulillah, setelah hampir lima bulan berkirim, akhirnya dapat jugak belimbing buluh. Ini pun buah tangan dari Bobby's mummy. Really so nice of her. Kalau mengikut kisahnya, masyarakat di sebelah Selatan Thailand tak jual pun belimbing buluh ni. Sapa-sapa nak makan, petik je kat pokok. The same thing when I asked them to deliver tapioca leaves, dia kata "we do not eat the tapioca leaves, only our animal does".. alahai, rasa macam kambing la pulak..

Anyway, Ibu pada awalnya dah plan nak masak lain. Tapi memandangkan belimbing buluh ni cepat rosak, so kena masak cepat la kan. Hence, lauk-lauk lain.. sila beri laluan la ya.

So pagi tadi lepas je hantar Haazem ke sekolah, terus Ibu masuk dapur masak lunch. Kiranya boleh la Cik Asben bawak bekal pi ke opis hari ni. Today kan Khamis, so malam ada kelas KAFA pulak. For sure petang nanti dah tak sempat Cik Asben nak makan dinner di rumah. Lagi pun, bukan susah sangat nak menggulai.. ciss.. ayat poyo la pulak..

Cara masak, cukup la senang. Tapi disebabkan hari ni mood Ibu tersangat la baik, so Ibu tulis je la ya.

Bahan-bahan;
Ikan tenggiri - dibakar dahulu (Ibu guna oven je sebab nak cepat)
Cili api secukup pedas
Kunyit serbuk (sikit je)
1-2 batang serai
Santan (Ibu guna yang dalam tin)
Buah belimbing buluh

Cara-caranya;
1- Blend cili hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan dalam periuk, masukkan juga santan dan sedikit kunyit serbuk.
3- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
4- Apabila telah mendidih, masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
* proses memasak tidak lama kerana ikan telah siap dibakar terlebih dahulu.
5- Masukkan serai untuk menambah aroma serta belimbing buluh yang telah dihiris sedikit tebal.
6- Perasakan dengan garam, beressss...

Nota kaki;
Belimbing buluh tidak perlu dibiarkan lama di dalam kuah kerana ia cepat lembut.



No comments:

Post a Comment