Tuesday, March 20, 2012

Gulai Telur Dengan Mangga


Apabila mood kurang rajin datang melanda, maka ini sahaja la yang mampu Ibu sediakan untuk Bujang Sulong sebagai lunch hari ini.. errrr... memang ini pun yanng dia nak sebenarnya. Biasa la manusia ni. Ada the ups.. and downs.. Nanti bila Ibu dah rajin balik nanti, Ibu masak lauk "yang semenggah" sikit ya..

Resepi.. kalau ada yang nak.. well...

Bahan-bahan..
Biasa la kan.. cili api, kunyit serbuk, santan, mangga dan telur.
* Mangga dihiris nipis ya.

Cara-caranya pula..
1) Memula blend cili, tapis, ambil airnya sahaja, masakkan, masukkan sikit serbuk kunyit, santan dan biar mendidih.
2) Masukkan mangga dan perasakan dengan garam.
* Ibu prefer dengan cara ni, sebab tak mau nanti telur pecah masa nak kacau kuah dengan garam.
3) Bila kuah dah masak, masukkan telur sebiji demi sebiji. Seeloknya jangan bagi telur tu bertindih. Nanti telur pecah.
4) Alhamdulillah.. dah siap.


No comments:

Post a Comment