Tuesday, March 13, 2012

Gulai udang dengan kambas


Assalamualaikum & good morning to all,

Kambas (kambeh), nama yang biasa digunakan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Kalau tempat lain maybe panggil peria. Khasiatnya hampir bersamaan dengan peria katak. Dengan rasa yang sedikit pahit, maybe anak-anak kurang menggemarinya. But as far as Amsyar is concern, pahit-pahit sedap. Juga dipercayai baik untuk membersihkan kencing kotor. For more info, boleh baca di sini.


Kambas ni Ibu petik dari kedai Bobby malam kelmarin. Teruja dengan kaler HIJAU nye, without no second thought.. maka Ibu beli la sebiji (cukup la tuuu). Most of the market here are only selling peria katak (hat kecil) which is (in my point of view) slighty bitter than this kambas/kambeh. Tapi  sesekali melayan tekak dengan menu yang sebegini, apa la salah nye kan. Sambil makan, sambil berubat.

Kalau di rumah ni, kambas kebiasannya Ibu campur dalam gulai (as sidekicks) or goreng berlada sahaja. Ada juga sahabat yang mencadangkan kambas ni digoreng taucu. Isshhhh, kambas nye sebiji jer, tapi macam-macam la pulak plan nak masak.

Okey, kalau ada yang baru nak try makan or try masak sendiri, boleh skodeng resepi di bawah..

Bahan-bahan;
- Udang saiz sederhana - dibuang kulit (separuh sahaja)
- Separuh dari kambas/kambeh/peria sederhana besar
* budget untuk Ibu, Cik Asben & Amsyar aje ni
- Cili api secukup pedas
- Serbuk kunyit
- Santan pekat 1 tin

Cara-cara memasaknya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai, masukkan juga santan.
* Jika terlalu pekat, campurkan sedikit air (adjustable).
3- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
4- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
5- Apabila telah mendidih, masukkan udang yang telah dibuang kulit.
6- Jika udang telah masak (bertukar kaler merah), masukkan pula kambas yang telah dibersihkan.
* Ibu suka belah dua then potong serong.. nevertheless, rasa sama jer.
7- Kacau sekejap dan perasakan dengan garam.
8- Apabila kambas telah lembut, matikan api dan siaplah sudah lauk untuk hari ini.
* Ibu prefer kambas yang tidak terlalu lembut, ada bunyi kruk-krak otherwise jika terlalu lembut, hilanglah khasiatnya.




No comments:

Post a Comment