Friday, March 23, 2012

Ikan Kerapu Goreng Berlada


Assalamualaikum all..
Biasanya hari cuti Ibu jarang bertugas di dapur. Tapi sesekali masuk dapur jugak. Mana laa boleh dipisahkan tugas seorang Ibu dengan Dapurnya kan. Cuma indirectly there is a mutual understanding "hari cuti Ibu tak masak" sebab anak-anak nak layan tekak di luar pulak.

Well, minggu ni Cik Asben kena standby so "perintah berkurung". Yakni, impak maksima.. makan di rumah sahaja ya. Tapi kalau ikutkan si Cik Asben, dia redha je makan di rumah setiap hari. Hatta, makan nasik dengan budu with telur mata pun dah cukup. 

So lunch hari ni, menyambut seruan makan di rumah pada hari cuti.. menu yang cukup simple (sebab untuk dinner Ibu dah order nasi dagang dari Malaysian friend di sini) ikan kerapu goreng berlada. Namun yang demikian memandangkan seminggu Ibu dah tak masuk pasar and sayur di kedai Bobby pulak kena "hold" (piket di airport masih belum reda) so terpaksalah guna cili besar sahaja. Tho' tak la sepedas cili api, nevertheless alhamdulillah.

Pada yang sudi dan nak mencuba resepi ini, sila la tengok di bawah tu..

Bahan-bahan;
Seekor ikan kerapu bersaiz sederhana - diperap dengan serbuk kunyit dan garam lalu digoreng garing
* Cili besar hat hijau - 5-6 biji
* 1 biji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(Kisar halus semua bahan-bahan *)
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya;
1- Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2- Masukkan sedikit air untuk dijadikan sebagai kuah ikan (sikit sahaja).
3- Setelah ia mendidih, masukkan ikan.
4- Gaul serata dan perasakan dengan garam dan gula.
5- Siap..

Nota kaki;
Jika suka, bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar sebagai hiasan.
Ibu suka goreng sekejap sahaja sebab prefer bawang itu a bit crunchy.


No comments:

Post a Comment