Sunday, March 4, 2012

Ikan tenggiri asam rebus


Selamat tengah hari.

Ibu tengah dok buntu sebab banyak sangat stok IKAN dalam fridge sampaikan tak tahu nak masak yang mana dulu. At last, masak ikan tenggiri asam rebus je la ya. Yang lain-lain tu, please take turn..

Asam rebus ni bukanlah favorite anak-anak sangat (sebab tak ada colour). Tapi memandangkan ini antara menu yang paling sempoi ie,

1- Ada ikan goreng
2- Ada sayur bende
3- Ada kuah, masam-masam pulak sikit

Soooo.. okey la kan untuk setakat lunch 4 beranak hari ni. Malam karang untuk dinner, kita masak yang lain pulak. Okey, takmo citer banyak.. jom kita sama-sama study resepi.

Bahan-bahan;
Ikan tenggiri - diperap dengan serbuk kunyit dan garam untuk seketika lalu kemudian digoreng garing.
Sayur bende
Lada merah (kalau nak pedas, guna cili api)
Sebiji bawang besar - dibelah 4
2 batang serai - dipotong 2 dah diketuk sedikit
2 keping asam keping
Sedikit serbuk kunyit.

Cara-cara menyediakannya;
1- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sedikit serbuk kunyit.
2- Setelah itu masukkan serai yang telah diketuk dan asam keping, biarkan ia mendidih sekejap.
3- Kemudian masukkan pula sayur bende dan bawang besar yang telah dibelah 4.
4- Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dimasukkan pulak ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
5- Akhir sekali masukkan lada merah yang telah dipotong/dibelah (ikut citarasa sendiri) dan perasakan dengan garam.
6- Dah selesaiiiiii...



2 comments: