Friday, March 16, 2012

Rumah Yang Tidak Dimasuki Oleh Malaikat Yang Membawa Rahmat

Gambar ehsan dari Encik Gugel
Contoh rumah Gadang yang banyak terdapat di Negeri Sembilan

Assalamualaikum,
Salam pagi Jumaat yang barakah.

Tahukan kita terdapat 22 sebab mengapa Malaikat yang membawa rahmat tidak masuk ke sesebuah rumah? Antara sebab-sebab berikut adalah;

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim. 

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 

3. Rumah orang yang memelihara anjing.
4. Rumah orang yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah orang yang mengalunkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah orang yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami oleh mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah orang yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas. 


9. Rumah orang yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah. 

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelumang dengan maksiat. 

11. Rumah yang didiami oleh mereka yang melakukan dosa-dosa besar. 

12. Rumah yang didiami oleh mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa. 

13. Rumah orang yang memakan riba. 

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
 

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja. 

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah orang yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Nota kaki;
Peringatan buat kita agar jangan terlalu leka sehingga tidak sedar rumah yang kita diami  dipenuhi dengan perkara -perkara yang Allah tak redha.

No comments:

Post a Comment