Friday, April 13, 2012

Kari Kepala Ikan


Assalamualaikum all,
Salam hari Jumaat yang barakah..

Malas nak fikir banyak so hari ni skip the breakfast terus masak untuk sarapan merangkap lunch juga. Tapi bukan la pulak "brunch". So harap-harap sempat la jugak menjengah hingga ke petang. Dah la hari ni ada karate class. Definitely the boys will be needing their energy. Tapi kalau lapar jugak... then tapau je la Mc D kat Cozmo. 

Kari kepala ikan.. yang sebetulnya hanya Cik Asben sorang yang pandai layan lauk macam ni. Ibu.. sejak dulu memang tak makan kepala ikan. Kadang-kadang terpaksalah pulak Cik Asben layan Ibu meng-scan isi-isi ikan di area kepala tu untuk Ibu rasa. Bila lagi nak manja-manja kan kan kan..

Seperti yang pernah Ibu beri tahu suatu ketika dahulu, masyarakat di rumah ni memang kurang suka rempah ratus yang berlebih-lebihan. So, kari kepala ikan ni bukanlah as authentic as those yang korang makan kat kedai mamak tu. Nevertheless, I'll try to fulfill all the demands and wishes dari Cik Asben and the boys although it might not best macam orang lain punya style of cooking. Buat sahaja la apa yang mampu.

Jika ada yang sudi berkongsi ilmu, resepi ada di bawah..

Bahan-bahan;
Kepala ikan merah 
(kalau ada pilihan kepala ikan lain, no prob)
* sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* sedikit halia
(semua bahan * ditumbuk)
Santan pekat 1 tin
3 sudu makan serbuk kari daging Babas
(Ibu tak suka hat serbuk kari ikan.. masam)
2 senduk pes cili
(cili boh)
Sedikit daun kari

Sidekicks;
Tomato puri, kacang bende dll.

Cara-caranya;
- Tumis semua bahan * bersama daun kari sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan pula pes cili dan serbuk kari dan ditumis lagi sehingga terbit minyak.
- Setelah itu dimasukkan santan dan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
- Kacau seketika sehingga kuah masak.
- Masukkan kepala ikan dan disiram selalu kuah kari ke atas kepala ikan agar kepala ikan masak serata.
- Masukkan sidekicks dan perasakan dengan garam.
- Beres.

Keadaan mangsa ketika masih di dalam kuali
(juga terselit sekeping ikan tenggiri untuk santapan Bulang Sulong)



No comments:

Post a Comment