Wednesday, April 18, 2012

Kuey Tiaw Sup Sayur


Assalamualaikum all,

Sup tulang semalam sudah "selamat" satu periuk. Tapi air rebusan masih berbaki seperiuk kecil. Nak dibuang begitu saja, sayang pulak rasanya. Dengan segala rempah ratus serta rasa "stok tulang" yang masih menyengat. Nak buat stok mi rebus, ntah bila la sampai hajat. Mi kuning sampai ke hari ni belum sempat nak gelek lagi. Makanya, final solution.. sup sayur serbaguna.

"Serbaguna" bermakna berguna dengan pelbagai maksud. Oleh itu makin senang la kerja Ibu hari ni. Bujang Sulong pulak masih bercuti selepas final term exam. Ini la renyahnya kalau anak-anak tidak bersekolah di sekolah yang sama. Cuti semua berterabur. Haissshhh..

Okey, back to "air rebusan". So since Amsyar memang suka sangat "segala" jenis makanan yang berkuah maka terhasillah "seperti" yang di atas. Tak perlu nak pening sakit jiwa. Kita yang adjust dia kan kan kan..

Bahan-bahan;
Air rebusan tulang lembu
- kalau tak ada, guna je kiub/stok tulang.. sure banyak jual kan
* 1/2 biji bawang besar
* 3-4 ulas bawang putih
* Sedikit halia
- semua bahan-bahan * dikisar halus

Sidekicks;
Segala jenis sayur, but please be reasonable
Segala jenis fishcakes, balls, stuff balls, etc

Cara-caranya;
1- Tumis bahan-bahan * sehingga naik bau.
2- Masukkan air rebusan tulang
3- Setelah ia mendidih, masukkan segala jenis eksesori yang telah dipotong mengikut kesesuaian keadaan.
4- Akhir sekali masukkan sayur.
5- Perasakan dengan garam, jika perlu.

Nota kaki;
1- Sesuai dimakan dengan nasi, kuey tiaw, spaghetti, mihun atau mi kuning.
2- Untuk tambah perisa, perahkan sedikit jus limau, sedikit bawang goreng, cili potong atau kicap cili.




No comments:

Post a Comment