Tuesday, April 24, 2012

Mi Kari Hawally


Assalamualaikum all & salam sejahtera..

Bersiaran dari Building 11, rumah nombor 19 (iklan free), so pada penduduk Tanah Pasir Berdengung yang memegang kad pengenalan Biru.. anda adalah dijemput makan-makan free. Hanya untuk hari ini dan sementara stok masih ada. Boley??

Dah 2 hari tak post entri pasal makan-makan (tidak bermakna dapur Ibu tidak berasap) cuma memandangkan menu hanya sekadar ulang tayang (takut ada yang boring pulak nanti) and furthermore I was a bit distracted with my "fm". Setahun sekali kasi polish, kira okey la kan.

Sebenarnya ini menu malam tadi. Cik Asben ada menjemput ex-017 staff bertandang ke rumah. So, pagi ni cuma top-up on the "harta-karun" and extra vege. Kuah mi kari ni senang saja nak buat. Macam kita masak kari juga cuma my version is less pekat on the coconut milk-lah. Hancus Bahasa Melayu. Ni kalau ambik July Paper, sure menangis examiner. 

Okey, without further ado.. jika sudi berkongsi ilmu, resepi mi kari Ibu ada di bawah ya.

Bahan-bahan;
* Sebiji bawang besar
* 6-7 ulas bawang putih
* Sedikit cili api
* Segenggam ikan bilis, dicuci dan ditoskan (pemanis)
- Semua bahan * dikisar hingga halus
** 3 sudu makan serbuk kari
** 4 sudu cili boh
- Kedua bahan ** tu adjustable
1.5 tin santan pekat
3 liter air (adjustable)
Sedikit daun kari

Sidekicks;
- Sayur kacang yang dipotong serong dan sayur sawi.
- Segala jenis fishcakes, fishballs, sotong ball, chicken balls, tauhu pok atau apa sahaja yang sesuai dengannya.
- Udang, fillet ayam atau ketam.
(Tapi memandangkan tetamu ada penyakit "orang kaya" maka Ibu skip on the shrimp dan crab)
- Telur rebus yang dibelah 2 (terpulang laa)

Cara-caranya;
1- Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2- Tumiskan pula serbuk kari, cili boh dan daun kari hingga terbit minyak.
3- Masukkan santan dan air, masakkan hingga mendidih.
4- Setelah itu masukkan potongan ayam atau fillet ayam dan segala jenis harta karun lalu dimasakkan hingga lembut.
5- Perasakan dengan garam.
6- Beres.

- Untuk sayur sawi dan kacang panjang, bolehlah direbus sebentar.
(Untuk mengekalkan sayur terus nampak segar, setelah direbus dibilas dengan air sejuk)

Nota kaki;
1- jika suka - boleh juga dihidangkan bersama sedikit cili api yang dipotong kecil-kecil dan sedikit perahan air limau
* Ini skima hidangan mengikut tekak Bujang Sulong.
2- Sesuai dimakan dengan mi kuning, mihun atau spaghetti yang telah direbus sedikit terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment