Thursday, April 5, 2012

Mihun goreng basah


Hi all,

Bujang sulong balik awal (hatta jam 11.30am dah sampai di rumah) sebab tengah musim exam kan. So, sedia maklum saja la ya. Breakfast kena heavy. Setakat roti bakar, cornflakes dengan susu atau roti telur.. memang tak aci la.. By the way, kali ni mihun meriah sikit la sebab sayur sawi dan stok fishball baru sampai malam tadi. Cuma kali ni Ibu tak tumis guna cili boh tapi guna cili api. Memang berapi la sikit. Tapi dah Bujang Sulong request macam tu, ikutkan sahaja la..

Okey, jika ada yang sudi berkongsi resepi.. jom..

Bahan-bahannya;
Sepeket mihun, direndam seketika hingga lembut
- anggaran 250gram 
3-4 biji telur ayam
Perencah - terpulang la
Ayam
Udang
Fishball
Fishcake
Dan lain-lain
(cara nak potong tu, sendiri adjust la ya)
Sayur - ikut ape yang ada
Sawi
Kobis
Carrot
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* Cili api secukup pedas
(semua bahan * dikisar hingga halus)
3-4 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan kicap pekat 
(adjustable)

Cara-caranya;
- Tumis semua bahan kisar hingga naik bau
- Kemudian masukkan perencah dan goreng seketika
- Pecahkan pula telur dan goreng bersama perencah hingga mesra
- Masukkan kicap pekat dan sos tiram
- Masukkan juga sedikit air untuk dijadikan menjadikan mihun sedikit basah
- Setelah itu masukkan mihun dan gaul hingga serata
- Masukkan sayur dan gaul bersama bahan-bahan lain
- Beres


Nota kaki;
Petua untuk menjadikan mi atau mihun goreng lebih sedap
* Jika kita menyiang udang, jangan dibuang begitu sahaja kepalanya.
* Ketepikan di dalam satu bekas.
* Setelah itu blender kepala udang tadi lalu ditapis.
* Air dari kepala udang itu (stok udang) boleh digunakan tiap kali hendak menggoreng mi atau mihun.
* Insya'Allah, hasil mi atau mihun yang digoreng akan menjadi lebih manis.

Manakala untuk menjadikan mihun "basah"
* Pastikan mihun telah sepenuhnya "lembut" kerana mihun yang masih keras akan menyerap lebih banyak air.
* Semasa menumis, lebihkan sedikit minyak. Ini juga akan menjadikan mihun lebih basah serta lebih berkilat selain dari lebih lembut.
 





No comments:

Post a Comment