Tuesday, May 15, 2012

Kari kepala ikan... again..


Ello all,

Ibu buntu dah... tak tahu dah apa lagi cara nak menggayakan "kepala ikan merah" yang ada dalam fridge. At last, kari kepala ikan jugak la. Memang kari, kari dan kari ni bukanlah favorite sangat di rumah ni. Tapi kalau dah menyangkut hal-ehwal kari kepala ikan merah, insya'Allah.. rasanya Cik Asben tak tolak rezeki. Lain orang, lain cara masakannya. Me, sekadar yang boleh diterima dek warga masyarakat dalam rumah ni sahajalah. Tapi jika ada yang sudi nak berkongsi ilmu, berkongsi rasa.. sila la lihat resepi di bawah.

Bahan-bahan;
Kepala ikan merah 
* sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* sedikit halia
(semua bahan * ditumbuk)
Santan pekat 1 tin
3 sudu makan serbuk kari daging Babas
2 senduk cili boh- adjustable
Sedikit daun kari - adjustable

Sidekicks;
Tomato puri dan kacang bende.

Cara-caranya;
1- Tumis semua bahan * bersama daun kari sehingga naik bau.
2- Kemudian masukkan pula cili boh dan serbuk kari dan ditumis lagi sehingga terbit minyak.
3- Setelah itu dimasukkan santan dan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
4- Kacau seketika sehingga kuah mendidih.
5- Masukkan kepala ikan dan disiram selalu kuah kari ke atas kepala ikan agar kepala ikan masak serata.
(boleh jugak dibalikkan, tapi hati-hati agar kepala ikan tak pecah - tak cantik la nanti)
6- Masukkan sidekicks dan perasakan dengan garam.
7-Selesai sudah.


No comments:

Post a Comment