Alhamdulillah..
Selesai
 dan sampai sudah hajat Ibu serta keluarga di sini untuk mengadakan 
bacaan As-Yasin serta doa selamat untuk adinda Mohammad Nazri dan 
isterinya yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada 
23hb Mei ini. Harapan kami agar umrah beliau serta anggota rombongan 
yang lain berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan serta yang
 paling penting diterima oleh Allah swt dan akhirnya mendapat umrah yang
 barakah, insya'Allah.
Majlis
 bermula dengan solat Isyak berjamaah lalu diteruskan dengan bacaan 
As-Yasin dan doa selamat. Terima kasih dari pihak kami kepada Abang 
Yunos atas kesudian beliau mengetuai solat jemaah, bacaan As-Yasin dan 
doa selamat. Terima kasih jugak kepada keluarga Pokcik Faizal, Nordin 
dan Megat atas kesudian mereka ke majlis kami yang tidak seberapa ini.
Sedih
 la pulak rasa bila memikirkan selepas ini ada di antara keluarga 
tersebut yang akan pulang ke Tanah Malaya seawal hujung minggu ini dan 
seterusnya diikuti oleh keluarga yang lain. Ibu jugak akan pulang, 
insya'Allah pada minggu ke-3 June. 2 bulan cuti babe.. Cuma selepas Hari
 Raya Aidil Fitri barulah kami akan berkumpul semula.
Adatlah
 bila sudah lama merantau, walaupun berada di dalam kelompok keluarga 
tercinta.. rindu jugak rasanya pada teman-teman di negara Pasir 
Berdengung ni. Ye la, Most of the time (9-10 bulan) berada di sini, 
tentunya mereka seakan-akan seperti keluarga sendiri kan.
Jiwang karat la pulak.. 
Anyway..
 untuk majlis semalam Ibu cuma sempat masak a few dishes (the "common" 
dishes) lantaran tetiba je pulak building ni ada gangguan elektrik. Ibu 
masak guna dapur elektrik.. gabra weiiii... Alhamdulillah, selepas 2 
jam, elektrik OK semula so dapatlah Ibu meneruskan tugas sehingga 
selesai majlis kira-kira jam 11.30pm. Ikutkan hati "the parents" masih 
syok bersembang. Tapi mengenangkan Amsyar bersekolah pada keesokan 
harinya, maka terpaksalah masing-masing angkat kaki. Anak-anak yang lain
 ada yang telah mula "summer holiday".
Okey, jom kita lihat apa yang ada.. shall we..
The ladies, baru nak mula majlis makan ni..
Antara jemputan pihak lelaki
The "forever" smiling Cik Laila
The happy faces
2 -vs- 2
Lauk wajib.. Gulai daging salai..
Sambal tumis sotong with petai..
Alhamdulillah.. licin sampai ke biji-biji petai pun selamat..
The remaining of my "ayam masak tomato"..
Goreng sayur pucuk paku..
After second round, these are the only remaining of my sayur pucuk paku
Tak ada orang "berkenan" dengan udang-udang tu ke?
My simple ulam.. jarjer & cucumber
Buah tangan dari Kak Elli (jelly merah) & Ija (cekodok pisang ula-la)
Buah tangan dari Puan Mala.. kek lapis pelbagai rasa..
No comments:
Post a Comment