Wednesday, May 16, 2012

Khasiat lobak merah & lobak putih.


NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN. Lobak merah juga digunakan bagi penyediaan acar timun, air lobak dan kek lobak.

Lobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin. 

Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak. Lobak merah juga adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan.

Lobak merah juga berupaya mengurangkan :

1. kandungan gula dalam badan.
2. mencegah kanser.
3. mengubat kencing manis.
4. gout.
5. penyakit jantung.
6. penghadaman dan penglihatan.

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser.

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung, diarrhea, dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu lobak merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


Manakala lobak putih pula merupakan sejenis sayur dengan nama trinomial Raphanus sativus longipinnatus.

Sayur ini mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-piruvik dan asid amino.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Antara khasiat lobak putih :

1- bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
2- merangsang nafsu makan.
3- meringankan gugup dan darah gemuruh.
4- baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan.
5- mengatasi masalah pencernaan.
6- meredakan sembelit.
7- merawati selsema.
8- membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu empedu.
9- membantu dalam kes tuberkulosis.
10- lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran kencing oleh buah pinggang. (elok untuk pesakit batu karang).
11- baik untuk pesakit diabetes.

Di sini juga Ibu ingin kongsi sedikit tips untuk membuat sup dengan menggunakan lobak putih. Sup ini dipercayai lebih baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Cara-caranya mudah sahaja.

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment