Sunday, May 6, 2012

Mihon soto


Good morning all,
Hari ni Amsyar first day at school for his new term. Dah naik year 6 anak Ibu. Tapi biasalah bila dah tiga minggu cuti, so bila nak mula balik tu banyak la huk sana huk sini.

First question.. "sapa nak hantar abang pi sekolah?". Dia ni mudah sangat panic. Walhal kita elok je dah siap-siap adjust transport and all. Tapi memandangkan Amsyar is under "Cik Asben full guardian", so kurang la sikit kelam-kabut Ibu. Tapi yang dua tu, memang Ibu kena handle la. Mujur dia orang berdua tu jalan kaki je ke sekolah.

Cuma satu about Amsyar.. dia tak suka breakfast kalau nak ke sekolah. Dia cepat muak kalau makan awal pagi sangat. Ni memang dah rasmi dia sejak dari darjah satu lagi. Air pun dia tak mahu minum. Unlike Haazem, sedap je layan tekak. Kalau tak cukup kenyang, mau je dia susah hati nak ke sekolah.

Anyway, ini sebenarnya our last night dinner. Soto mihun (edisi merempit) ei. yang tak cukup sifat. Tiba-tiba je nak makan soto walhal plan asal nak masak lain. Lagi pun semalam dah seharian berjimba di luar, balik rumah memang dah tak ada tenaga nak masak proper dinner. Janji anak-anak kenyang, alhamdulillah. Btw, favourite Arif ni, sebab ada nasi impit kan.

Okey, kalau ada yang sudi nak try resepi mihun soto edisi "merempit" ni, jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Ayam 10 ketul
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Sedikit lengkuas
(Bahan * dikisar halus)
5-6 batang serai, ditumbuk sedikit
4-5 sudu makan serbuk kurma
1 sudu serbuk kunyit

Cara-caranya;
1- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2- Masukkan serbuk kurma dan serbuk kunyit lalu ditumis bersama sehingga terbit minyak.
3- Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
4- Setelah itu masukkan ayam dan biarkan sehingga lembut.
5- Masukkan serai yang telah diketuk tadi.
6- Masakkan kuah soto sebentar lalu perasakan dengan garam.
7- Siap.

Jika suka;
Bolehlah dimasukkan seketul kiub pati tulang lembu sebagai menambah perisa.

Nota kaki;
1- Soto ni wajib ada bergedil, nasi impit, mihun, ikan bilis goreng, kacang goreng, daun bawang,  taugeh, daun sup, bawang goreng dan kicap cili.
- Tapi Ibu cuma boh ayam (skip on hirisan ayam), daun sup and kicap cili.
- Tu sebab panggil edisi merempit, ekspress sesangat.

2- Kicap cili;
Ibu cuma blend cili, bawang besar.
Then campurkan dengan kicap manis.
Adjust dengan gula, garam dan perahan lemon.

No comments:

Post a Comment