Sunday, June 10, 2012

10 JENIS PEREMPUAN YANG MASUK NERAKA



1) Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana di dalam sembahyang iaitu sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya.

2) Perempuan yang digantung dengan lidah dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta).

3) Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iaitu buah kayu yang di dalam neraka yang amat pahit) apabila dimakan, maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya.

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam mulutnya kerana keluar tanpa minta izin suaminya walau ke rumah ibunya sendiri.

5) Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya. (Sekiranya si isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si suami tidak menegah, maka si suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka. Nauzubillahiminzalik.

Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat. Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah. Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya, maka iaitu haram. Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya.

6) Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu mandi junub, haid dan meringan-meringankan sembahyang.

Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang. Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi. Maka sembahyangnya tidak diterima. Apabila tidak diterima, maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima. Bagi orang yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون :

Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai. Lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie.

7) Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina .

Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita ke arah berzina. Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain.

8) Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya .

Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki, hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki.

9) Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil. Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia.

10) Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka. Mereka ini adalah dari perlakuan yang suka mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan. Lagi banyak dengki-mendengki.




No comments:

Post a Comment