Friday, June 29, 2012

Helppppp!!!

Keadaan pelamin yang baru siap dipasang. Tapi lepas ni memang nak kena cuci laa gamak nyer. Cop cari dan cap tangan.. bersepah sana sini..

Insya'Allah esok SIL akan melangsungkan perkahwinannya. Tapi kerja-kerja di rumah ni masih banyak yang belum siap. Dari pelamin, barang hantaran, goodies bags, khemah... ishhhh.. banyak lagi laa. Mujur tugas Ibu hanya bahagian menyiapkan pelamin dan barang hantaran. Alhamdulillah.. Bolehlah bernafas sikit.

Tapi mujur jugak laa hidup di kampung ni, sifat dan semangat tolong-menolong antara jiran masih kuat. Seawal jam 9.00 pagi sudah ada sahaja jiran yang bertandang ke rumah menghulurkan bantuan. Ringan tangan. Kerja yang berat menjadi ringan. Kerja yang renyah menjadi mudah.

Waktu ini jugalah Ibu ambil kesempatan untuk berjumpa dengan sanak saudara sebelah Cik Asben.. Errr.. tapi harap maaf la. Dek terlalu ramai sampaikan Ibu sendiri tidak dapat mengingati setiap nama-nama mereka. Tidak ketinggalan mengenalkan anak cucu kepada tok dan nenek. Begitu jugak dengan pakcik dan makcik. Jumpa setahun sekalilah katakan.

Bagi hero-hero Ibu pulak, soalan wajib.. "pandai kecek Arab ko ni?". Errrr... sengeh sahajalah bebudak tu sebab none of my boys fasih berbahasa Arab. Rugi kan.. hurmmmm...

Kerusi pengantin punya laa comot. 3 kali cuci baru nampak cerah sikit. Macam mana la dia orang ni berniaga kalau "servis" tak maintain. 

Kompom lepas ni orang tak salah panggil lagi..







Thursday, June 28, 2012

Terapi minda..

Ello all,

Tak ada apa nak buat, so pi la melawat taman bunga, actually mini garden my MIL. MIL memang kategori green fingers. Hatta tanam apa sekali pun, insya'Allah akan menjadi. Gamaknya dari bunga sampailah ke tanam pokok buah-buahan. Cuma atas sebab-sebab kesihatan, sekarang ni kurang la sedikit dia membelek anak-anak angkat dia tu. Otherwise, kira macam terapi minda untuk MIL jugak la.














Tho' bukanlah bunga ros, lili or carnation.. tapi for Ibu yang dah minat bunga ni.. ini pun dah cantik sangat-sangat laa. Dulu before berhijrah ke sana, ada jugak laa layan bunga-bunga ni. But since dok sana, belum ada kesempatan lagi nak layan hobi lama ni. Tambahan pulak dengan balcony bersaiz terhad. Walhal Bujang Sulung dah lama mintak Ibu set him a mini garden. Amsyar tu suka sangat la kalau ada mini garden kat balcony tu. Cuma takutnya nanti habis bunga rentung dek pencemaran asap rokok Cik Asben. Insya'Allah, winter ni Ibu cuba jugak la ikhtiarkan. Teruja ni. Well, I'm been saying that for the past 3 years now.

Wednesday, June 27, 2012

Bila cucu tunjuk rajin...

Kerahan tenaga "sukarela"...

Ello all,

Gambar kat atas tu bahan bukti cucu-cucu Tok Ayah semua nak tunjuk rajin. Maklum je laa, balik setahun sekali. Tapi memang dia orang rela pun sebab lepas kutip and kumpul daun-daun kering tu, boleh bakar sampah pulak. Itu laa sebenarnya yang ditunggu-tunggu. Boleh main api. Tapi cuma if Atok Ayah is around, otherwise.. big NO. Bahaya weiii.. dah la dalam keadaan panas kering macam sekarang ni. Tak pasal-pasal karang kena call bomba pulak.

Arif solo.. Haazem dah ngelat naik rumah..

Tapi sebenarnya memang Ibu galakkan dia orang buat kerja macam ni. Kita asal dari kampung so at least kena la kenal dengan pencakar, ranting kayu, bakar sampah and apa-apa yang sewaktu dengannya. Jangan laa tahu nak layan gadget sahaja. Memang tak setuju sangat la Ibu. Tambahan pulak anak lelaki. Nak jadi apa kalau kerja-kerja mudah macam ni pun tak reti nak buat.. Oppssss.. ter-membebel laa pulak. 

Ikan bakar tawar.. partner.. BUDU..

Ini memang aktiviti wajib kami setiap kali balik kampung. Tak kira la rumah Kelantan or N.9. Mesti nak bakar ikan. Yang sedikit membezakan, kalau balik Kelantan layan dengan budu la. While kalau balik N.9, layan dengan air asam. Alhamdulillah, anak-anak Ibu memang tak banyak kerenah tentang bab makan. Mungin sebab semasa di sana pun Ibu hidangkan lauk-lauk yang sama jugak. Jadi tak ada laa "kejutan makanan".

Combo meal for lunch.. Bachok style..

Meneman Cik Asben "menembak" di PCB

Ello all,

Sampai jugak Ibu ke the infamous Pantai Cahaya Bulan. Bukan tersenarai dalam projek wajib pun. Cuma kebetulan meneman Cik Asben melayan sunset. Sambil-sambil tu tak sah kalau tak menjamu tekak dan perut.Hampir ke semua gerai menawarkan juadah yang sama. Semuanya berasaskan makanan laut. Ibu pun sebenarnya bukanlah peminat "seafood" sangat, tapi sesekali.. apa salahnya kan kan kan.

Sotong, udang dan ketam goreng tepung.. 

Bukan masuk dalam senarai wajib makan pun ni, tapi bila dah ada peluang tu.. takkan nak pandang sebelah mata je kan kan kan. Komen ikhlas dari Ibu, gerai tempat Ibu makan ni.. cuma sotong sahaja yang fresh. Lain-lain tu semua macam dah re-fried jer. Apakan daya..dah rezeki macam tu, redha' je laa..Dah la tu, sekali makan sampai RM30.00. Wooooo.. tekujat sekejap..

Mana lagi sotong ni?? 
Tepung je yang banyak..

Tak terkata dah.. 

Seperti biasa setiap kali Cik Asben pi menembak, memang Ibu la yang jadi subject nyer.. memandangkan Cik Asben belum berkesempatan nak meng-edit hasil kerjanya.. Ibu layan syok sendiri je la dulu ya.

Ni je la sekeping gambar Ibu dengan si Cinonet..

Tuesday, June 26, 2012

Kelik Kelate kito wehhh..

Ello all,

Pembuka bicara hari ini, for sure la sarapan kan. Kalau di negeri Cik Siti Wan Kembang ni tak lain tak bukan nasi berlauk dan nasi dagang. Both Ibu dah khatam pagi ni. Siap pesan pada Cik Asben "kalau nak pi tapau, ajak Sham skali". Kureng feel la kalau setakat berkirim, bila ikut sekali.. syok cuci mata.

Antara gerai yang menjual pelbagai juadah untuk sarapan pagi.. 

Nasi kerabu, tapi Arif panggil "nasi biru". Portion Cik Asben tapi Ibu cilok gak sikit..

My portion of Nasi Dagang.. secukup rasa..

Lunch hour pulak.. dalam marathon mencari baju kurung batik sutera hat instant di Bazar Buluh Kubu kami sempat menjamu selera "nasi ulam" di Museum Kraft. For an Ulamsss lover like me.. memang cukup puas hati. Pilih ulam pun boleh pusing meja sampai 2-3 kali. Rambang mata. Itu belum lagi time nak memilih lauk. Don't know where to start, don't know where to stop.

Nasi ulam. 
Makan berdua ngan Cik Asben cuma RM17..  aduhai, murah betul..

Iklan free..
Kanan kiri tangan berisi.. mulut.. sampai gembol pipi..

Selepas tong diisi, pencarian diteruskan kembali. Dengan tenaga yang telah kembali "recover", baru terang biji mata. Terlalu terang nyer biji mata sampaikan tak tahu nak pilih yang mana la pulak. Rambang mata babe. Tapi kecundang juga kerana hat instant tidak ada yang berkenan di mata. Dalam pada itu, untuk jangan pulang dengan tangan kosong, sempat jugak disambar dua pasang batik sutera. Harap-harap "tailor" sudi laa ambik tempahan untuk hari raya lagi. 

Belek itu belek ini, semua berkenan.. semua cantik..

Berkenan dengan yang "di luar tema".. should I or shouldn't I?

Lagi berkenan dengan yang "di luar tema".. kompom ada yang kena tegur dengan Amsyar ni nanti..

Macam mana la tak rambang mata kalau batik-batik sutera semuanya cantik-cantik macam ni..
You tell me..

Monday, June 25, 2012

Makan DURIAN.. check..

Assalamualaikum all,

Jejak sudah kami di Tanah Malaya. Jejak sudah juga kami di kampong halaman. Alhamdulillah, hujan rahmat turun seperti menyambut kepulangan kami sekeluarga. Anak-anak bukan kepalang suka bila hari hujan kerana air hujannya bersih tidak seperti di Kuwait yang setiap kali hari hujan, keadaan menjadi kotor disebabkan air hujan yang bercampur dengan debu pasir.

Halaman rumah yang menjadi lecak dek air hujan tidak sedikit pun mematah semangat anak-anak untuk bermain di luar. Yang terdengar hanya jerit suara Ibu lantaran khuatir kelak ada yang demam atau selsema dek bermain air hujan. But boys will always be boys. Ada aku kisah, janji happy kan kan kan.

Sebelum itu, seperti diramalkan ketibaan kami awal dari dijangkakan. Kapalterbang Tok Syeikh tu tho’ dah taraf museum tapi “gagah” weiii. ETA 1.30pm hari Jumaat lepas tapi jam 1.03pm kami dah jejak KLIA. Itu pun depart from Kuwait dah delay almost setengah jam. Seronok sangat la anak-anak. 8 jam kaki terkedu dalam flight, bisa weiii.. jenuh dah Ibu ke hulu ke hilir masa dalam flight.

Walaupun bukan "Musang King", durian kampung pun dah cukup syukur..

RM10 sebakul.. cukup puas hati..

Then, semasa dalam perjalanan pulang ke kampong banyak pulalah gerai-gerai yang menjual buah-buahan. Apa lagi, pucuk dicita durian dan manggis pula yang mendatang. Mungkin bukan “Musang King” tapi memadai untuk melepaskan hajat Cik Asben.

Pagi keesokannya, sebelum kami bertolak balik ke Kelantan, demi menyampaikan hajat Haazem and Arif.. nak sangat “potong kek”. Tapi bila dah disuruh potong, "malu" pulak katanya. “Kenapa nak kena potong depan orang ramai?”. Alahai, anak jantan Ibu.. pemalu rupanya..

Dalam hati ada taman...

Adam pun tumpang sekaki.. 26hb Jun..

Sunday, June 24, 2012

Mengapa kita perlu memakan buah-buahan.


1- Buah strawberi
Ia amat berpontensi melawan penyakit kanser dan penuaan.


2- Buah pisang
Ia amat baik untuk ahli-ahli sukan kerana ia memberikan tenaga.


3- Buah ceri
Ia membantu mengawal masalah pada sistem saraf.


4- Buah anggur
Ia membantu merehatkan saluran darah.


5- Buah nanas
Ia membantu melawan artritis.


6- Buah bluberi
Ia membantu melindungi jantung.


7- Buah peach
Ia amat kaya dengan kalium, fluorida dan zat besi.



8- Buah kiwi
Ia membantu meningkatkan jisim tulang.


9- Buah mangga
Ia membantu melindungi badan daripada beberapa jenis kanser.


10- Buah tembikai
Ia membantu mengawal kadar degupan jantung.


11- Buah oren
Ia membantu mengawal dan mengekalkan kulit yang cantik serta membantu menjaga mata.


12- Buah epal
Ia membantu membangunkan sistem perlindungan badan terhadap sebarang jangkitan.

Saturday, June 23, 2012

Ketuat ohhhhh.. ketuat.



Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat. 

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

Salap asid salisilik
Podophyllin
Interferon & asid trichloracetic (TCA)
Terapi cryo
Pembedahan membuang ketuat 

Di samping itu, juga terdapat cara membuang ketuat secara tradisional.

1- Ambil seulas bawang putih sederhana besarnya dan hiris ditengahnya kemudian gosokkan di tempat tumbuhnya ketuat. Digosokkan sehingga keluar darah dan jangan berhenti sehinggahlah ia tertanggal. InsyaAllah, ketuat itu tertanggal sekali dengan akarnya dan ia tidak akan tumbuh semula.

2- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

3- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

4- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

5- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

6- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.Kalau tumbuh pun di tempat lain.

Selamat mencuba.