Thursday, June 7, 2012

Bubur berlauk.. menjamu orang sakit.


Assalamualaikum all,

Marathon nak menghabiskan apa-apa yang patut dalam perut fridge. Serunding dan ikan bilis termasuk dalam senarai utama. Dalam buntu tahap tepu, bubur berlauk menjengah fikiran. Kami pun dah lama tak makan bubur. Memandangkan daun sup tak ada, maka bubur tumis kosong sahajalah ya. Biasanya selepas masak bubur kosong, Ibu akan tumis dengan bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Then, kalau nak wangi sikit, taburkanlah daun sup yang dihiris halus. Nak bagi kelainan sikit, biasanya kami akan perah sedikit jus lemon. Cuma satu masalahnya, jika diperah lemon ni, bubur cepat basi. Tapi tak ada laa rasa macam makan bubur "orang sakit" sangat.

Kali ni, Ibu cuma sempat buat lauk kangkung goreng kosong, ikan bilis berlada (actually ada petai sekali), serunding dan telur puyoh. Cukup la tu. Banyak sangat lauk nanti, meriah sangat la pulak.

Terima kasih jugak pada Cik Ujie dan suami yang sudi makan bubur sempoi Ibu (walaupun sesenduk sahaja). Terima kasih jugak untuk "buah tangan". Malam ni kenduri lauk ikan tenggiri la kami.


Nota kaki;
Ilham nak masak bubur ni sebenarnya tercetus sebab Ibu teruja tengok bubur Cik Zura. Berbaloi laa jugak cilok idea dia..


No comments:

Post a Comment