Wednesday, June 20, 2012

Chicken wings goreng pedas.. lagi ringkas.. lagi bagus.


Ello all,

Sesekali masak ringkas sebegini pun, bagus juga. Janji perut sudah dialas.. alhamdulillah. Tambahan pulak bila banyak kerja yang sedang menunggu. Semakin masa dan detik menghampiri, semakin tak cukup masa pulak rasanya. Capai itu tak kena, capai ini tak jugak kena. Haisshhh.. Hari ni Ibu goreng chicken wings pedas sahaja. 2 in 1 sebenarnya. Yang berlada untuk Amsyar, while yang plain untuk Haazem and Arif. Anak-anak bila perut dah kenyang, kurang sikit meragamnya.

Jika ada yang sudi berkongsi rasa, bolehlah cuba resepi di bawah.

Bahan-bahannya;
Kepak ayam - 12 ketul
* cili api secukup pedas
* sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* sedikit halia

Cara-caranya;
1- Perapkan kepak ayam bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga garing, tos dan ketepikan.
2- Kisar bahan-bahan bertanda * lalu digoreng sehingga naik bau.
3- Masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
4- Perasakan dengan garam.
5- Beres.

Nota kaki;
Jika suka, bolehlah dimayang sedikit bawang merah lalu digoreng bersama ayam ketika telah selesai semuanya. Ini agar bawang masih rangup dan tidak terlalu lembut.






No comments:

Post a Comment