Wednesday, June 6, 2012

Goreng sardin, pucuk ubi dan mangga. Ada aku kisah??


Assalamualaikum all,

Pelik?? Tak ada yang peliknya.. dan kalau ada yang masih berasa pelik.. ada aku kisah. 

Mungkin orang lain tidak biasa dengan masakan sebegini, tapi pada Ibu biasa-biasa sahaja. Malahan sebelum balik ke sini tahun lepas, Ibu sempat masak lauk sebegini. Alhamdulillah, lepas hajat dihati sekarang.

Masih berasaskan sardin dan "asam". Ibu gunakan sebiji mangga muda dan ditambah dengan sedikit pucuk ubi. Mentang-mentanglah stok pucuk ubi ada lagi ni..

Jika ada yang sudi mencuba kelainan, resepi ada di bawah. Selamat mencuba. Tak sedap, jangan komplen ya..

Bahan-bahannya;
2 tin sardin cap ayam
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* cili api secukup pedas
Sebiji mangga
Sedikit pucuk ubi

Cara-caranya;
1- Mangga dihiris nipis, ketepikan.
2- Pucuk ubi dibersihkan, dibilas dan ditoskan, ketepikan.
3- Kemudian tumis semua bahan * hingga naik bau.
4- Masukkan sos sardin dahulu. 
5- Apabila telah terbit minyak, masukkan sardin dan gaul hingga serata
6- Masukkan mangga yang telah dihiris nipis
7- Kemudian masukkan pucuk ubi yang telah dibersihkan tadi.
8- Perasakan dengan garam
9- Dah setel...

Bahan bukti
Sardin + belimbing buluh + pucuk ubi
(masa kat kampung ni)


No comments:

Post a Comment