Friday, June 15, 2012

Ketika MALAS datang menggamit..

Ello all,

Lunch time lagi. Hari ini dan seperti kebanyakan hari Jumaat yang lain sememangnya Ibu diberikan OFF untuk masak makan tengah hari. Win-win-situation ni. Ibu boleh laa rehat layan kepala whereas anak-anak and Cik Asben pulak layan la tekak "lain sikit" dari air tangan Ibu.


Hari ni Cik Asben berhajat nak makan nasi mandi Yemeni. Tambahan pulak ada sokongan dari Uncle Bob and Amsyar, memang menjadik je projek terjah. Dah duduk kat negara Pasir Berdengung ni macam-macam nasik mandi yang ada. Pilih je la mana yang kena dengan selera sendiri. Ibu, makan jer apa yang ada. Isshhh, come to think about it, lama jugak dah kami tak makan fast food. Semuanya nasiiiiii jer. Janji kenyang, alhamdulillah.

Nasi mandi kat sini memang big portion. Satu tray boleh layan 2-3 orang. Tapi kalau dah jenis "tong expendable", sorang pun boleh habis.

Jom, layan mata tengok apa yang ada.

Nasi mandi Yemeni - ayam

Nasi mandi Yemeni - kambing

Ulam wajib - jarjer

Ada ulam jarjer, maka wajib jugak ada BUDU..

Melopong tengok kartun, bila laa nak makan ni..

Cik Asben and the geng.. majlis makan "adap-mengadap"

No comments:

Post a Comment