Monday, June 18, 2012

Nak nasik jugak.. gulai sotong ngan nenas.


Ello all,

Tekak Melayu jati, tak sah kalau tak mencari nasi. Perut N9 jati kalau nak menggulai. Walaupun satu rumah tunggang terbalik dengan beg terbentang sana sini, perut tetap wajib diisi. Mungkin anak-anak boleh compromised sekadar hanya dengan weekly special treatment, MEGGI.. Ibu and Cik Asben tetap mencari nasi jugak. Terasa seperti kurang sifat jika tidak menjamah nasi.

Mula Cik Asben suruh goreng kunyit, tapi minggu lepas dah buat. Ada pulak yang rekomen buat sambal, Ibu pulak tak makan sambal, so at last as the above. Sotong pulak.. aduhaiiiii.. ciconett nyer. Masa dok pilih tu, lebar dalam 3 jari jugak laa. At last, dapat yang besar ibu jari jer. Biasalah kalau pi pasar basah Mubarakiyah. Auta lebih sikit. Nak pi pasar Souq Shark, errr.. kurang rajin laa.

Nenas (ke nanas) pulak guna hat dalam tin je. Tak dan la nak beli yang "sebijik" tu dah la yang makan nenas dalam ni cuma Ibu and Cik Asben je. So, tak payah la nak buang duit or buang masa nak menyiang nenas. Tak berbaloi langsung.

Kalau ada yang berkehendak dengan resepi mudah ni, sila lihat di bawah.

Bahan-bahan;
Sotong (anggaran dalam 500 grams)
1 tin nenas kiub
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
3 batang serai
1 tin santan pekat
Sedikit air
1 biji cili hijau (besar) untuk hiasan
 
Cara-caranya;
1- Cili api dikisar hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan air cili dan serbuk kunyit ke dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
3- Kemudian masukkan santan, serai yang diketuk sedikit dan sedikit air, jika kuah terlalu pekat.
4- Kacau selalu hingga kuah mendidih.
5- Setelah itu masukkan sotong yang telah dibersihkan.
6- Apabila sotong telah masak, masukkan nenas.
7- Perasakan dengan garam.
8- Selesai sudah.
 
 


No comments:

Post a Comment