Monday, July 23, 2012

Bersahur dengan burung puyoh goreng.


Kussss... semangat. Mujur Ibu tak tumbang pagi ni. Dugaan nak mengejutkan anak-anak bangun sahur ni bukannya sedikit. Rasanya pengalaman Ibu dengan dengan Amsyar tidak laa sehebat dengan Haazem. Tapi kalau tak diusahakan bersahur, takut menjelang zohor dia pulak yang tak tahan nanti.

Dengan berat 44kg, Allah sahaja yang tahu bagaimana berusahanya Ibu nak membawa Haazem ke meja makan dari tempat tidur. Kalau tahun lepas Ibu masih mampu mendukung Haazem, tahun ni Ibu surrender. Memang mampat betul la mamat sorang ni. Cuma mujur tahun ni Haazem tak perlu makan bersuap. Tho' dengan mata pejam separuh, dia masih mampu makan sendiri.  

Harap-harap jangan laa Haazem buat lagi macam pagi ni. Sampai tak cukup nafas Ibu dibuatnya. But again, adat laa kan, budak-budak. Ibu dulu pun liat nak bangun sahur.. haishhhh...

No comments:

Post a Comment