Monday, July 23, 2012

Bersedia untuk moreh, mi goreng basah.

Assalamualaikum all,

Sebetulnya Ibu merancang nak buat laksa sardin untuk moreh malam ni. Tapi apakan daya, Ibu and Omak turun ke pasar pun dah jam 3.00 petang. Segala jenis sayur, ikan, udang, sotong, daun kesum dan bunga kantan sudah pun habis. Sampaikan nak beli laksa basah pun dah habis. Ibu ingatkan since hari ini hari bekerja, pasar tidak laa terlalu sibuk. Nampaknya tekaan Ibu meleset sama sekali. Kalau macam inilah keadaannya, maka kena turun pasar sebelah pagi jugak laa.

Ibu pulak jenis yang tak suka nak turun pasar awal-awal pagi sebab Ibu memang jenis kurang suka berebut barang. Pasar di tempat Ibu barang-barangnya tersangat laa mahal. Sekali ganda dari yang dijual di Tesco atau di Giant. Kalau macam ni, memang Ibu sanggup turun ke bandar Seremban. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa dalam 20 minit, tapi kalau dah malas tu.. malas laa jugak. Lagi pun, sebenarnya Ibu ni takut. Bukan takut sikit tapi takut "banyak". Maklum sahaja laa, kalau pergi ke market yang macam tu, dugaannya "besar". Dari kain tudung yang macam-macam jenis sampailah ke aksesori perhisan rumah. Mana tahannnnnn...

Berbalik ke "moreh", so since bahan-bahan tak mencukupi.. malam ni Ibu jamu tekak dengan mi goreng basah sahaja laa. Tapi Ibu buat plain. Kalau ada sesiapa yang nak pedas, Ibu sediakan cili potong yang dicampur dengan kicap bersama dengan perahan air limau nipis. So sendiri adjust la ya. Selamat menjamu mata.. bismillah...



 


No comments:

Post a Comment