Monday, July 9, 2012

Ikan bakar di Restauran Ana, Kuantan.

Ello all,

Tak sah kalau tak pekena ikan bakar. Senang sebenarnya kalau nak mencari "ikan bakar" kalau di Tanah Malaya ni. Tidak perlu sehingga terpaksa mencari di kawasan yang berdekatan dengan pantai, di tengah kota pun ada. Contoh.. ikan bakar Jalan Bellamy.

Tapi yang masuk dalam senarai wajib makan kami bukanlah di Bagan Lalang, Umbai, atau mana-mana yang biasa dan sudah lama dikenali dengan ikan bakarnya, tetapi kali ini kami ingin mencuba ikan bakar di Restauran Ana, Kuantan, Pahang. Femes-nya ikan bakar di sini sampaikan di dalam Cari Forums heboh diperkatakan.

Kebetulan pula kami bercadang untuk singgah di Kuantan sekembalinya dari Kelantan. Bagai pucuk dicita, ikan bakar yang diminta pun tiba. Mujur jugak "Qies" ada di Kuantan. Makin mudahlah misi kami untuk mencari restauran ini.

Dari khabarnya, restauran ini sememangnya terkenal di kalangan pelanggan luar dari Kuantan. Mungkin juga pelanggan local sudah ter-biasa dengan juadah di sini, maka semakin mudahlah "laluan makan" bagi kami.

Namun begitu semasa kami di sana, keadaan sesak juga. Oleh yang demikian kami naik ke tingkat dua. Alhamdulillah, lebih selesa dan kurang sibuk. Cuma keadaan makan di tingkat atas, duduk bersila. Lain di tingkat bawah yang menggunakan meja dan kerusi seperti biasa.

Menu wise, macam-macam ada. Janji kantungnya penuh berisi, semuanya pasti termakbul. 

Tuan Rumah yang sangat cantik.. sangat peramah.. sangat baik hati..

Ketam yang tak tau jenis apa masak nye.. lupa laa..

The authentic, ikan pari bakar dengan sambal tumis petai..
The infamous.. paling popular ikan bakar di sini dibakar dengan sambal tumis petai..
One must try..

Siakap bakar..

Siakap kukus..

- Bahan bukti -
Restauran Ana dilanggar geruda..


Nota kaki; 
A bit unfortunate, kami tidak berkesempatan untuk mengambil gambar sotong goreng tepung, telur dadar, sup ayam (lauk orang sakit) dan sayur campur sebagai bahan bukti. Bz bz bee menyuap mulut dengan juadah yang ada di depan mata.


No comments:

Post a Comment