Thursday, July 19, 2012

Kencing kotor??


Istilah kencing kotor sering digunakan untuk seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lawas. Sejenis penyakit yang sangat senang menyerang, namun merawatinya jugak tidaklah begitu susah. Akan tetapi jika setelah berusaha dengan beberapa cara yang dicadangkan ini, masih tidak nampak akan kesannya, eloklah jika susulan ke klinik dipertimbangkan.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?

1- Makanan harian yang dicampur dengan bahan kimia, lemak dan perasa.
2- Bahan pengawet yang terdapat pada daging, ayam dan sayur-sayuran.
3- Banyak minum air yang bergas, makanan ringan, merokok dan meminum arak.
4- Kurangnya meminum air masak dan bertapis, tidak mengamalkan pembersihan yang tinggi.
5- Berpakaian ketat (dalam dan luar) khususnya kaum wanita.
6- Tekanan perasaan atau emosi yang tidak menentu.
7- Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI).
8- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C.
9- Pesakit kencing manis (diabetes).
10- Mengandung.
11- Pengambilan sesetengah ubatan.
12- Terdedah kepada sesetengah bahan kimia.
13- Batu karang dalam saluran kencing.
14- Kerosakan buah pinggang.

Pencegahan.

 Minum air dengan secukupnya, dicadangkan 6-8 gelas sehari.

Elakkan dari menahan kencing

Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants.
Jusnya senang terdapat di farmasi.

Makan buah nenas atau meminum jus nenas.
Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

Secara tradisional pula, mungkin cara ini boleh membantu.

Daun pegaga
Ambil secekak daun pegaga, dan beberapa  tangkai daun inai.
Masukkan lima gelas air bersama daun tersebut.
Rebus sehingga ianya hanya tinggal anggaran dua gelas air.
Biarkan suam dan terus minum.
Setiap rebusan boleh tahan hingga dua atau tiga kali minum.
InsyaAllah kencing kotor akan baik dan perut tak sakit lagi.

Barli
Sebelum direbus, basuh dahulu barli tersebut seperti membasuh beras.
Apabila telah bersih barli rebus dengan air yang banyak.
Masak dalam setengah jam dengan api yang perlahan.
Untuk mendapakan rasa yang lebih enak, dicadangkan masukkan sedikit garam.
Jika perlu, bolehlah diperahkan sedikit jus limau.
Namun untuk mendapatkan khasiat yang maksimum, ada baiknya jika barli tersebut diminum begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment